About Me

Pengalaman Sertai Liga Remaja Kreatif 2013

Alhamdulillah, berakhir juga Pertandingan Mencipta Video Liga Remaja Kreatif 2013! Dah siap, sekarang masa untuk menunggu Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013 pula. Dengan penyertaan hampir 21++, saya cukup pasti, semua pelajar yang ada ikut pertandingan ini tentu dah tak sabar-sabar lagi nak tahu keputusannya. Dari sekolah saya, Alhamdulillah ada 4 pasukan telah berjaya menghantar penyertaan mereka. Jom kita tengok balik rentetan apa yang berlaku sepanjang pertandingan ini berlangsung.

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013
 
Pra Liga Remaja Kreatif 2013
Sebaik sahaja saya dapat maklumat pasal Liga Remaja Kreatif 2013 ini diadakan, maka yang pertama sekali saya buat adalah dengan menyediakan papan kenyataan khas untuk pertandingan ini. Disebabkan pertandingan ini pernah mencetuskan fenomena nya yang tersendiri dalam kalangan pelajar sekolah ini, saya rasa ada keperluan untuk pelajar mendapatkan maklumat terkini daripada papan kenyataan tersebut. 


Liga Remaja Kreatif 2013 : Klik Dengan Bijak

Simple jer kan?. 

So langkah seterusnya adalah dengan mengadakan Bengkel Drama dengan usahasama Kelab Drama, bersama-sama Cikgu Nurbaida Akma. Penceramah adalah saya sendiri! Hu3.. Sekadar perkongsian dengan pelajar pengalaman ketika menyertai Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 di ASWARA, Kuala Lumpur. Turut berkongsi pengalaman dan pengetahuan adalah Pressly Palong yang juga merupakan salah seorang peserta kem tersebut.

Dalam ceramah yang sama juga, saya turut menerangkan kepada pelajar tema 'Klik Dengan Bijak' untuk tahun ini supaya pelajar mendapat sedikit idea untuk dikembangkan sebagai cerita mereka. Pengetahuan asas drama seperti teknik menulis skrip yang baik, proses shooting, penggunaan video kamera dan proses editing juga diselitkan sebagai membantu mereka menghasilkan cerita terbaik mereka.

Dalam pada itu juga sempat saya promosikan kepada para pelajar supaya menyertai Liga Remaja Kreatif 2013 ini, dengan harapan lebih ramai pelajar yang berminat untuk menghasilkan video masing-masing sebanyak mungkin. Sambutan pada ketika itu sangat menggalakkan, dengan hampir 100 orang pelajar membanjiri Bilik Audio Visual. Melimpah ruah! 

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Langkah seterusnya yang saya buat adalah dengan menyediakan garis panduan kepada para pelajar serta tarikh yang patut mereka patuhi jika ingin menyertai pertandingan video ini. Ini sebenarnya adalah bagi tujuan memudahkan mereka, dan cikgu mereka sendiri.. He3.. Sebab selalunya kerja-kerja sesudah itu lebih banyak dari kerja-kerja sebelum. Sekurang-kurangnya jika video disediakan lebih awal, beberapa perubahan masih boleh dibuat (setelah mendapat pandangan dari pihak sekolah dan guru-guru lain)

Ditambah pula dengan kesibukan saya sebagai Jurulatih sofbol bagi pasukan Sibu pada ketika itu untuk Kejohanan Sofbol MSS Sarawak di Miri, jadi jadual ini banyak membantu mengatur perjalanan persiapan video para pelajar. Nak tambah lagi sibuk, minggu seterusnya terpaksa pula pergi untuk Kursus Modul Jurulatih Utama Sofbol 1 Murid 1 Sukan di Kuching.. Bimbang juga takut ada pelajar yang curi tulang dan tidak bersungguh-sungguh.

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak


Semasa Liga Remaja Kreatif 2013
Beberapa kumpulan telah mula menghantar skrip penyertaan mereka untuk saya semak. Memandangkan ada antara mereka yang baru cuba-cuba untuk berjinak dengan bidang video kreatif ini, maka banyak juga skrip yang terpaksa ditolak dan perlu dibetulkan semula. Beberapa tips turut diberi supaya skrip yang dihasilkan adalah lebih baik dan ada kelainan dengan cerita lain. 

