Hari Guru akan disambut pada tarikh 16 Mei setiap tahun. Setiap murid dan guru dan melakukan persiapan sambutan, sama ada dalam bentuk majlis, jamuan atau pun pemberian hadiah. Tapi pernah tak kita terfikir, kenapa Hari Guru disambut pada tarikh tersebut?.
Sebenarnya, tarikh
16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam
tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal
Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan
Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar
pelajaran bagi negara kita.
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
OBJEKTIF HARI GURU MALAYSIA
- Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
- Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
LOGO HARI GURU
Putih - Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan. Perak - Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. Kuning - Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan. Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia. Merah - Menunjukkan keteguhan semangat. Biru - Menunjukkan perpaduan muhibah. - |
Dari pusat lambang tersebut, muncullah buku yang memberi ilmu pengetahuan dalam segalalapangan bagi kepentingan negara yang aman dan makmur. Di hadapan bukudidapati rekabentuk seorang murid yang sentiasa memerlukan pengajarandan pendidikan daripada guru. Dua reka bentuk di antara murid dan buku,ialah guru perempuan dan lelaki berfikiran sama dalam segala lapangantentang mata pelajaran dan kokurikulum. Mereka sentiasa menggalakkanmurid-murid supaya meninggikan mutu pelajaran dan kegiatan kokurikulummengikut prinsip-prinsip Ruku Negara. Dari bawah didapati satu garisanbulat yang tebal mengandungi slogan "HIDUP BERBAKTI". Ini menjadisebuah tapak yang luas dan kukuh membuktikan perpaduan guru.
IKRAR HARI GURU
Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.
11 Ulasan
owh dah termaktub dlm undg2 rupa nyer ingt ada sejarah.sama mcm hari ni ke?tolong jwbkan kat link ni
BalasPadamhttp://mimbarhatiku.blogspot.com/2013/05/selamat-hari-pekerja-3-in-1.html
Tahun nie dah tak dapat sambut Hari Guru di sekolah lagi. :'( Dah habis sekolah. Hehehe. :D
BalasPadamyo boto la ni
Padamsetahun hanya sekali..serentak seluruh Malaysia kan?
BalasPadamtak sabar nyer tunggu sambutan hari guru kat sekola tahun ni..tema baju untuk hari guru skola kitorang glam+diamond ! skola cikgu macam mana lak? hehe
BalasPadam@cikgukhairul : serentak memang serentak, tapi sekolah kitorg sambut lewat rasanya tahun nih.. ;)
BalasPadam@cikgunorazimah : kitorg tgu baju batik sekolah jer.. sebab nak tgkp pic untuk majalah sekolah skalik..
slmat hari gru...hehe..bwu tahu tntang al ni
Padamslma ni hnya smbut hari gru sja tiap2 16 mei..
jangan kata kamu, saya pun kalau tak kerna artikel nih, memang taktau pun nape sambut pada tarikh tuh.. hak3 ;)
Padambetul. ramai yang tak tahu nih.
BalasPadamkita sama-sama kongsikan.. ;)
BalasPadamSangat baik untuk kanak kanak yang kurang ilmu tentang perkara ini,
BalasPadamdia dpat memahami hari guru ini dngan dekat dan rapat .
Kongsikan lebih banyak lagi maklumat mengenai hari guru ini.
Agar pelajar sekolah dapat tahu dan mengerti tentang hari guru ini.