About Me

ANONYMOUS : Pahlawan Perang Siber


Bulan November 2012 dunia dikejutkan lagi dengan serangan Israel terhadap penduduk Gaza (Palestin) yang terus-terusan mengakibatkan kematian bukan sahaja pada penduduk awam, malahan wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.

Atas perkembangan isu terbaharu ini, saya terpanggil untuk berkongsi satu video yang menarik perhatian saya, iaitu video amaran oleh sekumpulan 'pahlawan perang siber' yang menggelarkan diri mereka Anonymous.



Anonymous adalah terdiri daripada gabungan hackers dari seluruh dunia yang tidak bergabung berasaskan kepada mana-mana organisasi atau pertubuhan, tetapi dengan berasaskan kepada prinsip perjuangan yang sama. Jadi anda boleh jumpa Anonymous ini dalam pelbagai isu, pelbagai bahasa dan pelbagai negara. Tetapi tujuannya adalah sama, iaitu berjuang menentang ketidakadilan dan mengembalikan hak kemanusiaan. Macam Ultraman! He3..

Logo yang digunakan  adalah logo "sut pakaian tanpa kepala" yang melambangkan organisasi yang tidak mempunyai ketua dan kerahsiaan identiti.

Dah banyak isu yang diperjuangkan oleh kumpulan Anonymous ini, antaranya menyerang dan menggodam pihak yang bertanggungjawab menyebabkan laman web The Pirate Bay ditutup, menggodam FBI kerana menutup laman web Megaupload, menggodam laman web kerajaan di UK pada April 2012 kerana dasar terbaru mereka dan yang terkini adalah serangan balas terhadap serangan Israel di Gaza.

Dalam video amaran kepada serangan Israel ke atas Gaza, kumpulan Anonymous akan menyerang KESEMUA laman web dan ruang siber yang berpengkalan di Israel serta melumpuhkannya! Ini semua dilakukan kerana atas dasar kemanusiaan sejagat.





Kesimpulan yang saya dapat daripada perkara baru ini;

1. Dunia kita ini sangat kecil. Kalau anda tak dapat nak pergi ke Gaza, cuba belajar hacking pandai-pandai, join Anonymous, kemudian bantu mereka godam ruang siber Israel. Rasanya itu pun dah dikira sebagai membantu, selain daripada turut memboikot barangan sumber pendapatan Israel.

2. MASYARAKAT, TOLONGLAH SEDAR! Isu Gaza dan Palestin ini bukan hanya isu orang Islam. Tetapi ini adalah ISU MANUSIA SEJAGAT di mana di suatu tempat kat dunia ini yang bernama Gaza, terdapat manusia (wanita, kanak-kanak dan orang tua) ditembak dan dibunuh tanpa belas kasihan. Cuba ambil masa sejenak, bayangkan  kalau kita yang berada kat tempat tuh.


Dalam pada itu, sama-samalah kita BERDOA kesejahteraan dan keselamatan ke atas Gaza. Buatlah dan sokonglah mana-mana usaha menyokong bagi mengembalikan keamanan ke bumi Gaza dengan seterdaya yang kita mampu.


Catat Ulasan

0 Ulasan