About Me

8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai

8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai

Tentu anda suka bila anda dipuji sebagai orang yang bijak. Untuk menjadi manusia yang bijak, anda mestilah mempunyai akal yang hebat membuat pertimbangan. Akal yang hebat pula mestilah lahir daripada otak yang cerdas. Jom kita ikuti 8 tips untuk menjaga otak anda supaya menjadi lebih bijak dan pandai!


 8 Tips Menjaga Otak Supaya Jadi Lebih Bijak dan Pandai


1. Wajib mengambil sarapan pagi
Ramai pakar kesihatan menyatakan bahawa sarapan adalah penentu kepada kualiti cara hidup anda sepanjang hari. Seseorang yang tidak bersarapan pagi akan menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan ini akan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Faktor ini akan menyebabkan banyak sel-sel otak akan mati dan akan menjadi kurang aktif.



2. Elak makan secara berlebihan
Orang yang bijak biasanya amat menitikberatkan terhadap pemakanan mereka. Ini kerana jika seseorang makan secara berlebihan akan menyebabkan banyak darah akan dialirkan pada bahagian usus dan perut untuk tujuan pencernaan. Ini menyebabkan kekurangan darah yang akan sampai ke otak dan akan mengakibatkan seseorang itu malas, mengantuk dan hilang daya fokus.



3. Jangan merokok
Asap rokok sangat merbahaya kerana mempunyai terlalu banyak bahan kimia yang sebenarnya akan merosakkan sel-sel otak anda.



4. Elak gula secara berlebihan
Pengambilan gula yang berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga akan mengganggu perkembangan otak anda yang akan menyebabkan anda menjadi seorang yang kurang bijak.



5. Hidu udara yang bersih
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam sistem badan manusia. Menghidu udara yang segar akan membantu untuk mencerdaskan lagi otak serta membaiki sel-sel otak yang rosak.



6. Tidur secukupnya, tapi jangan berlebihan
Tidak dinafikan tidur adalah cara terbaik untuk merehatkan otak seseorang. Tetapi sekiranya ia dilakukan secara berlebihan, ia akan menyebabkan otak menjadi kurang aktif dan secara tidak langsung akan melemahkan daya berfikir seseorang.



7. Tidur dengan menutup muka
Tidur dalam keadaan meniarap atau mencekup muka dengan bantal, buku, lengan atau sebagainya akan menyebabkan gas karbon oksida terperangkap dan akan dihidu semula. Ini akan menyebabkan otak kekurangan oksigen serta merosakkan sel-sel otak seseorang.



8. Kurang berimaginasi/berfikir
Sesuatu barangan yang jarang digunakan sudah pasti akan mempengaruhi tahap persembahan sebenar yang mampu dilakukan. Begitu juga dengan otak, sekiranya ia jarang untuk diasah ataupun dilatih, ia akan menyebabkan pemikiran seseorang itu menjadi tumpul dan mereka akan menjadi kurang bijak.





Catat Ulasan

66 Ulasan

  1. Bagus panduan ni, nak share kat blog saya boleh tak ?

    www.faizsaaid.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama sama saye nak jadi pandai

      Padam
    2. Cikgu izinkan saya share ini ?

      Padam
    3. Asalamualaikum cg.. Sy nk tnya.. Knp bia sy belajar dlam kelas sy tak mengantuk tp bila sy pandang white board tuh sy tk phm apa ii pon... Tp sy tgk apa cg ajar.. And bila nk study sy akan rase malas sgt ii

      Padam
  2. boleh... dipersilakan.. ilmu memang untuk dikongsi.. ;)

    BalasPadam
  3. cikgu, saya nk tanye...sebagai seorang pelajar ,saya dibebani dengan aktiviti dan keje sekolah yg bnyk...jdi saya sering tidur lmbt...selalunye 4 jam shje pada waktu mlm dan apabile balik dri sekolh sye smbung tido lgi 4 jam...apakah ni akn melembapkn otak dan tidk elok untuk otak

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya otak kita perlu rehat jadi selepas jer tidur lebih baik untuk belajar. sekiranya kita paksa untuk belajar itu tidak bagus untuk otak kerana ia memaksa untuk belajar dan menyebabkan pening kepala dan tidak sihat

      Padam
    2. Saya 5,6 jam tidur.mana sempat nk tidur awal

      Padam
    3. bila kita berlajar lepas tu kita tidur ia akan ingat semasa kita berlajar apa

      Padam
  4. yang nombor 7and 8 tak faham

    BalasPadam
    Balasan
    1. maksud no.8=jika kita melatih otak kita untuk BERFIKIR otak kita seperti sponge yang selalu basak yang ertinya otak kita banyak idea tapi jika kita melatih otak kita akn menjadi lembap
      sekian terima kasih

      Padam
  5. hebatt juga pak cik ni!

