About Me

Pergi Balik China, India... dan Indonesia

Kontroversi yang melanda Pengetua SMK Alam Megah, Shah Alam baru-baru ini mengenai kenyataan terbukanya kepada para pelajar semasa sesi perhimpunan telah mengundang perbuatan yang tidak bertanggungjawab daripada segelintir pihak yang melaporkan. Pengetua tersebut dikatakan telah mengeluarkan kenyataan "Pergi balik China, India dan Indonesia" kepada para pelajarnya yang tidak pandai menghormati lagu Negaraku.

Pengetua SMK Alam Megah Pergi Balik China, India... dan Indonesia

Akan tetapi, semuanya menjadi 'panas' apabila berita tersebut telah salah lapor oleh ramai pengamal media yang berkepentingan dengan hanya menulis tajuk "Pergi balik China, India". Dah tentu lah ramai yang akan melenting dan marah (seperti biasa). Semua nak jadi juara hal nih. Tetapi juga, jika dibaca dalam artikel dengan tajuk yang sama, penulis sendiri telah menyatakan bahawa Pengetua tersebut turut mengeluarkan kenyataan "Pergi balik ke Indonesia" kepada pelajar Melayu. Tetapi ini tidak mendapat tempat dalam tajuk artikel tersebut. 

Pelik kan? 

Apa motif? 

Atau penulis menganggap kenyataan "Pergi balik ke Indonesia" itu sebagai normal dan tidak perkauman?

Oh ya, mungkin sebab tak da kena mengena dengan kaum dia kot!


p/s: Selalu jugak marahkan pelajar yang tak reti nak hormat lagu Negaraku time perhimpunan. Tak cukup patriotik, tak sayang negara. Patut ler ramai sekarang ni yang berani nak hina ketua negara, hina perpaduan negara. Mungkin masa diorang sekolah pun, jenis spesies yang tak reti nak hormat lagu Negaraku! Kalau kat Thailand, confirm dah kena sepak terajang..

Catat Ulasan

1 Ulasan