Majlis penyampaian hadiah pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 bagi Zon Sarawak telah diadakan di Hotel Hilton Kuching pada 26 September, semalam. Majlis yang diadakan di Hotel Hilton Kuching itu telah menyaksikan 10 penyertaan daripada 7 buah sekolah seluruh Sarawak berentap bagi merebut gelaran Johan bagi Zon Sarawak sekaligus melayakkan diri untuk mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan.
2 video penyertaan daripada sekolah saya telah terpilih sebagai antara 10 Video Terbaik bagi Zon Sarawak. Gembira sangat para pelajar saya apabila menerima surat jemputan tersebut. Sedikit masalah timbul apabila, kos perjalanan semuanya terpaksa ditanggung oleh pihak sekolah.
Namun, selepas perbincangan dengan pihak sekolah, pihak sekolah sanggup untuk membiayai separuh daripada perbelanjaan pengangkutan memandangkan peluang yang jarang-jarang sekali ada ini. Separuh lagi perbelanjaan akan ditanggung oleh pelajar sendiri dan juga sumbangan rakan guru. Atas nasihat pihak sekolah juga, kami menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan bagi mengelakkan kos yang lebih tinggi jika menggunakan bas dan terpaksa bermalam.
Dengan menaiki kapal terbang dari Sibu, kami tiba di Airport Kuching pada jam 900 pagi. Terus dibawa dengan van ke Hilton Hotel Kuching, yang terletak berhampiran dengan Kuching Waterfront. Di sana pula, kami merupakan antara pasukan yang paling lewat tiba dan mendaftar di sana.
Selepas sedikit jamuan sarapan pagi yang ringkas, semua peserta dijemput masuk ke dewan bagi memulakan majlis. Di setiap tempat duduk disediakan beg yang berisi sedikit hadiah peringatan dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Majlis bermula agak lewat kerana VIP kami pada hari tersebut tiba lewat disebabkan penerbangan yang tertunda dari KL. Jadi kami dihiburkan dahulu dengan sedutan daripada video-video Johan daripada negeri-negeri yang sudah pun menerima hadiah masing-masing. Teruja juga melihat video-video hebat tersebut.
Majlis yang dikendalikan oleh penyelaras Liga Remaja Kreatif, Encik Taher Musa terus bermula sebaik sahaja VIP tiba. Sedikit ucapan kata-kata aluan daripada Pemangku Ketua SKMM Wilayah Sarawak, Encik Adiman Ajem dan majlis terus dirasmikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Jalur Lebar SKMM, Puan Nor Akmar Shah Minan.
Kemudian tibalah saat yang mendebarkan iaitu pengumuman pemenang! Pengumuman pemenang dimulakan dengan hadiah Saguhati yang akan membawa pulang, wang tunai RM500. Berikut adalah senarai sekolah yang mendapat Saguhati untuk Zon Sarawak.
1. Kolej DPAH Abdillah, Kuching
2. SMK Belaga, Belaga
3. SM Sains Miri, Miri
4. Kolej Vokasional Kuching, Kuching
5. SMK Agama Tun Ahmad Zaidi, Kuching
6. SMK Chung Hua, Sibu
7. SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sibu
Selesai pemenang Saguhati diumumkan, saya lihat pelajar sedikit kelegaan kerana salah satu video sekolah kami telah terpilih sebagai antara pemenang Hadiah Utama Zon Sarawak. Majlis ditambah lagi debarannya, dengan menayangkan dahulu 3 video yang telah mendapat tempat 3 terbaik bagi negeri Sarawak. Seterusnya dengan penuh debaran, maka keputusan penuh pun diumumkan.
Tempat Ketiga : SMK Belaga, Belaga
Tempat Kedua : SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching
Tempat Pertama : SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sibu
Alhamdulillah, masih ada rezeki kami untuk menjuarai Liga Remaja Kreatif bagi peringkat negeri Sarawak! Kumpulan yang menang ini diketuai oleh Pressly Palong, dibantu oleh Ohkie Belun, Jasmine Samai dan Alex Wang Kin Loong. Mereka membawa pulang wang tunai RM5000 berserta 4 Kamera digital Canon Powershot SX510 HS!
Bersyukur sangat video kami yang menjadi pilihan juri, memandangkan 2 video lagi juga hebat dan mempunyai kelebihan masing-masing. Secara jujur juga saya katakan, tahap kualiti video-video penyertaan dari Sarawak kini sudah berada pada tahap yang membanggakan. Ada kualiti yang tersendiri. Tahniah untuk semua!!..
Majlis diteruskan lagi dengan sesi fotografi dan temuramah oleh pihak akhbar. Tak menang tangan mereka melayan wartawan yang mengerumuni mereka. Ada juga rakaman bagi Berita Wilayah pada petangnya, selain berinteraksi secara langsung untuk Bernama TV bagi siaran radio.
Disebabkan masa yang panjang bagi menunggu penerbangan pulang ke Sibu, maka saya ajak para pelajar menyeberangi Sungai Sarawak dengan menggunakan perahu untuk membeli kek lapis yang terkenal, iaitu Dayang Salhah dan juga Mira.
Oleh kerana dah berjanji dengan van yang mengambil kami dari airport tadi, maka kami hanya bersiar-siar berdekatan dengan kawasan waterfront sahaja bagi menghabiskan masa sebelum ke airport.
Alhamdulillah, kami semua dah dapat pengalaman yang sangat bernilai! InshaAllah, tunggu kami ke peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur yang dijangka akan berlangsung pada 31 Oktober nanti.. ;)
p/s: Entri saya seterusnya akan memaparkan video yang menjadi Johan bagi setiap negeri. Tunggu yer.. ;)
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
7 Ulasan
tahniah cikgu! Kamera tu no 1 je ek dapat?
BalasPadamTQ.. 2 dan 3 pun dapat jugak kalau tak salah.. cuma beza model lah..
PadamAll da best yer Khairul nnti.. ;)
congrat to u all
BalasPadamtahniah! ada tak info mengenai pertandingan peringkat kebangsaan?
BalasPadamtahniah cikgu
BalasPadamtahniah cikgu
BalasPadamTerima kasih.. Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 31 Oktober ini di Angkasapuri RTM Kuala Lumpur.. ;)
BalasPadam