About Me

Teknik Menjawab Soalan 7 dan 8 Kertas 2 Sains PMR : Hipotesis

Teknik Menjawab Soalan Sains PMR (Kertas 2)

Bagi teknik menjawab Soalan Sains PMR Kertas 2, fokus utama dapat diberikan kepada jenis soalan berikut:
1) Mengambil bacaan
2) Mengenalpasti pemboleh ubah (dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan)
3) Menulis hipotesis
4) Menulis hubungan
5) Menulis inferens
6) Melukis graf atau carta bar
7) Meramalkan
8) Mendefinisikan secara operasi



Jom kita belajar, bagaimana teknik nak menjawab soalan yang berkaitan dengan perkara:
3) Menulis hipotesis


Tips Teknik Menjawab Hipotesis dengan menggunakan kaedah MENINGKAT


 Dalam kebanyakan blog berkaitan Sains PMR, saya dapat lihat kebanyakan daripada mereka menggunakan kaedah menulis hipotesis seperti berikut:


1. SEMAKIN .................. (pembolehubah dimanipulasi), SEMAKIN ............... (pembolehubah bergerakbalas).


Teknik Menulis Hipotesis Dengan Menggunakan Kaedah SEMAKIN
Jawapan yang betul: 
Semakin bertambah bilangan lilitan pada gegelung sekunder, semakin bertambah nilai voltan output.


 2. JIKA (pembolehubah dimanipulasi) ................, MAKA (pembolehubah bergerakbalas) .................


 Bagi kaedah 1 dan 2, saya dapati pelajar-pelajar saya menghadapi masalah untuk mencari perkataan yang sesuai untuk digunakan selepas perkatan SEMAKIN ..........

Justeru itu saya telah melakukan sedikit modifikasi kepada teknik menjawab soalan hipotesis dan hubungan bagi memudahkan mereka untuk terus mendapat jawapan.

Di sini saya nak berkongsi satu lagi teknik paling mudah dan lebih ringkas untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan hipotesis iaitu dengan menggunakan kaedah:

3. .................. (pembolehubah dimanipulasi) MENINGKAT, ................. (pembolehubah bergerakbalas) MENINGKAT

Tips Teknik Menjawab Hipotesis dengan menggunakan kaedah MENINGKAT
Jawapan yang betul: 
Bilangan lilitan wayar pada gegelung sekunder MENINGKAT, Nilai voltan output MENINGKAT


TETAPI, INGAT!

Untuk Kaedah 1, 2 dan 3, masing-masing ada kekurangan dan pengecualian apabila menjawab soalan yang berbeza bahan (bukan nilai) digunakan pada pembolehubah dimanipulasikan. Sebagai contohnya, bahan A, B, C digunakan, pembolehubah dimanipulasikan adalah JENIS BAHAN.

Sentiasa ingat bahawa konsep dalam menjawab soalan hipotesis adalah perlu menyatakan perkaitan antara pembolehubah dimanipulasikan dan juga pembolehubah bergerakbalas. Jadi, dalam jawapan anda mesti ada nyatakan 1) pembolehubah dimanipulasikan 2)pembolehubah bergerakbalas 3) hubungan (meningkat/menurun)

Kesimpulan nya, pilihlah kaedah yang paling mudah untuk diri sendiri praktikkan.


Selamat Beramal!



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. tips yg sangat baik cgu..lg post tips2 yg brkaitan dgn pnjagaan kshtan terutamanya utk perkmbangan kognitif kalau boleh cgu..sbb sya rasa ramai yg perlukannya, terutmanya golongan pelajar2

    BalasPadam
  2. terima kasih.. inshaAllah, ada kesempatan akan saya usahakan. terima kasih juga atas cadangan.. ;)

    BalasPadam
  3. Executive-Education.id is a specialist private tutoring institution in Jabodetabek and surroundings that literally brings students plus the best teachers ... visit https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-pasar-rebo.html for further

    BalasPadam
  4. Ideal and also Cheapest Jabodetabek Exclusive Lessons, our team and also trainers occur to your dwelling, established your own personal review schedule which enable it to pick out every discipline associated with research ... click https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-matraman.html for further

    BalasPadam
  5. You will discover a cheaper fee as opposed to table above, be sure again in regards to the qualifications with the teacher / Kindergarten teacher recommended for your requirements ... click for more information https://lesprivat-exed.blogspot.com/2022/02/les-privat-cilandak-1-terbaik-executive.html

    BalasPadam