About Me

Bersatu Untuk Bumi Sabah, Sekurang-kurangnya Untuk Kali Ini!


 Tak lengkap rasanya jika saya tidak turut serta dalam melahirkan rasa kesedihan terhadap apa yang berlaku di bumi Sabah sepanjang minggu ini. Menakutkan bila memikirkan betapa gentingnya keadaan di sana! Peluru sesat bila-bila masa boleh singgah di kepala.

Bagi yang sangat super fanatik dengan politik, masa ini jugaklah hang nak mempolitikkan keadaan! Asyik menyalahkan orang lain. Asyik tanya apa orang itu buat.. apa orang ini buat.. Sedangkan lupa nak tanya diri sendiri, apa yang kita buat dalam membantu mereka di Sabah. Sangat tidak patut!

Dalam masa yang sama juga, mula lah keluar "wartawan-wartawan" tak rasmi yang asyik share sahaja semua maklumat dalam facebook, sampai tak tahu, mana yang betul, dan mana yang salah. Semuanya dapat dari sumber yang tidak diketahui tahap kesahan maklumat nya. Akibatnya? Tentulah akan mempanikkan lagi ramai orang seperti sebaran ada 500 orang lagi askar Sulu mendarat di  Sepanggar Bay yang juga telah dinafikan oleh pihak PDRM petang tadi.

Ada juga yang nak ambil kesempatan dengan share gambar dari tempat lain, dan mengaitkan gambar tersebut dengan kes di Sabah. Gambar 2 kepala yang dipenggal yang disebarkan sejak dari semalam, sebenarnya adalah gambar perang saudara yang berlaku di negara jiran! Apa motif anda sebarkan? Tolonglah bertindak dengan lebih bijak dan berkelakuan dengan lebih baik!


HIKMAH PENCEROBOHAN
Bagi saya secara peribadi, insiden yang berlaku sebenarnya juga adalah ujian bagi rakyat Malaysia keseluruhannya dalam bersatu padu menentang penceroboh dan pengkhianat bumi tercinta ini. Tak kisahlah siapa yang menceroboh, sekiranya boleh menggugat keselamatan rakyat Malaysia sendiri, kita sebagai rakyat, patut bertindak menentang sehingga ke tittisan darah yang terakhir!

Amat malanglah sekiranya dalam saat genting seperti ini pun, dalam nyawa dipertaruhkan pun kita semua masih mahu bercakaran antara satu sama lain.

Saling tuduh menuduh antara satu sama lain.

Saling fitnah memfitnah satu sama lain.


TOLONG LAH BERSATU BERSAMA-SAMA 
SEKURANG-KURANGNYA UNTUK SEKALI INI!!


Saya puji akan kehebatan rakyat Malaysia dalam bertoleransi untuk menangani pelbagai kes seperti ini. Kalaulah penceroboh seperti mereka itu menjejakkan kaki ke negara lain, saya SANGAT YAKIN sudah tentu, dah lama mati kena tembak!

Namun dengan tahap toleransi yang tinggi rakyat Malaysia, dengan memikirkan banyak lagi perkara, demi masa depan, maka tindakan yang kita ambil adalah lebih realistik, berpandangan jauh dan penuh berhemah! Salute!

 Tak dilupakan juga, khas buat pejuang-pejuang negara daripada semua pasukan keselamatan, TERIMA KASIH kerana sanggup berjuang menggadaikan nyawa demi negara tercinta ini. Sayu rasa hati melihat gambar-gambar pejuang yang telah bermati-matian dalam mempertahankan bumi tercinta ini, sehingga gugur di medan perang..

Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Wahai perwira negara, sentiasalah ingat, doa rakyat Malaysia akan sentiasa di sisi anda semua!



DOA BUATMU PERWIRA NEGARA

Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH




Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. semoga mereka berjaya... amin...

    BalasPadam
  2. ya.. sama2 lah kita doakan yang terbaik untuk mereka.. Amin!

    BalasPadam
  3. sentiasa doakan yg terbaik buat pejuang2 tanahair kita..

    BalasPadam
  4. Insha Allah.. kita mungkin tak mampu nak angkat senjata utk berperang, tapi kita mampu angkat tangan untuk mendoakan mereka!.. ye tak?

    BalasPadam
  5. amin3x...kalau boleh biarla unite forever..susah tapi mesti. maybe sbb sabah dh maju sikit,baru la diorg sibuk2 "tuntut" konon,huhu

    BalasPadam
  6. mungkin jugak tuh.. sebelum nih dok sibuk nak tuntut wilayah autonomi diorg jek.. tetiba plak dah melarat smpai nak kan Sabah skalik.. bersatu selamanya!!

    BalasPadam
  7. allahu rabbi..amin ya rabbil alamin..insha allah

    BalasPadam
  8. Doa, kejayaan dan dilindungi Allah sentiasa buat pasukan keselamatan kita di Sabah..

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    BalasPadam
  9. insha Allah.. semoga semuanya berakhir dengan aman..

    BalasPadam