About Me

Program 1 Malam Bersama Kimia

Berakhir juga Program 1 Malam Bersama Kimia anjuran Panitia Kimia SMK Luar Bandar No. 1 Sibu dengan jayanya. Walaupun saya yang pertama kali join program cetusan idea bernas Cikgu Mackie Juing (Ketua Panitia Kimia), tapi saya dapat merasakan akan kesannya pada pelajar dan juga pada saya sendiri. Mestilah pengalaman baru sebab terpaksa bersengkang mata berjaga sepanjang malam dari pukul 7.30 malam sehinggalah 5.30 pagi, hanya untuk belajar Kimia sahaja. Menarik kan?..

Program 1 Malam Bersama Kimia


Pengenalan
Sejarah awal program nih bermula apabila Cikgu Mackie telah mengadakan program seumpama ini buat pertama kali nya pada tahun 2010. Semuanya kerana beliau dah pun pernah mengadakan program yang sama ketika mengajar di SMK Patiambun, Limbang. Jadi bertitik tolak daripada kejayaan di sekolah lama nya, maka program tersebut pun ikut jugak lah berpindah sekali dengan tuan dia di sekolah baru. Menarik!

Program 1 Malam Bersama Kimia


Pelaksanaan
Konsep pelaksanaannya adalah, guru dan pelajar akan sama-sama bersengkang mata daripada pukul 7.30 malam sehinggalah jam 5.30 pagi untuk sama-sama belajar Kimia. Pelajar bebas dengan aktiviti belajar mereka, tetapi dalam masa yang sama perlu patuh kepada beberapa peraturan yang telah ditetapkan, seperti masa rehat dan juga waktu keluar. 

Program 1 Malam Bersama Kimia


Mengantuk?. Rasa mengantuk ada, tetapi ada cara untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut. Pelajar disediakan makanan, minuman, dan snek untuk dinikmati sepanjang malam. Bagi yang menghadapi kesukaran untuk menjawab soalan, boleh merujuk kepada rakan-rakan atau guru yang ada di sekeliling. Pada kali ini, selain daripada Cikgu Mackie, Cikgu Belle dan saya sendiri juga ada mengikuti program tersebut.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Permintaan daripada pelajar terhadap program ini sangat menggalakkan. Pada awalnya, kumpulan sasaran hanyalah pada kumpulan pelajar lemah dalam lingkungan 20 orang pelajar. Walaubagaimanapun, ramai pelajar lain, termasuk yang dah dapat keputusan bagus pun turut nak ikut serta. Hampir 60 orang pelajar (4 kelas) jugak lah. Maka, terpaksa lah 2 buah makmal digunakan untuk menampung keperluan ini.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Bagi pemilihan tajuk pula, pelajar juga bebas untuk belajar / menjawab soalan / ulangkaji daripada mana-mana set soalan / buku model / Modul Ulangkaji SPM 2013 / sumber rujukan. Ini kerana, hanya pelajar yang tahu bab manakah yang masih belum dikuasai oleh mereka. Di sini saya senaraikan beberapa tajuk bab mengikut kategori senang, sederhana dan susah. Saya mensyaratkan kepada pelajar, bagi bab yang dilabelkan SENANG, pelajar WAJIB menguasai bab tersebut.



KIMIA TINGKATAN 4
1. Pengenalan Kimia                                               SENANG
2. Struktur Atom                                                    SENANG
3. Formula Kimia dan Persamaan                        SEDERHANA
4. Jadual Berkala                                                     SENANG
5. Ikatan Kimia                                                        SENANG
6. Elektrokimia                                                        SUSAH
7. Asid dan Alkali                                                     SEDERHANA
8. Garam                                                                   SEDERHANA
9. Bahan Buatan dalam Industri                            SENANG

KIMIA TINGKATAN 5
1. Kadar Tindak balas                                             SEDERHANA
2. Sebatian Karbon                                                  SUSAH
3. Pengoksidaan dan Penurunan                           SUSAH
4. Termokimia                                                          SEDERHANA
5. Bahan Kimia untuk Pengguna                            SENANG


Pemerhatian
Daripada pemerhatian kasar saya, nampak pelajar lebih berminat dengan konsep pembelajaran sebegini. Sebabnya? mereka dapat fokus terus kepada satu subjek sahaja sepanjang malam untuk ulangkaji, selain mempunyai guru untuk bertanya jika ada sebarang permasalahan. 

Program 1 Malam Bersama Kimia

Paling saya suka, bila keluar perkataan "oooooooooo.... " daripada mulut pelajar, yang menandakan dah mula semakin faham lah tuh! Dengan ramai rakan guru yang ada juga membolehkan pelajar mendapatkan ilmu Kimia dengan cara penyampaian berbeza daripada guru-guru yang berbeza. 

Mungkin ada pelajar yang tak faham dengan penyampaian saya, tapi boleh faham dengan penyampaian guru lain. Begitu juga sebaliknya.

Program 1 Malam Bersama Kimia

Program 1 Malam Bersama Kimia

Pelajar juga nampak lebih mesra dan dekat dengan guru. Mereka lebih senang bertanya jika ada permasalahan ketika menjawab berbanding ketika berada dalam kelas dengan suasana yang lebih formal. Keadaan santai dan rileks membolehkan p&p berjalan dengan lebih lancar!


Kesimpulan
Sekiranya berkesempatan untuk mengadakan program seperti ini sekali lagi, sudah tentu saya akan turut melibatkan diri bersama-sama sebab saya yakin dengan kesannya kepada pemahaman pelajar terhadap Kimia. 


Program 1 Malam Bersama Kimia

Dengan kawasan yang jauh daripada bandar seperti sekolah saya ini, dapatlah saya katakan 99% kejayaan pelajar adalah bergantung kepada usaha guru dan usaha pelajar. Majoriti mereka tidak menghadiri mana-mana tuisyen luar, sama ada kerana tidak berkemampuan atau faktor pengangkutan, maka usaha sebegini diharapkan dapat membantu mereka untuk memajukan diri mereka.

Dah sama-sama penat, sama-sama mengantuk, jom kita tidur!

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat. Sememangnya program begini dapat membantu murid.

    BalasPadam
  2. Terima kasih.. Semoga pengorbanan guru dalam membantu pelajar mendapat hasilnya... Keputusan yang baik!

    BalasPadam
  3. "Ooooo".. mulai paham le tuh. kalau pelajar saya mereka akan cakap, "aie mena kah egu? kamek sik tauk polah. bla bla bla.." huhu.. solan makin byk dan kita semakin pening nk jawab ape :D

    BalasPadam