Sebagai langkah inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, saya menggunakan kelebihan saya dalam menghasilkan video pendek bagi menyemarakkan lagi minat pelajar untuk mempelajari subjek Sains. Pelajar perlu menghasilkan video pendek berdurasi 4/5 minit, yang wajib mengandungi elemen pembelajaran Sains.
Saya mulakan SCIENCE PROJEKT ini pada tahun 2011, dengan melibatkan 3 kelas Tingkatan 3 yang saya ajar pada tahun tersebut, iaitu kelas 3B, 3F dan 3H. Rata-rata mereka amatlah teruja, serta tak sabar-sabar untuk memulakan projek mereka ini kerana mereka adalah kelompok pertama yang terpilih untuk menjalankan projek ini.
Bagi menambahkan lagi kemeriahan mereka, saya juga menjanjikan hadiah bagi Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pengarah Terbaik dan Video Terbaik. Hadiah paling grand adalah, Video Terbaik akan dimuat naik ke YOUTUBE!!.. Glamer satu dunia.. ;)
---> TONTON VIDEO SCIENCE PROJEKT 2011
Jadi, langkah pertama, setiap kelas yang saya ajar (termasuk kelas yang paling hujung), dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri daripada 7/8 orang pelajar. Kemudian mereka diminta untuk menghasilkan skrip dan juga cerita sendiri secara berbincang dalam kumpulan dengan bimbingan saya.
Hasilnya mengejutkan!
Pelajar kategori luar bandar macam sekolah saya nih, juga mampu untuk memberikan jalan cerita yang baik dan kreatif sekiranya mereka diberi peluang untuk cuba mencurahkan idea. Walaupun kebanyakannya masih perlu diberi bimbingan oleh guru, namun kekreatifan itu tetap ada!
Proses shooting (rakaman) juga saya lakukan menggunakan kamera DSLR saya sendiri. Ada babak yang saya rakam sendiri, ada juga yang diberi kepercayaan kepada pelajar untuk mempelajari proses rakaman ini. Selalunya, shooting bagi filem pendek (4/5 minit) ini mengambil masa 2 jam bagi satu kumpulan. Pelajar akan mengatur sendiri masa mereka, sama ada mahu menggunakan waktu petang selepas tamat pnp, atau waktu hujung minggu.
Bagi editing pula, semua nya saya lakukan sendiri. Ini bagi memberi keadilan kepada semua pihak! He3.. Ada juga kumpulan yang mencadangkan penggunaan lagu dan juga soundtrack tertentu. Jika bersesuaian, sudah tentu akan diterima. Jika kurang bersesuaian, kami akan duduk berbincang memikirkan penyelesaian. Bagi sesebuah video pendek dengan tempoh 4/5 minit, saya perlu gunakan hampir 4/5 jam bagi memberikan hasil suntingan yang terbaik!
Setelah selesai semua video diedit, maka saya akan membuat "tayangan amal" ini secara percuma di 3 tempat yang selalu menjadi tumpuan pelajar ketika rehat, iaitu di Dewan Makan bagi pelajar asrama, Ruang Legar bagi pelajar lelaki harian dan Ruang Legar Depan bagi pelajar perempuan harian. Kesemua video akan ditayangkan pada masa rehat tersebut buat tontonan pelajar lain.
Sebilangan pelajar bertuah yang menonton akan dipilih secara rawak bagi bertindak sebagai juri dengan mengundi Video Terbaik pilihan mereka, beserta dengan Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik. Video dengan undian tertinggi sepanjang tayangan untuk seminggu itu, akan dinobatkan sebagai Video Terbaik!
Alhamdulillah, SCIENCE PROJEKT saya ini, juga telah berjalan dengan lancar dan lebih baik pada tahun 2012, bersama dengan pelajar kelas 3B, 3C dan 3F. Kualiti penghasilan video pendek kali ini juga jauh lebih baik berbanding sebelumnya. Untuk itu juga, saya telah memuatnaik kesemua video yang dihasilkan, kerana merasakan masing-masing ada kualiti yang tersendiri.
Apa salahnya, sekiranya ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain.
Pihak sekolah juga telah berbesar hati untuk menaja hadiah kepada pelajar-pelajar yang terlibat menjayakan SCIENCE PROJEKT 2012 ini. Maka dapatlah hadiah hamper yang lebih besar lagi untuk tahun 2012!
InshaAllah, jika tiada aral yang melintang, SCIENCE PROJEKT ini akan diteruskan lagi pada tahun 2013 ini dengan melibatkan pelajar Tingkatan 2 daripada kelas 2B, 2G dan 2H. Semoga mereka juga beroleh manfaat daripada sedikit pengalaman kecil dalam menghasilkan video pendek Sains ini! ;)
9 Ulasan
Hey, this is a great idea! Students love videos & getting them to be a part of the process will really help them develop skills rarely practised in the standard classroom.
BalasPadamIf you can, measure how it helps students understand science better or do better in the exams. Then, present it at a conference or publish a paper.
You're on your way to a GC.
Keep doing what you are doing & sharing it with the world!
ADUH CEMERLANGNYA CIKGU..TERUJA UNTUK MENCONTOHI..SYABAS!!
BalasPadamTerima kasih... Sekadar buat apa yang minat saja.. ;)
PadamCikgu, bagaimana untuk pastikan pelajar-pelajar ini tidak tersasar dari matlamat projek contohnya ketika membuat skrip, kebanyakan pelajar tidak ambil serius. atau ketika melakukan penggambaran?
BalasPadamdan juga, bagaimana memastikan projek ini tidak menggangu atau mengambil waktu pdp yang terlalu lama. Contohnya sehingga 2-3 minggu kelas kita itu, pelajar tidak belajar topik dalam silibus kerana terlibat dengan projek yang kita rancang ini?
Terima kasih cikgu jika sudi berkongsi.
Sebenar, semua ini dijalankan dari awal tahun lagi dengan jadual. Sebagai contoh bulan Feb pelajar perlu menyediakan skrip. Pembetulan sehingga bulan Mac dan seterusnya. Jadi memang tidak menganggu pdp, sebab dijalankan di luar waktu kelas. Yang mana berlangsung pada waktu kelas hanyalah ketika masa senggang, atau ketika guru tiada dalam kelas, atau semasa subjek yang tiada peperiksaan seperti P.Seni, PJK, Sivik dll.
PadamPendk kata, perancangan masa dan kawalan pelajar adalah sangat penting.
As Salam Cikgu,
BalasPadamBoleh saya dapatkan detail cikgu untuk temubual bertujuan untuk assignment saya.
Terima kasih.
Ideal and Least expensive Jabodetabek Personal Instruction, all of our personnel as well as tutors can come home, collection your very own study timetable and may choose any discipline connected with study ... go to https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-makasar.html for more details
BalasPadamYou could will see a cheaper fee as opposed to table above, be sure again about the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended to you ... for more information https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-duren-sawit.html
BalasPadamDo you want to set about a transformative language learning experience? Simply visit Executive-Education.id's language course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers a holistic approach to language acquisition. Explore the best thing about the latest language, broaden your horizons, and gain a competitive edge in today's interconnected world. Tap https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-palmerah.html for latest information.
BalasPadam