    BalasPadam
  6. Pandainya!!! lagipun esok aku hadapi peperiksaan....

    BalasPadam
  7. Atuk ni bagus laa... baru laa aku tak bodoh... tq atuk

    BalasPadam
  8. memenag betul apa yang dituliskan di atas

    BalasPadam
  9. kalau kita tidur brapa jam?adakah 8 atau 6 jam?

    BalasPadam
  10. Kalau Ade Tambahan...Cikgu Kongsikanlah....

    BalasPadam
  11. silakan berkongsi. moga jadi manfaat utk yg lain juga

    BalasPadam
  12. cikgu kalo tidur kurang drpd 8 jam,adakah otak akn menjadi lambat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila otak tak dapat rehat yang mencukupi, maka mesti lah tak dapat nak berfungsi dengan optimum.. :)

      Padam
  13. Terima kasih kerana memberitahu, lagipun well are exem



    BalasPadam
  14. Cikgu, nak tanya.. Kenapa lepas lunch je, kita mudah rasa mengantuk?? Walaupun makan sikit macam ambil makanan waktu malam,, still juga rasa mengantuk.. Kenapa ye??

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengantuk sebab badan sedang bekerja keras untuk menghadamkan makanan..

      Padam
  15. Bagus laa benda ni bleh buat kita jadi cerdas sihat pandai dan cemerlang dlm peperiksaan...

    BalasPadam
  16. Saya pun nak jadi pandai sebab nak belajar tinggi-tinggi

    BalasPadam
  17. tak sangka saya sudah sampai blog ini. nak tambahkan pengetahuan. terima kasih cikgu. hehe.

    BalasPadam
  18. cikgu kenapa saya tidak punya ciri ciri seperti cikgu tulis tapi kenapa saya masih sama pandai juga???

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke...so bsyukurlah mbe u are gifted dgn kePANDAIan itu dik...dh pandai tu maka sentiasa la gunakan ke arah bfaedah terutama skali dlm pelajaran...jgn sia2kan pberian Tuhan kpd awk tu..jgn smpi 1 ms tuhan tarik blk kPandaian yg ada krn krg digunakan...Walaahualam.:0

      Padam
  19. thank you for those useful tips, cikgu!

    BalasPadam
  20. Maksudnya kita x boleh tido dgn menutup muka lahkan dan kene bnyak berfikir

    BalasPadam
  21. Saya tidur awal, lepastu bangun dlm kul 3-4 and study sampai subuh... Boleh ke?

    BalasPadam
  22. cikgu saye bukan budak pandai tapi saye nak jadi budak yg lebih pandai dari sebelum ni . Tahun depan spm mcm mane saye nak bahagikan mase tu utk lebih dpt lagy saye study dengan jadual yang betul ?

    BalasPadam
  23. Tq doa kan saya berjaya dan pandai

    BalasPadam
  24. cikgu,saya murid yang menempuh peperiksaan UPSR .Bolehkah cikgu bantu saya?

    BalasPadam
  25. dulu masa sekolah rendah , kawan saya dia isap rokok dan isap gam...tapi dia dpt 3A 2B dlm UPSR

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum..cikgu ..macam mana otak kita melihat sesuatu yang tidak berfaedah?

    BalasPadam
  27. Cikgu saya nak tanya. Kenapa Kita Tak boleh tidur berlebehan walaupon lebih satu jam ??????

    BalasPadam
  28. Bgusny lhai klo x aq akn bodo slmeny sbb prskitrn cnthny org bodo rims ah

    BalasPadam
  29. Cikgu jangan lupa doakan kami semua yerrr

    BalasPadam
  30. cikgu saya takfaham kenapa tidur tutup muka ? sebab dekat huraian tu kata nanti kita akan hirup semula jadi maksudnya kita kena elakkan lah ye ?

    BalasPadam