Untuk kali ini, Cikgu Lajang Anyie telah dilantik untuk menjadi Penyelaras Kem 1 Murid 1 Sukan peringkat sekolah, serta dibantu oleh Cikgu Kesavan sebagai Penolong Penyelaras. Manakala Fasilitator pula terdiri daripada Cikgu Thomas Majing (Bola Sepak), Cikgu Abdul Hakim (Badminton), Cikgu Shidin Dato (Bola Tampar), Cikgu Claudya (Bola Jaring), Cikgu Mujiburrahman (hoki) dan saya sendiri, Cikgu Hailmi (Sofbol).
Hari Pertama
Pada hari pertama ini, perjalanan kem bermula selepas selesai sesi persekolahan dengan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Peserta adalah terdiri daripada 10 orang pelajar (5 lelaki dan 5 perempuan) daripada setiap rumah sukan yang ada di sekolah ini. Ada 6 rumah sukan semuanya dengan mengambil nama pahlawan gagah berani dari seluruh negeri Sarawak.
Mereka adalah :
Syarif Masahor (Rumah Merah)
Rentap (Rumah Ungu)
Linggir (Rumah Jingga)
Rosli Dhoby (Rumah Kuning)
Patinggi Ali (Rumah Biru)
Bantin (Rumah Hijau)
Pelajar telah diberikan sedikit taklimat oleh Kem Komandan berkaitan dengan perjalanan kem dan juga disiplin yang perlu dipatuhi sepanjang mengikuti kem ini. Pelajar juga diberikan fail berisi buku nota serta pensil dan pen untuk tujuan mencatat.
Hari Kedua
Pengisian hari kedua lebih menarik sebab pada hari ini aktiviti sukan dijalankan. Pelajar didedahkan dengan 1 jam teori oleh 6 sukan permainan oleh fasilitator masig-masing yang telah dilantik. Sesi awal pagi dimulakan oleh Cikgu Beatris Bangkang dengan Sesi Memanaskan Badan dan diikuti oleh Cikgu Shidin Dato untuk permainan bola tampar. Kemudian slot ketiga diisi oleh Cikgu Thomas untuk permainan bola sepak. Cikgu Hakim pula untuk permainan badminton pada slot terakhir. Kemudian pelajar berhenti rehat seketika untuk makan tengahari dan solat Jumaat.
Sesi sebelah petang dimulakan dengan sesi permainan bola jaring oleh Cikgu Claudya Nanny dan diikuti dengan permainan sofbol oleh Cikgu Hailmi. Semasa slot teori Sofbol selama 1 jam, saya lebih banyak memperkenalkan sukan sofbol kepada pelajar, terutamanya dari segi peralatan dan juga cara permainan. Seperti yang kita sedia maklum, sofbol bukan lah seperti sukan bola sepak yang sudah diketahui cara permainan nya oleh hampir semua orang.
Justeru itu, ini lah peluang yang saya dapat gunakan untuk menarik lebih banyak penyertaan pelajar dalam sukan sofbol. Idea-idea yang diperolehi semasa mengikuti Kursus Modul Sofbol 1 Murid 1 Sukan pada Mei lalu, juga banyak membantu saya untuk memahamkan pelajar bahawa permainan sofbol itu, mudah!
Manakala sesi teori untuk permainan hoki oleh Cikgu Mujiburrahman dilakukan pada sebelah malam, kerana waktu pada sebelah petangnya telah dikhususkan untuk sesi praktikal selama 3 jam. Sesi yang paling menarik!
Setiap sukan dan permainan telah diberikan 6 stesyen yang berbeza. Pada stesyen berkenaan, fasilitator perlu melakukan aktiviti ringkas sukan masing-masing selama 20 minit untuk setiap kumpulan yang terdiri daripada 10 orang peserta kem. Stesyen sofbol adalah stesyen yang ketiga, di mana ada lebih kurang 13 orang pelajar yang akan membantu ketika aktiviti saya nanti.
Oleh kerana sukan sofbol ini selalu dilihat oleh pelajar lain sebagai permainan yang sukar, jadi saya telah mengambil tanggungjawab sebagai pitcher
Pelajar yang membantu saya telah ditugaskan untuk memadang (fielding), dengan 4 orang lagi pelajar pembantu saya yang lebih mahir akan membantu peserta kem pada setiap base. Mereka terdiri daripada pemain senior sofbol yang mewakili Bahagian Sibu dan Sarawak, iaitu Jicky Joseph, Pressly Palong, Selanjat dan Sylvester Jetik yang akan membantu peserta untuk melakukan larian dari base ke base dan cara permainan.
