About Me

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Bulan April adalah Bulan Sains dan Matematik di sekolah saya. Jadi dah tentulah perlu diisi dengan aktiviti-aktiviti menarik supaya pelajar-pelajar terdedah dengan Sains dan Matematik. Oleh sebab mengajar subjek Sains dan Kimia, maka saya terlibatlah juga dengan setiap aktiviti kedua-dua Panitia. Nasib baik sebab Panitia Kimia adalah panitia yang kecil ja, jadi tak banyak lah aktiviti yang dapat dijalankan sebab skop dia yang lebih kecil.

Untuk Panitia Kimia, kami hanya jalankan Bengkel Teknik Menjawab Soalan. Bezanya kali ini lebih berfokus, dengan setiap guru telah diberikan bahagian / topik tertentu yang dikesan untuk diberi penekanan kepada pelajar. Sebagai contohnya:

Cikgu Mackie Juing - Kemahiran Melukis Graf
Cikgu Tang Kie Hua - Formula dan Persamaan Kimia
Cikgu Belle Mahony -Pengiraan Bilangan Mol
Cikgu Hailmi - Soalan Kertas 3 : Merancang Eksperimen

Untuk aktiviti Panitia Sains pula, seperti biasa, seorang guru Sains dikehendaki menyelaras satu aktiviti. Kalau sebelum-sebelum ini, saya dah pernah buat Pertandingan Telur Kebal, dan Pertandingan Drama Sains, maka tahun ini saya cari kelainan sket dengan Pertandingan Fotografi Sains.

Kenapa Saya Buat Pertandingan Fotografi Sains nih? 

Sebab saya perasan ramai pelajar yang semakin meminati bidang fotografi sekarang ini. Cuma sayang nya, diorang tak mampu nak miliki kamera DSLR yang mahal-mahal macam budak kat bandar, yang kaya-raya.. ;)

Jadi, saya adakan pertandingan ini bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar saya menggunakan kamera mahal, serta belajar teknik fotografi yang lebih baik. 

Dan oleh sebab para pelajar tidak memiliki kamera DSLR sendiri, maka saya telah meminjamkan kamera DSLR sekolah punya (matilah aku!) dan saya punya sendiri. Terpaksa bagi kepercayaan saya sket, supaya pelajar dapat peluang camnih..

Bagaimana Pelaksanaannya?

1. Pelajar perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan giliran menggunakan kamera. 
2. Pelajar diberi masa 5 minit untuk menangkap gambar yang berkaitan dengan tema.
3. Tema untuk kali ini ialah "Benda hidup"
4. Pelajar diberi peluang untuk menangkap gambar di sekeliling kawasan sekolah, tetapi harus sampai ke check point sebelum tamat masa yang diberikan.
5. Nombor fail gambar dicatatkan sebagai rujukan.
6. Hanya satu gambar terbaik diterima sebagai penyertaan.
7. Dah tangkap gambar, boleh balik.. ;)


Tak susah kan? Tak saya sangka, pertandingan ini berjaya menarik banyak penyertaan daripada pelajar-pelajar. Faktor utama, mungkin sebab kali pertama mereka diberi peluang memegang 'kamera keramat' cikgu dia nih. Hu3

Yang lebih mengejutkan ialah apabila pelajar-pelajar mampu menghasilkan gambar-gambar yang cantik walaupun dalam masa yang sangat terhad! Tak sangka kan kreativiti pelajar tuh adalah di luar dugaan kita jika diberi peluang kepada mereka untuk mencuba. 

Punya hebat, sampaikan ada cikgu yang bertanya saya 2 3 kali sebab tak percaya gambar tu dirakamkan oleh seorang pelajar!

Pemenang dipilih berdasarkan kepada undian rakan-rakan guru yang telah memilih gambar terbaik untuk tempat pertama hingga ke ketiga. Gambar dengan undian terbanyak adalah pemenang pertandingan ini.

Gambar-gambar di bawah ini adalah beberapa keping gambar yang telah terpilih sebagai antara pemenang Pertandingan Fotografi Sains. Jom kita tengok, betul hebat tak?


Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

Fotografi Sains : Pertandingan Sempena Bulan Sains dan Matematik

 
p/s : InshaAllah ada kesempatan nanti, boleh dianjurkan lagi pertandingan yang lebih kurang serupa macam nih.. ;)



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. tahniah cikgu.. ehehe, salam ziarah jee

    BalasPadam
  2. terima kasih.. itu idea kreatif budak-budak jer tuh, saya cuma tolong jayakan jer.. ;)

    BalasPadam
  3. bakat amatur jer.. tapi masih boleh diasuh.. ;)

    BalasPadam
  4. gambar bunga tu kena ada objek hidup macam lebah ke. lagi kena dgn sains. apa pun satu cubaan yg sgt bagus.. tahniah..

    BalasPadam
  5. TQ Cikgu Mia.. inshaAllah akan dipertimbangkan sebagai syarat tambahan bagi pertandingan pada masa akan datang.. ;)

    BalasPadam
  6. tahniah cikgu hailmi idea cikgu sangat menarik

    BalasPadam
  7. salam cikgu..pertandingan telur kebal tu mcm mane ye

    BalasPadam
  8. salam mis Aisya.. pertandingan telur kebal tu pertandingan sediakan bahan untuk telur dibaling dari tempat tinggi, tapi taknak pecah.. inshaAllah, saya sedang dalam menyiapkan artikel mengenainya dalam 16 Cadangan AKtiviti Menarik BUlan Sains dan Matematik.. tunggu yer.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tiada eksperiman telur kebal

      Padam