About Me

HOTs (Higher Order Thinking Skills) dalam Sains dan Matematik

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

HOTs (Higher Order Thinking Skills) atau pun Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah sangat digalakkan untuk dipraktikkan dalam pengajaran Sains dan Matematik pada masa kini. Tambahan pula, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga telah giat mengadakan kursus dan taklimat menerangkan mengenai HOTs bermula pada Januari 2013.


APA ITU HOTs?
Kemahiran berfikir dengan tidak menggunakan algoritma seperti yang telah diketahui, ketika menghadapi situasi baru dan boleh mempunyai banyak penyelesaian.

maksudnya: tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita fikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Perlu jadi lebih kreatif dan percaya bahawa masalah / situasi yang dihadapi boleh mempunyai lebih dari satu penyelesaian

Ini adalah bertentangan dengan LOTs (Lower Order Thinking Skills) yang hanya melibatkan kemahiran mengingat semula atau mengaplikasi konsep atau pengetahuan yang sedia ada.

Kata kerja seperti "inferens", "mewajarkan", "menaakul" dan "meramalkan" adalah kata kerja yang memerlukan HOTs. Namun perkataan seperti "menerangkan" (LOTs) juga mampu untuk dijadikan soalan HOTs jika menggunakan teknik yang betul.



TUJUAN DIPERKENALKAN HOTs
1. Mengubah amalan hafalan kepada pemahaman
2. Meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
3. Mewajarkan penyelesaian dan penemuan
4. Diperlukan untuk penyiasatan saintifik


APA YANG GURU PERLU UBAH?
1. Ubah cara berfikir
2. Ubah cara menyoal
3. Ubah cara memotivasi
4. Menekankan aktiviti hands-on
5. Ubah jenis tugasan
6. Ubah cara pentaksiran
7. Ubah cara berkomunikasi


PERANAN GURU UNTUK HOTs
1. Memastikan murid aktif dalam p&p
2. Beri peluang kepada murid berbincang, bertanya dan beri pendapat
3. Mempelbagaikan strategi
4. Mengemukakan soalan yang membina, memimpin serta berfikir pada aras tinggi


CONTOH SOALAN HOTs DAN LOTs

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik

HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik


PERBEZAAN HOTs DAN LOTs
Jika diperhatikan pada perbezaan antara soalan HOTs dan LOTs, kita dapat simpulkan secara ringkas bahawa soalan LOTs adalah soalan yang terus kepada jawapan dan jawapan yang ada hanyalah betul atau salah sahaja. Namun bagi soalan HOTs, pelajar perlu kreatif untuk mencari jawapan dan boleh memberikan jawapan lebih daripada satu, dan masih betul.
 
HOTs Higher Order Thinking Skills Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Sains dan Matematik



BAHAN RUJUKAN
Pembentangan HOTs dalam Sains dan Matematik BPK KPM (BOX)
Pembentangan HOTs dalam Sains dan Matematik BPK KPM (Google Docs)
Bahan Kursus HOTs dalam Sains dan Matematik (Laman Web BPK KPM)


SELAMAT BERAMAL!



Catat Ulasan

26 Ulasan

  1. beri lah semua soalan & jawapannya sekali

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. gila ke apa kau ni?soalan susah macam tu pun kau kata saya berpuas hati.memang bodoh.

      Padam
    2. Dia berpuas hati sbb dia tahu penilaianya soalan hots ngan lots x payah lah ko panggil die bodoh cam ko nie *hebat sangat*

      Padam
  3. susah mai soalan matematik and sains tadi

    BalasPadam
  4. berilah jawapan sekali.soalan sangat susah.kami tak pernah pun belajar soalan luar negara sebelum ni.kalau korang pandai sangat pergilah belajar kat luar negara.lagi bez........................

    BalasPadam
  5. xpe, jangan putus asa.. belajar.. kalau salah, cuba usaha lagi.. belajar kan untuk seumur hidup.. ;)

    BalasPadam
  6. Ader tak sample soalan Hots???

    BalasPadam
  7. assalamualaikum, cikgu... ada x sample soaln HOTS utk pbs sc form 3 bab 1... mntak tlg jwab ye... sya dah nk kna bntgkan model sya... hrap cg tlg ye..

    BalasPadam
  8. Soalan hots malaysia maybe akan jatuh lagi lagi teruk rasanya ranking... cara kita habis silibus kerjar pbs... kalau nak terer hots pelajar kena expert lots dulu 3 times... dah ler silibus malaysia lewat 2 tahun... cara nak score bagi nota untuk 3 tahun kendian tubi jawab soalan salah betul soalan mudah je tang 100 set kendian suruh wat map maping apa dia faham berdsarkan soalan... kemudian bersedia la dapat soalan tahap universiti lah korang dari murid korang...

    BalasPadam
  9. Cikgu saya rasa susah dgn soalan hots.blh saya dptkan cth soalan hots?

    BalasPadam
  10. terima kasih cikgu di atas semua perkongsian..semoga cikgu murah rezeki selalu...

    BalasPadam
  11. bagi saya soalan KBAT/HOTS tak relevan untuk dilaksanakan pada tahun ini sbb pelajar exposed dengan soalan pbs yg ntah apa-apa dan banyak sehingga semak kepala then tiba-tiba suruh jawab soalan mcm ni , kementerian buat perancangan yg kurang baik

    BalasPadam
  12. Paling kurang pun KPM bagilah gred rendah kat kitorang....

    BalasPadam
  13. Terima kasih atas info tersebut:-)

    BalasPadam
  14. salam cikgu, boleh saya tahu di mana boleh saya dapatkan maklumat mengenai KBAT dalam versi bahasa inggeris?

    BalasPadam
  15. Jabodetabek private tutoring services with teachers going to the house. In excess of numerous active tutors are ready to teach various skills and lessons for the children to adults ... go to https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-matraman.html for more information

    BalasPadam
  16. Best and Most affordable Jabodetabek Personal Instruction, your team and tutors appear to your dwelling, set your own personal research agenda and can opt for virtually any area regarding analyze ... go to https://privat-inggris.netlify.app/kursus-bahasa-inggris-ciracas.html for more details

    BalasPadam
  17. You can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an internal and accelerated method, it is hoped so it are able to foster an era of individuals with good morals... click for more information https://lesprivat-exed.blogspot.com/2022/03/les-privat-alam-sutera-1-terbaik.html

    BalasPadam