About Me

Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang

3 tahun lepas, sekolah saya telah mengadakan satu program inovasi yang secara peribadinya, saya katakan sangat bagus. Nama program tersebut adalah Program Home Visit. Dalam program ini, guru dan semua warga sekolah, akan mengunjungi rumah panjang di kawasan yang berdekatan, serta berjumpa terus dengan ibu bapa murid bagi membincangkan permasalahan yang dihadapi oleh murid. Ibu bapa pula akan mendapat maklumbalas terus daripada guru akan sikap dan akademik murid ketika berada di sekolah.


INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang
 



TUJUAN PROGRAM HOME VISIT
Program Home Visit ini juga bertujuan untuk mendekatkan lagi guru dan warga sekolah dengan masyarakat setempat. Fokusnya adalah untuk membolehkan proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih baik. Guru dapat melihat sendiri  suasana dan juga permasalahan yang dihadapi oleh pelajar ketika di rumah. Manakala ibu bapa pula dapat melihat kesungguhan para guru dalam memberikan pendidikan terbaik kepada anak mereka.



INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang


PELAKSANAAN PROGRAM HOME VISIT

Seingat saya, Program Home Visit ini telah diadakan sebanyak 4 kali dalam tempoh 3 tahun. Bermula pada kali pertama program ini diadakan iaitu pada 2008, dan kali terakhir adalah pada tahun 2010.

INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang


Pada bulan April 2008, kami telah memilih Kampung Sekuau sebagai destinasi pertama dalam Program Home Visit ini. Perkampungan Skim Penempatan Semula Sekuau ini menempatkan banyak rumah panjang. Namun, hanya rumah panjang yang mempunyai pelajar daripada sekolah menengah  sahaja yang terpilih. Guru dibahagikan kepada 8 kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 10 - 12 orang, diketuai oleh seorang guru yang berbangsa Iban sebagai perantara.


INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang


Hasil kejayaan program pertama ini, dan sambutan yang menggalakan daripada masyarakat, maka pada tahun 2009, diadakan sekali lagi Program Home Visit ini. Kali ini rumah panjang yang menjadi tumpuan adalah daripada kawasan Tamin dan Selangau. Jauhnya kira-kira 40 minit daripada sekolah. 

Guru dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan akan berkumpul di rumah panjang seperti yang telah ditetapkan. Sesi pertemuan dengan ibu bapa akan digunakan dengan sebaiknya untuk berkongsi pendapat. Akhir program, semua guru dan ibu bapa berkumpul di rumah panjang YB Joseph Mauh di Kampung Dijih.


INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang


Kali ketiga, pada tahun yang sama, pihak sekolah telah mengadakan program Home Visit ini jauh ke kawasan pedalaman, Pakoh. Majoriti pelajar daripada kawasan ini tinggal di asrama kerana jaraknya yang sangat jauh. 

Bagi ke kawasan terpencil seperti Pakoh ini, hanya sebilangan guru yang terpilih untuk mengikuti Program Home Visit ini kerana faktor pengangkutan. Untuk ke sana, rombongan guru akan menggunakan kereta pacuan empat roda. Hanya 3 buah kenderaan sahaja digunakan dengan bilangan guru seramai 20 orang sahaja.


Untuk Program Home Visit yang terakhir, pada tahun 2010, rumah panjang yang berada dalam kawasan 10km radius daripada sekolah pula yang menjadi tumpuan. Seperti biasa, kumpulan guru akan bergerak dalam kumpulan untuk mendapatkan maklum balas secara terus daripada ibu bapa. 

Kali ini juga pihak sekolah telah menyediakan beberapa senarai perkara yang perlu dimaklumkan kepada ibu bapa; sebagai contohnya menyediakan tempat belajar untuk anak di rumah.


INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang



PENDAPAT PERIBADI

Secara peribadi, saya melihat program ini sebagai satu program yang sangat bagus. Guru berpeluang melihat sendiri kesusahan dan kesulitan yang dialami oleh pelajar. Ibu bapa pula dapat melihat kesungguhan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Dan pelajar pula dapat menghargai usaha guru dan ibu bapa dalam memastikan masa depan mereka yang lebih cemerlang.


Selain itu, program sebegini juga memberi peluang kepada ramai guru untuk menjejakkan kaki ke rumah panjang. Bagi sebahagian guru (terutamanya guru dari Semenanjung dan juga guru berbangsa bukan Iban) sudah tentu teruja untuk merasa pengalaman kali pertama ke rumah panjang. Pastinya ini adalah pengalaman yang sangat bermakna buat kami.


INOVASI | Program Home Visit: Pendidikan Sekolah ke Rumah Panjang


 Melalui program ini juga, saya dapat mempelajari budaya Iban dengan lebih dekat lagi. Cara hidup, adat dan kebudayaan Iban dapat diperhatikan dan dipelajari dengan lebih baik lagi. Ini membantu saya dalam memahami pelajar dan corak pemikiran mereka. Sekaligus membolehkan pengajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan.


Perkongsian ibu bapa dan guru semasa sesi soal jawab juga membantu guru dalam mengenalpasti permasalahan yang timbul. Ada sesetengah pelajar yang baik di sekolah, rupa-rupanya merupakan anak yang sangat melawan cakap ibu bapa di rumah! Di sini lah guru boleh memainkan peranan dalam mendidik para pelajar ini. Bagi pelajar yang bermasalah, kadang-kadang baru dapat difahami bahawa pelajar tersebut datang daripada keluarga yang juga bermasalah.



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. how can i forget all the moments, a very thoughtful way to get to know the students and find the roots for all the problems that arises in a school community...

    BalasPadam
  2. Tak lama lagi saya nak ke Sarawak :) Tak sabar hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mesti merasa pengalaman naik rumah panjang.. bukan semua tempat ada..

      Padam
  3. Thank you for sharing this post. I hope you will share something more. junk car removal

    BalasPadam
  4. Thank you for this Great and informative site!

    BalasPadam