Sehari dua nih penat saya menahan kesabaran akibat daripada entri-entri yang berlegar di laman sosial mengenai hal bodoh seorang cikgu perempuan yang ultra perkauman di SMK Gelang Patah, Johor. Mana taknya, cikgu perempuan ini secara terang-terang telah mencela, memaki, memberi gelaran yang tidak sopan dan keterlaluan kepada anak muridnya yang majoritinya tidak sebangsa dengan nya.
Akibat daripada provokasi dan juga perbuatan melampau cikgu perempuan tersebut, maka ibu seorang pelajar telah tampil membuat laporan polis terhadap kebiadapan nya mengeluarkan kata-kata kesat yang bersifat perkauman.
Tengok sini rujukan daripada blog-blog lain pasal cikgu perempuan bodoh nih! Sumber 1 Sumber 2 Sumber 3 Sumber 4 Saya cukup sedih dan marah, dengan tindakan bodoh cikgu perempuan tersebut yang lebih bersifat emosional dan tidak menggunakan otak kurniaan Tuhan. Perlukah U menghukum sesuatu kelompok besar atas kerana sikap tak betul seseorang individu?? Kalau begitu, saya pun mau kutuk kelompok U jugak atas kebodohan U! Boleh??
Saya akui, ini bukan kali pertama, guru-guru seluruh Malaysia bertindak keterlaluan seperti begini. Walau apa pun masalah mereka (dengan sesiapa pun), lebih baik jika berfikir semasaknya jika ingin bertindak. Kerana kesan selepas tindakan kita, kadang-kadang boleh menjadi tidak terkawal! (Nasihat untuk diri sendiri)
Jika pada kes-kes guru yang sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM tegas mengambil tindakan keras tanpa berfikir sepuluh kali, maka untuk kes ini juga saya berharap KPM tidak akan bagi muka kepada cikgu perempuan rasis tahap ultra tuh jugak. TIDAK ADA KEISTIMEWAAN untuk sesiapa atau mana-mana pihak dalam isu yang melibatkan perkauman dan juga perpaduan negara. Kes seperti pengetua di Johor, cikgu doggie di Kelantan, cikgu denda budak pasal politik di Selangor dan lain-lain lagi telah dikenakan tindakan oleh KPM tanpa rasa berbelah bagi. Maka untuk kes cikgu perempuan ini juga, tindakan yang tidak teragak-agak perlu WAJIB diambil. U ingat U sapa? Bersikap kurang ajar dan biadap serta memalukan sistem pendidikan Malaysia! Cikgu ke camtuh? Malaysia tidak perlukan cikgu bodoh sebegini, yang HANYA TAHU MENYEMAI RASA BENCI antara satu sama lain. Dimohon juga cikgu perempuan ini dihantar ke sekolah-sekolah di kawasan pendalaman mana-mana negeri, supaya lebih menghayati konsep kesatuan dan konsep perkongsian dengan bangsa lain! Harus ada tolak ansur, harus ada hormat menghormati antara satu sama lain. Sekali lagi saya ulangi di sini, Kementerian Pendidikan Malaysia KPM WAJIB mengambil tindakan tegas atas perbuatan cikgu perempuan ini kerana telah mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang telah ditugaskan kepada nya. WAJIB ambil tindakan, sebagaimana tindakan yang telah dikenakan kepada guru-guru lain sebelumnya. Jangan kerana atas desakan "pihak-pihak tertentu", KPM memandang kes ini sebelah mata dan melepaskan cikgu perempuan ini dengan sewenang-wenangnya. Jangan terkejut jika sekiranya tiada tindakan diambil, akan muncul lebih banyak lagi "cikgu-cikgu" sebegini yang akhirnya akan merosakkan tujuan asal pendidikan untuk perpaduan! p/s: Kadang-kadang sabar pun ada batasnya...
4 Ulasan
Nak jadi guru yang baik kene ada kematangan dalam pemikiran... -_-
BalasPadamitu lah kalau terbawa-bawak hal di luar kelas ke dalam kelas.. budak jadik mangsa..
BalasPadamhooo, bukan semua nak jadi cikgu nak jadi cikgu, ada yang terpaksa, kesian
BalasPadamtu lah pasal.. diharap yang 'terpaksa' jadik cikgu tuh, pikullah tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya. kita hidup bukan hanya di dunia...
Padam