Beberapa kumpulan yang telah diluluskan skrip dan storyboard nya diberi peluang untuk memilih tarikh shooting. Ini kerana kemudahan yang ada oleh pihak sekolah adalah amat terhad. Lagi-lagi pelajar saya terdiri daripada pelajar asrama. Jadi sebarang pergerakan memerlukan perancangan yang lebih teliti dan lengkap dengan dokumen. 

Antara lokasi penggambaran kali ini adalah di sekitar kawasan sekolah, YMCA, Sibu Jaya, Rumah Aini Leng di Sebintek, Rumah Panjang Tatum di Tabau, Kedai Motor Soon Chin dan  kawasan sepanjang perjalanan ke sekolah.

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Kebanyakan kumpulan memilih untuk shooting di luar kawasan sekolah. Nak tak nak, terpaksa lah saya mengangkut mereka keluar shooting, ke sana dan ke sini. 2 minggu sebelum cuti pertengahan tahun, digunakan dengan semaksimum mungkin supaya dapat memberi kesempatan kepada pelajar untuk merancang proses editing semasa cuti persekolahan. 

Bagi yang tidak berkesempatan, minggu pertama dan kedua selepas cuti diberi peluang kepada mereka untuk melakukan proses shooting. Tetapi perlu bertungkus lumus menyiapkan editing dengan secepat mungkin, dan juga kurang tempoh untuk melakukan penambahbaikan seperti kumpulan yang lebih awal. 

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Bagi proses editing, memang saya memantau para pelajar dengan lebih teliti, memandangkan mereka tiada peralatan canggih melainkan komputer buruk dan video kamera buruk cikgu mereka. Jadi sepanjang-panjang 2 minggu ini, hampir setiap 'pagi-petang-siang-malam' saya menemani dan membimbing mereka dalam menghasilkan video yang terbaik. Inilah proses yang ambil masa yang sangat panjang. Pemilihan klip video, lagu latar dan efek bunyi dan video yang menarik, memang sangat mencabar!!


Namun akhirnya, setelah lelah dan penat untuk beberapa minggu ini, maka 4 penyertaan daripada 4 buah kumpulan telah siap disubmit pada 20 Jun 2013. Terkejut bila tengok angka penyertaan yang dah mencecah angka 21++! Wow! Banyak betul penyertaan tahun ini, dan sudah tentulah saingan nya juga jauh lebih sengit. Walau bagaimana pun, saya hanya mengharapkan yang terbaik bagi kesemua anak murid saya. Saya yakin, kami semua telah melakukan yang sebaik mungkin!

Berikut adalah beberapa keping gambar yang berjaya disnap sepanjang proses penggambaran dengan anak-anak murid saya.


Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Liga remaja kreatif 2013 Klik Dengan Bijak

Kerjasama dan bantuan daripada ahli keluarga para pelajar juga sangat menggalakkan. Ramai yang sanggup menolong menghantar ke sini dan ke sana bagi memudahkan perjalanan para pelajar ini. Seronok bila melihat kesungguhan mereka dalam membantu para pelajar ini melakukan yang terbaik sepanjang penggambaran. 
 
Pasca Liga Remaja Kreatif 2013
Akhirnya siap ler jugak, 4 buah video kreatif yang dihasilkan oleh 4 buah kumpulan ini, dengan genre dan konsep yang berbeza. Walau pun memang kebimbangan sangat tinggi pada mulanya, takut pelajar gagal menyiapkan bahan pada tarikhnya, namun usaha dan semangat mereka mengatasi segalanya! 

Berikut adalah sedikit maklumat kumpulan, tajuk produksi dan peserta. Nama pelajar yang paling awal adalah ketua bagi kumpulan masing-masing.

