Program Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani
dan Kejurulatihan Sukan (DAPJKS) bagi Guru-guru Pendidikan Jasmani dan
Guru-guru Sukan Sekolah Rendah dan Menengah di Malaysia ini merupakan
satu program kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia dan United
States Sports Academy.
Kumpulan Sasaran:-
- Guru-guru di bawah umur 50 tahun, cergas, sihat serta mampu mengikut amali dan terlibat secara aktif dalam bidang kejurulatihan sukan dan pengajaran Pendidikan Jasmani
- Guru-guru di pusat latihan daerah dan sekolah sukan negeri
- PPP di Institut Pendidikan Guru, Bahagian, Jabatan dan Daerah
Matlamat dan Objektif:-
- Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang aspek sains dan pendidikan jasmani
- Meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan jasmani
Program ini dikendalikan
sepenuhnya oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan jasmani dan sains
sukan dari Fakulti US Sports Academy kecuali subjek keperluan MQA yang
akan diajar oleh tenaga pengajar tempatan.
Tempoh kursus adalah selama 50
hari dengan 400 jam berkursus. Setiap peserta wajib lulus semua tugasan
dan penilaian untuk bergraduat.
Pembelajaran berasaskan 10 Modul iaitu :-
BIL
|
KOD
|
NAMA MODUL
|
1
|
CEE 523
|
SEMINAR IN SPORTS AND PHYSICAL EDUCATION
|
2
|
CEE 525
|
PHYSICAL FITNESS AND CONDITIONING
|
3
|
CEE 524
|
GAMES APPROACH TO TEACHING PE AND SPORTS
|
4
|
CEE 521
|
PRINCIPLES OF FITNESS AND HEALTH
|
5
|
CEE 568
|
PSYCHOLOGY OF PHYSICAL PERFORMANCE
|
6
|
CEE 571
|
PHYSICAL EDUCATION AND SPORT COACHING METHODOLOGY
|
7
|
CEEM 586
|
ARTS IN EDUCATION (KEPERLUAN MQA)
|
8
|
CEEM 588
|
ETHNIC RELATIONS (KEPERLUAN MQA)
|
9
|
CEE 526
|
PHYSICAL FITNESS TESTING, EVALUATION AND REPORTING
|
10
|
CEE 583
|
PE FACILITIES AND SPORTS EVENT MANAGEMENT
|
Tenaga pengajar adalah terdiri
daripada pakar-pakar dalam bidang sains sukan dan pendidikan jasmani
dari United States Sport Academy dan pensyarah tempatan bagi subjek MQA.
Guru-guru yang menghadiri
latihan akan dianugerahkan Diploma Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan
Sukan dari United States Sport Academy yang diakreditasi oleh Commission
of Southern Association of Colleges and Schools.
TATACARA PERMOHONAN
- Pemohonan boleh dibuat secara online dengan
melayari url http://apps.moe.gov.my/abpg/Kdp2013 atau menerusi Jabatan
Pendidikan Negeri Masing-masing
- Permohonan secara individu atau menerusi JPN boleh dibuat mulai 13 Jun 2013 sehingga 27 Jun 2013
- Calon perlu mencetak borang permohonan yang
telah diisi dan mendapatkan perakuan Ketua Jabatan dan diserahkan kepada
JPN masing-masing.
- Calon perlu melampirkan salinan kad pengenalan,
Sijil/Diploma Perguruan, Sijil Akademik, Jadual Waktu 2011 - 2013,
Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 3 Tahun berturut-turut dan Surat
Pengesahan Jawatan yang telah disahkan seperti dalam senarai semak.
- Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri sebelum 1 Julai 2013 JPN
2 Ulasan
boleh tahu x kursus nie..ujian dia mcm mane amali dan teori dlm bi ker? cikgu joe
BalasPadamTanpa Nama.....
BalasPadam1. Kursus ini tiada sebarang pengiktirafan dari segi ikhtisas. Sumber terus dari mulut BPG! Tapi dia minta dirahsiakan... Alasannya x cukup credit hour! Untuk ilmu, dapat 'buku'...buang masa.. dapat ramai kawan.. tolong perabiskan kantung negara boleh la!
Just think of it....2bulan ~ 60 hari RM26,000.00/head!
2. Pensyarah pun..PR je lebih! I think our local lecturer is much more better than their in terms of T&L process!
3. Facilities out and not fair...some of us were located in PLGDP...Tabung Haji...Some of us at hotel..can u imagine learning PE in hotel! Fasilitis untuk training pun cam sekolah tadika..x de kualiti! Tempat training pinjam sekolah berdekatan! ok la tu!
4. Kena sain surat akujanji...x bole berhenti... nti kena bayar balik ~RM26000.00!
5. Kelas from Mon to Saturday (8.00 - 6.30pm)..
6. Peperiksaan senang jer...50soalan objektif in english! But 'assisted'..ada 'study guide'...bukan study guide pun! Soalan bocor..!
If u think it's worth...to get an 'extra' skill.. to get more 'books'... to waste your holiday time ... u're welcome!
Just to share! Sharing is caring! right...:D!