Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.
Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis (glukosa) dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.
Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.
Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.
Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.
Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.
Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.
Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.
Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.
Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
41 Ulasan
ianya sesuatu yang menarik....
BalasPadamterima kasih.. sekadar perkongsian.. ;)
BalasPadamterima kasih atas perkongsan.. bagaimana pula dengan proses osmosis pada akar yang menolak air naik keatas? adakah ia berkaitan?
BalasPadamaq pingn pintar kyk yg bkin blog in
BalasPadamsaya suka sangat blog nih.. sungguh banyak membantu =)
BalasPadamCikgu, kalau tumbuhan tu mati, adakah stomanya berfungsi ??
BalasPadamtak
Padamcikgu
BalasPadambagaimana transpirasi boleh menyebabkan akar menyerap air?
cikgu bleh x ckgu masukkan soalan soalan KBAT?
BalasPadamsaya pasti mesti dpt bntu plajar plajar yg nk hdapi pt3 skarang ni.
INshaAllah saya akan usahakan dari masa ke semasa
Padammasa ke masa & semasa ke semasa baru betol .. rip tatabahasa
Padambetul tu cikgu murid-murid sekarang memang memerlukan contoh-contoh soalan KBAT yang banyak
BalasPadamCikgu .... boleh tak Cikgu tolong send laporan "pengangkutan air melalui xilem" ? sbb saya prlukan nya .... email kan di Google account saya .... terima kasih ...
BalasPadamcekgu, tanya dua soalan je~
BalasPadama) darah mengandungi bahan-bahan terampai seperti.....
b) transpirasi membantu dalam penyerapan...
thank you
a) darah terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma
Padamb) transpirasi membantu penyerapan air oleh akar
selain drpd air?
PadamTrima kasih atas perkongsian... Kerja anda amat saya hargai.. sbb kami dah nak mnduduki PT3.. Jadi saya prlu rujuk apa yg anda kongsikan ini utk ulang kaji.. Sekali lagi saya ingin ucapkan trima kasih.. ^^
BalasPadamkalau nk dikaitkan transpirasi dengan keupayaan akar untk menyerap air pula bagaimana ?
BalasPadamApakah peranan suhu udara?tolong
BalasPadamCkg adakah kehilangan air pada tumbuhan akan menyokong tumbesaran tumbuhan?
BalasPadamCikgu apakah fungsi sel pengawal?
BalasPadamCikgu Hailmi ni sbnarnya cikgu Biologi ke?
BalasPadamcikgu, izinkan saya bertanya. Saya sudah dapat satu contoh kadar transpirasi. cth1: dari 8pgi-9pgi=1.0ml wap air terbebas.
BalasPadamdari 12tghari-1tghari=2.5ml wap air terbebas.
yang ini bagi keamatan cahaya. Boleh cikgu berikan lagi satu contoh selain drpda keamatan cahaya? .. terima kasih.
Terima kasih cikgu....
BalasPadammohon izin untuk copy gambar dan sedikit idea
untuk presentation saya
satu faktor yang mempengaruhi ketumpatan stoma pada permukaan daun ?
BalasPadamBolh x nk tnye knp paru paru Dan jntg bkrja kers mse kte tgh brlri ye?
BalasPadamTumpang tanya....apakh satu pranan transpirasi yg lain slain drpd singkir air yg berlebihan?
BalasPadamCikgu, mcm mne keratan rentas monokotiledon?
BalasPadam^
BalasPadamAssalamualaikum Cg,
BalasPadamPada musim luruh, ada pokok yang menggugurkan semua daunnya. Jadi apakah kesan pada pokok, apabila semua daunnya digugurkan?
Kalau xilem dikeluarkan.. Kesan pokok?
BalasPadamSenang ingat dan notanya ringkas saya suka👍
BalasPadamCikgu nak tanya, apakah fungsi minyak parafin ketika menjalankan exsperimen
BalasPadamPengangkutan gasoline fotosintesis melalui floem?
Cikgu..apa jawapan bagi soalan"Adakah proses transpirasi dalam tumbhn hanya mnyebabkan kehilangan air melalui sejatan.Terangkan jawapan anda."
BalasPadamCikgu transpirasi ada kesan sampingan ke atas tumbuh tumbuhan ker
BalasPadamCikgu macam mana penjelasan pengakutan dalam tubuhan
BalasPadamterima kasih :))
BalasPadamCikgu apa yg akan terjadi pada keratan rentas batang apabila floem dan xilem dibuang
BalasPadamVery best along with Lowest priced Jabodetabek Private Instruction, all of our staff as well as educators appear to your house, collection your individual research plan and can opt for any arena regarding research ... visit https://kursus-akuntansi.netlify.app/kursus-akuntansi-sawah-besar.html for more information
BalasPadamYou could will see a cheaper fee as opposed to table above, be sure again in regards to the qualifications of your teacher / Kindergarten teacher recommended to your account ... click for more information https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-cempaka-putih.html
BalasPadamIgnite your love for languages and join our immersive language you are studying program at Executive-Education.id. With a focus on practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in your selected language. Take on a whole lot of linguistic excellence and embark on a journey of private and professional growth. Click https://kursus-turki.github.io/kursus-bahasa-turki-senen.html for latest information.
BalasPadam