About Me

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making

Baru-baru ini juga dalam masa kelam kabutnya, telah diadakan satu Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari bersempena dengan 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) dan Penyelidikan Antartika USM-LRGS. Pertandingan dah lama berlalu, tapi baru dapat maklumat pada saat-saat akhir. Tarikh pertandingan adalah pada 15 Mac 2013, dan tarikh akhir hantar video adalah selewat-lewatnya pada 15 Jun 2013. Dah ler sibuk jugak dengan Liga Remaja Kreatif 2013 pada masa tuh, nasib baik sempat jugak join!

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making


Krew Penggambaran
Bagai pucuk dicita ulam yang tiba, maka Kelab Drama yang aktif ler sangat tuh pun memulakan pencarian bakat-bakat baru. Seperti biasa, Pressly Palong telah saya tugaskan sebagai Pengarah. Pengalaman pelajar nih dengan banyak drama saya, memang ler sangat-sangat diperlukan. Tambahan pula, beliau pernah mengikuti Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012 anjuran SKMM pada awal tahun lepas, jadi perlulah dipergunakan oleh cikgunya dengan sebaik mungkin. he3.. Maka bermulalah misi beliau sebagai Pengarah Junior.. 

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
 Gank Antartika beraksi di dalam sampan


Anggota lain yang terpilih adalah Gebbson Belawan dan juga Charry Pressly, bintang baru Kelab Drama sekolah saya.. ha3 Untuk pelakon pula, memang lah ramai sangat yang nak jadi Aaron Aziz dan Diana Danielle nih. Jadi sedikit ujibakat kita buat, dan keutamaan diberi kepada pelajar yang baru nak mencuba dalam bidang ini.. ;)


Pengenalan Pertandingan
Bagi pertandingan ini, para peserta dikehendaki mencipta satu video pendek kreatif yang bertemakan ‘Antartika: Warisan Bersama untuk Faedah Bersama’ yang merangkumi aspek pengenalan Antartika, Kepentingan Antartika dan isu semasanya, serta peranan Malaysia dalam menangani isu ini. Video boleh dibuat dalam bentuk gabungan animasi, power point, sketsa pendek, dokumentari, lakonan atau/dan lain-lain mengikut kreativiti peserta dengan jangka masa video adalah 5 hingga 10 minit sahaja.
 
Objektif pertandingan adalah untuk memupuk kesedaran tentang Antartika dalam kalangan penduduk Malaysia.​ Berpeluh juga suruh budak-budak tuh mencari maklumat mengenai Antartika. Kebanyakan bahan yang dijumpai adalah dalam Bahasa Inggeris. Baru sedar, sangat kurang bahan mengenai Antartika dalam Bahasa Malaysia, sekalipun Malaysia adalah antara negara yang aktif membuat penyelidikan di sana. Satu cabaran untuk mereka! 


Penggambaran Gank Antartika
Walaubagaimanapun, atas usaha ketiga-tiga pelajar berkenaan, maka dapatlah juga dikumpul serba sedikit maklumat mengenai Antartika. Maklumat dicernakan woseyh seterusnya dijadikan jalan cerita kepada video Antartika mereka itu. Benarlah kata orang, pengalaman banyak membantu. Kali ini, kumpulan tersebut juga tampil lengkap dengan storyboard yang menarik. Wow! Ini baru betul lah!!.. ;)

Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
 pelakon extra yang terlibat


Tajuk filem pendek mereka adalah Aku Antartika, dengan berkonsepkan sketsa. Berdurasi 7:29 minit, filem pendek ini mengisahkan mengenai seorang pelajar dengan namanya yang unik, iaitu Antartika. Disebabkan nama tersebut juga, maka dia melakukan 'pengembaraan' mencari erti di sebalik nama Antartika nya itu. Ending nya mesti tonton nanti masa video penuh dimuat naik ke Youtube!! Kasi saspen sket.. 



