About Me

Piramid Nombor dan Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan

Piramid Nombor
Piramid Nombor ialah rajah yang menunjukkan bilangan organisma pada setiap peringkat rantai makanan.

Piramid Nombor


Bahagian paling bawah adalah pengeluar. Keluasan tapak di bahagian bawah menunjukkan bilangan yang paling banyak. Diikuti dengan yang kedua dan ketiga.

Manakala bahagian paling atas adalah bahagian yang paling kecil. Ini menunjukkan bilangan pengguna tertier adalah sedikit jika dibandingkan dengan yang lain.

Jika diperhatikan juga, saiz badan haiwan juga semakin meningkat daripada pengeluar ke pengguna tertier.


TAMBAHAN Idea Pdp : Membina Rantai Makanan dan Piramid Makanan




Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan
Dalam siratan makanan, cahaya matahari merupakan sumber tenaga yang utama. Cahaya matahari ditukar kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.

Aliran Tenaga Dalam Siratan Makanan


Tenaga kimia ini berpindah apabila, pengguna primer memakan pengeluar. Tetapi tidak semua tenaga kimia dipindahkan. Ini kerana proses kehilangan tenaga boleh berlaku dalam bentuk respirasi, pembiakan, pertumbuhan, pergerakan dan perkumuhan.


Aliran Tenaga Dalam Piramid nombor


Ini juga bermakna, semakin tinggi kedudukan sesuatu organisma dalam siratan makanan, maka semakin kuranglah tenaga yang dipindahkan daripada pengguna sebelumnya.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. assalam,cikgu.....
    saya nur ingin bertanya
    tenaga yang hilang tu dari tenaga yang dibebskan oleh sesuatu organisma tu ke??.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. betul Nur..
      Tenaga yang hilang adalah tenaga yang dibebaskan oleh organisma dalam bentuk respirasi, pembiakan, pertumbuhan, pergerakan dan juga perkumuhan.

      Padam
  2. selamat sejahtera cikgu
    soalan tanya
    : terangkan aliran tenaga dalam suatu rantai makan.
    jika saya jawab
    :cahaya matahari ditukar kepada tenaga kimia melalui proses fotosintesis.
    betul atau salah??

    BalasPadam
  3. salam cikgu...
    sye x fhm tntang tnage yg hilang tnage tu...
    tnage yg hilang tu dri tenage yg dibabaskan oleh organisma tu ke?????

    BalasPadam
  4. assalam...cg adakah semua tenaga dipindahkan drpd satu aras ke aras lain dlm piramid nombor

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum cikgu...
    Saya nak tanya..kalau soalan dia begini "Mengapakah kandungan tenaga dalam punggung tertier adalah kurang daripada dalam pengeluar?"..Saya nak kawal ape cikgu

    BalasPadam
  6. cikgu kenapa saya dibenci?

    BalasPadam