LRK2013 Cinta Fesbuk Kumpulan 1 : 
Sketsa 
Cinta Fesbuk
(Stevenson Minggu, Gabriel Anggong, Selanjat, Warren Jambi)
 
LRK2013 Sazali dan Sabariah

Kumpulan 2 :
Sketsa 
Sazali dan Sabariah
(Fillyson, Franlaen, Lillian Tan, Robert Jimbun)



LRK2013 Klik Dengan Bijak


Kumpulan 3 : 
Iklan 
Klik Dengan Bijak
(Pressly Palong, Ohkie, Alex Wang Kin Loong, Jasmine Samai)


LRK2013 Klik Dengan Bijak

Kumpulan 4 : 
Iklan 
Klik Dengan B.I.J.A.K
(Tracy Meredin, Katherine Suda, Helmi Paran, Joseph Tu)



Menariknya dengan penyertaan pelajar pada tahun ini, masing-masing menampilkan kelainan yang tersendiri. Konsep dan cerita yang dipersembahkan juga adalah berbeza dan unik. Tidak ada satu pun penyertaan di atas yang mempunyai cerita yang sama atau hampir sama dengan satu yang lain. 

Bagi saya pula secara peribadi, saya merasakan tak sia-sia usaha saya selama ini mengadakan Science Projekt sebagai aktiviti tahunan untuk pelajar Sains saya. Pelajar-pelajar yang pernah terlibat dengan Science Projekt ini ternyata lebih jauh mendahului pelajar lain ketika dalam proses menghasilkan video ini. Projek serampang dua mata ini, InshaAllah akan menampakkan hasil suatu hari nanti.

Saya juga ucapkan Selamat Maju Jaya kepada anak-anak murid saya. Kita dah lakukan yang terbaek!! Semoga boleh membawa pulang lagi trofi Johan bagi Peringkat Negeri Sarawak untuk tahun ini! Mana tahu ada rezeki, kita boleh gegarkan Peringkat Kebangsaan pulak... ;)


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2013

p/s: Berdasarkan pengalaman yang lalu, saya menjangkakan keputusan akan diumumkan sekitar bulan Ogos/ September.. Jadi bersedialah yer.. Hanya mampu mendoakan yang terbaek! Video akan menyusul... ;)


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Lawatan balas ke blog blogger hebat... terima kasih kerana sudi singgah di blog yang masih belajar.

    BalasPadam
  2. Terima kasih ziarah saya...banyak pengetahuan dan ilmu pendidikan di sini..teruskan berbakti kepada anak bangsa cikgu!..:)

    p/s:doakan saya juga ya

    BalasPadam
  3. terima kasih.. saya pun baru bermula sahaja, inshaAllah ada kesempatan, banyak lagi yang boleh dikongsi untuk kebaikan bersama.. ;)

    BalasPadam
  4. semoga sejarah akan berulang.chaiyuk chaiyuk!!!

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Cikgu Yong, video akan diupload selepas tarikh tutup penyertaan. Memandangkan hari ini adalah hari terakhir penyertaan, jadi lebih baik saya menunggu sedikit masa supaya video tidak diciplak..

    Saya akan upload semua video dalam masa mendatang.. Tunggu yer ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. No wonder saya cuba masuk Youtube pun tak dapat.
      Okay. Nampak cantik dari front page!
      Well done, cikgu & students!

      Padam
  7. TQ cikgu Yong.. sangat berharap ari tuh you dapat join, sebab saya rasa video yg sebelum ini ok dan boleh dihasilkan dengan lebih baik untuk kali ini.. mana tahu boleh jumpa untuk peringkat negeri Sarawak nanti! ;)

    BalasPadam
  8. wah ! mmg serius sekolah cikgu join pertandingan ni ek? sy just bagi budak link n dorang buat sendiri semua, budak kl senang sikit, semua dorang wat sendiri ! cikgu tukang komen jer..hehe

    BalasPadam
  9. hak3.. mengisi masa lapang.. sekurang2 nya ada jugak benda2 baru yang budak2 nih dpat belajar.. ;)

    BalasPadam
  10. Sya tmuduga.11.9 ni.ati bdebar2 ni.slalu ape.yg akn dtnye ye.sya first intiview ni..xde pglamn.

    BalasPadam