 Teaser 2 minit bagi filem pendek 'Aku Antartika'

Proses shooting memakan masa 2/3 hari juga, dengan seperti biasa saya setia menemani mereka sehingga habis shooting. Pastu, pilih tempat shooting yang jauh-jauh dari kawasan sekolah, (Rh Panjang John Dullah, Sekuau dan Nanga Sekuau)  .. Hmm memang best sebab cikgu dia jugak lah yang kena gi antar.. ;)
 
Pertandingan Mencipta Video Kreatif Antartika Lestari 2013 : The Making
pelakon extra plak lebih-lebih nak posing

Untuk proses editing, saya rasa lagik lah lama.. Jenuh membimbing ;) Hampir seminggu juga untuk mendapatkan hasil akhir yang memuaskan. Proses ini diketuai oleh Pressly Palong dan dibantu oleh Charry Presly. Di akhir-akhir editing, kelihatan semakin cekap mereka menggunakan perisian tersebut. Misi berjaya!

Maka proses penghantaran pun bermula lah dengan menggunakan khidmat Pos Ekspress. 2 hari kemudian, satu emel dari pihak Antartika Lestari telah memaklumkan penerimaan dvd tersebut. Maka kami semua pun gembira! hu3 hepi ending betul.


Hadiah Hebat
Jika diteliti pada hadiah yang ditawarkan, boleh dikatakan juga agak boleh tahan walaupun masih tak boleh lawan dengan Liga Remaja Kreatif 2013 punya hadiah lah. Tapi masih ok, sebab sekurang-kurangnya pelajar ada peluang untuk mencuba kreativiti mereka. 

Selain daripada setiap penyertaan akan menerima Sijil Penyertaan daripada pihak penganjur, Pemenang bagi tempat Pertama sehingga Ketiga akan dijemput untuk menerima hadiah semasa Majlis Perasmian 6th Malaysian International Seminar on Antarctica 2013 (MISA6 2013) pada 8 Oktober 2013 di Pulau Pinang yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin (Pengerusi YPASM)!! Uiii punya hebat!

Haa.. ini lagi maklumat pasal hadiah-hadiah nya

Tempat Pertama: Trofi, Wang tunai RM4500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Kedua: Trofi, ​Wang tunai RM3500.00 dan Sijil penyertaan
​Tempat Ketiga: Trofi, Wang tunai RM2500.00 dan Sijil penyertaan
Sagu Hati ( 5 X): Wang Tunai RM500.00, ​hadiah sumbangan kepada peserta, Sijil penyertaan



Selain itu, video akan dipaparkan oleh pihak penganjur di laman perkongsian video untuk rujukan pihak dalam dan antarabangsa yang berkaitan pendidikan benua Antartika. Tapi, tak ada royalti, OK! Video yang terpilih juga akan diguna pakai sebagai salah satu medium aktiviti pembelajaran Pendidikan Alam Sekitar : Antartika. 


Keputusan Pertandingan

Dijangka pihak Antartika Lestari akan mengumumkan pemenang pada bulan ​Ogos 2013 dengan tarikh penyampaian hadiah adalah pada ​*8 Oktober 2013. 

Adat menyertai pertandingan, sudah tentulah kita mahukan yang terbaik. Begitu juga lah dengan pasukan Gank Antartika ini pun. Saya mendoakan yang terbaik buat mereka semua. InshaAllah, jika sudah ditetapkan rezeki untuk kita, tidak akan ke mana. Yang penting, kita telah mencuba sehabis baik dalam setiap apa yang kita lakukan! Fighting!


p/s: motivasi saya kepada pelajar adalah, buat yang terbaik supaya kita sama-sama boleh pergi melawat Universiti tempat saya belajar dulu, USM terchenta!


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Best regards from Zadar, Croatia!!! Keep going!!1

    BalasPadam
  2. Saya suka join aktiviti cmni kt skola dulu...

    BalasPadam
  3. sekarang dah september. siapakah juara? dari sekolah mana yee? sebab saya pun terlibat jugak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh rujuk kat link bawah nih yer.. tapi senarai Top 8 saja.. yang keputusan penuh belum ada.. hujung minggu nih baru keluar..

      http://www.cikguhailmi.com/2013/08/keputusan-pertandingan-antartika-lestari.html

      Padam
  4. nama sekolah saya tidak tersenarai, ini bermakna kami sudah kalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mungkin jugak lah.. boleh rujuk senarai sekolah yang berjaya untuk Top 8 kat link di bawah nih..

      http://www.cikguhailmi.com/2013/08/keputusan-pertandingan-antartika-lestari.html

      Padam
    2. yang kalah tetap diberi sijil kebangsaan kan?

      Padam