29 Januari 2013 membawa satu dimensi buat warga guru SMK Luar Bandar No.1 Sibu apabila terpilih untuk mengadakan persembahan Tarian Ngajat bersempena dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Perhimpunan Guru Muda 1 Malaysia Peringkat Negeri Sarawak di SMK Sacred Heart, Sibu.
Perhimpunan ini juga merupakan perhimpunan yang julung kali nya diadakan di Sarawak, dengan Sibu terpilih sebagai salah satu lokasi bagi perhimpunan ini.
Seramai hampir 2 000 orang guru muda berusia 40 tahun ke bawah, telah menghadiri majlis tersebut yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia dalam kalangan guru muda. Sudah tentu, golongan ini merupakan golongan pelapis yang bakal melahirkan modal insan bagi merealisasikan segala pengharapan dan agenda pendidikan nasional.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pameran inovasi terbaru daripada pihak-pihak yang berkaitan dengan pendidikan.
Pemilihan guru-guru SMK Luar Bandar No.1 Sibu sebagai AJK Sambutan juga dilihat sebagai penghargaan kepada warga guru yang sentiasa bekerja keras dan berkomitmen tinggi dalam menjalankan tugas dengan sebaik mungkin. Ini juga membuktikan kepercayaan yang tinggi terhadap hasil kualiti kerja warga sekolah.
Sekalung tahniah diucapkan!
3 Ulasan
Terbaeekkk!!!!
BalasPadamTerima Kasih kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis pada hari tersebut...
BalasPadamhttp://www.hndswk.blogspot.com
wahhh! nang besar event tok oo. untung laa dpt temu gn timbalan PM. hewhew :3 Oh by the way, sapa ngajat? mesti Cikgu Judo ada en? hehee :D
BalasPadam