About Me

10 Keajaiban Semula Jadi Dunia

Dengan begitu banyak nya sekali tempat-tempat yang menarik untuk di kunjungi di dunia ini, saya senaraikan 10 keajaiban semulajadi di dunia yang patut kita lawat. Kumpul duit banyak-banyak dan jom melancong!


10) Gurun Sahara


Sahara

Gurun Sahara merupakan kawasan gurun panas yang terbesar di dunia! Saiznya sahaja sudah sebesar negara Amerika. Besar kan? 


9) Teluk Ha Long


Ha Long Bay

Teluk Ha Long atau lebih popular dengan Ha Long Bay ini terletak di Vietnam, dengan kawasan yang seluas hampir 120 km persegi. Terdiri daripada pulau-pulau dan tanaman yang rimbun, kawasan ini memang cukup cantik dan mistik keindahan nya.


8) Gunung Everest


Everest

Gunung  Everest pasti tidak perlu diperkenalkan kepada semua orang. Dengan ketinggian puncak nya 8848 meter, Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia. Ia nya terletak di antara sempadan Nepal dan Tibet.


7) Antartika


Antartika

Antartika juga merupakan sebuah tempat yang sangat unik dan menarik. Dengan kawasan nya yang diliputi ais sehingga 98%, Antartika merupakan sebuah benua yang sangat sejuk dan paling berangin di bumi. Antartika juga lebih sejuk daripada Artik.


6) Terumbu Karang Great Barrier


Great Barrier

Terumbu karang terbesar di dunia ini terletak di perairan Australia. Kawasan nya menjangkau sehingga 3000km dan boleh punya lah besar sampai boleh dilihat dari angkasa.


5) Grand Canyon


Grand Canyon

Gaung besar ini terletak di Utara Arizona, Amerika. Sekalipun ianya bukan merupakan gaung terdalam atau yang paling panjang dalam dunia, gaung ini mendapat reputasi disebabkan keindahan nya. 


4) Air Terjun Iguazu


Iguazu

Air terjun Iguazu terletak di sempadan antara Brazil dan Argentina. Menariknya, terdapat hampir 275 air terjun di sepanjang Sungai Iguazu, dengan air terjun yang paling popular adalah  the Devil’s Throat yang berbentuk U.


3) Amazon


Amazon

Amazon juga merupakan keajaiban semula jadi dunia yang patut dilawati. Ia nya merupakan sungai yang terbesar di dunia, dengan hampir 1/5 air di bumi ini mengalir di sini! Spesies ikan yang hidup di sini juga adalah sehingga 3,000 jenis ekor dengan spesies baru masih lagi ditemui. 


2) Kepulauan Galapagos


Galapagos

Kepulauan Galapagos juga merupakan tempat yang menarik. Ia nya adalah kepulauan kecil yang dipunyai oleh Ecuador. Kepelbagaian hidupan di sini sangat hebat, sehingga kan memberi inspirasi kepada Charles Darwin untuk mengemukakan teori bodoh Teori Darwin.


1) Serengeti



Serengeti

Mungkin ramai yang belum pernah mendengar mengenai Serengeti. Namun ia nya merupakan satu tempat yang sangat kaya dengan ekosistem yang pelbagai. Terletak di antara Tanzania dan Kenya, Serengeti terkenal dengan penghijrahan besar-besaran binatang di dunia apabila tiba musimnya.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Subhanallah.. indahnya alam ciptaan Allah.. Kalau saya diberi pilihan, saya pilih untuk pegi Teluk Ha Long.. nampak tenang je..

    BalasPadam
  2. amazon ngeri la ikan pirana ngan anaconda hehehe gerun
    www.kucinghitam.net

    BalasPadam
  3. Banyak info dapat dari blog chekgu..
    nice sharing chekgu

    BalasPadam
  4. gambar kamu hebat menarik untuk murid2 berlajar

    BalasPadam
  5. inshaAllah.. mudah2an dapat tarik minat pelajar untuk belajar

    BalasPadam