Bagi teknik menjawab Soalan Sains PMR Kertas 2, fokus utama dapat diberikan kepada jenis soalan berikut:
1) Mengambil bacaan
2) Mengenalpasti pemboleh ubah (dimanipulasikan, bergerak balas dan dimalarkan)
3) Menulis hipotesis
4) Menulis hubungan
5) Menulis inferens
6) Melukis graf atau carta bar
7) Meramalkan
8) Mendefinisikan secara operasi
Jom kita belajar, bagaimana teknik nak menjawab soalan yang berkaitan dengan perkara:
5) Menulis inferens
Bagi soalan yang berkaitan dengan INFERENS, adik-adik pelajar perlu mampu untuk memberi jawapan kepada 2 persoalan:
1) Apa yang berlaku dalam gambarajah?
2) Mengapa perkara itu berlaku?
Hubungkan kedua-dua pertanyaan tersebut dengan menggunakan perkataan KERANA atau DISEBABKAN OLEH bagi mendapat jawapan yang betul.
Lihat contoh di bawah supaya lebih jelas
Cuba jawab persoalan:
1) Apa yang berlaku dalam gambarajah? Model X lebih stabil
2) Mengapa Model X lebih stabil? Luas tapak yang lebih besar
Model X lebih stabil kerana luas tapak yang lebih besar
Senang je kan nak dapatkan jawapan yang betul?
Selamat Mencuba!
5 Ulasan
senang cikgu, terima kasih :)
BalasPadamsama2.. semoga bermanfaat
BalasPadamSemoga cikgu dirahmati oleh ALLAH
BalasPadamsyukran jazilan atas perkongsian...:)
BalasPadamsama-sama.. moga jadi ilmu berguna
Padam