Ternyata memang mereka sangat seronok! Terutamanya apabila buat kali pertama mereka memegang kayu pemukul dan dapat pukul bola pergi jauh-jauh. Lagi excited bila dapat buat Homerun (kononnya..).
Selepas selesai giliran semua 10 orang peserta memukul, mereka diberi peluang untuk memadang pula. Untuk nak bagi sama adil, saya pilih pelajar-pelajar yang lebih kecil dari tingkatan 1 atau 2 yang baru berjinak-jinak dengan sukan sofbol untuk memukul. Ini kerana tidak mahu memberi tekanan kepada peserta kem dalam 'menumpaskan' pasukan lawan. Saya biarkan juga peserta kem untuk cuba melakukan lambungan mudah seperti yang saya lakukan.
Mengejutkan kerana ramai juga dalam kalangan peserta kem yang dapat melakukan kemahiran asas sofbol dengan baik! Ada juga yang mula menunjukkan riak muka yang sangat gembira dan tak sabar nak main lagi walaupun tak pernah turun padang sekalipun pernah diajak oleh saya berkali-kali. Masa 20 minit yang diperuntukkan ternyata sangat lah tidak mencukupi untuk sesi aktiviti yang dilakukan. Namun, saya yakin telah berjaya menimbulkan minat kepada peserta kem untuk cuba bermain sukan ini pada masa akan datang!
Hari Ketiga
Pada hari terakhir ini, peserta kem telah diberikan peluang untuk cuba mengasah kemahiran dalam sukan bola tampar dengan Mini Karnival Bola Tampar. Pertandingan antara rumah sukan ini dilakukan di gelanggang bola tampar di dataran perhimpunan.Tak dapat nak fokus sangat sebab ada sekolah gantian dan saya perlu masuk kelas. Sedar-sedar dari dalam kelas, peserta kem di bawah dah pun menjerit kegembiraan dengan kemenangan kepada pasukan dari rumah sukan Syarif Masahor! Tahniah..
Majlis penutupan ringkas diadakan dengan ucapan dari Pengetua dan barisan pentadbir. Sudah semestinya tak lengkap kan kalau tak diakhiri dengan sesi fotografi sebagai tanda kenang-kenangan.
Pada pendapat saya, pelaksanaan kem Sukan Sekolah 1 Murid 1 Sukan ini adalah sangat berjaya jika dinilai pada pengaruhnya kepada peserta. Saya melihat peserta semakin menunjukkan minat untuk cuba bersukan, terutamanya sukan yang asing bagi mereka sebelum ini seperti sofbol. Bagi saya, biar lah minat mereka bermula dengan keseronokan yang dirasai ketika kem. Sekiranya didapati berbakat dan minat yang menebal, maka boleh lah diasah lagi bakat mereka ke tahap yang lebih baik.
DOWNLOAD : Manual KPM Kem Sukan Sekolah 1M1S
9 Ulasan
It looks fun :D
BalasPadamBaguslah. Tahniah! Saya pun pernah bawa murid ikuti kem ni tahun lepas.
BalasPadamyup.. memang enjoy..
BalasPadamok...bagus,bagus
BalasPadambrapa bajet menengah ye?
60 orang peserta ?
Nak tgk contoh kertas kerja, boleh?
BalasPadamNak tgk contoh kertas kerja, boleh?
BalasPadamminta maaf.. saya menyertai hanya sebagai jurulatih.. bukan sebagai penyelaras.. jadi saya tak ada simpan kertas kerja.. maaf cikgu.. ;)
BalasPadamnk tanya...klu ikut manual nk 40 peserta bole ka kita kurangkan jumlah peserta
BalasPadamtak pasti ler plak cikgu
BalasPadamtapi nasihat saya, baik ikut jer manual
sebab laporan perlu dihantar ke KPM kan?
kang tak pasal-pasal kena buat sekali lagi
utk sekolah yg kurang murid pun, arahan
diorang, boleh bergabung dengan sekolah lain.. ;)