Kementerian Pendidikan menawarkan peluang bersyarat kepada guru dari
Semenanjung, yang kini mengajar di Sabah dan Sarawak untuk pulang
bertugas ke negeri pilihan, mulai Januari tahun depan. Menteri
Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata tawaran sama juga dibuka
kepada guru dari kedua-dua negeri itu, yang sedang bertugas di
Semenanjung, tetapi berminat kembali berkhidmat di kampung halaman
masing-masing.
“Kita membuat kajian terperinci dan mencari mekanisme
terbaik bagi memastikan guru tiada masalah besar menjalankan tugasan di
lokasi mereka ditempatkan.
“Bagaimanapun, melalui kajian sama,
kita menetapkan beberapa faktor melayakkan permohonan guru untuk
bertukar sekolah seperti pasangan suami atau isteri bertugas di negeri
berbeza dan sudah mengajar di sesuatu kawasan terlalu lama.
“Kajian dan mekanisme ini penting kerana kita banyak menerima permohonan
pertukaran daripada guru, terutama yang berasal dari Semenanjung dan
kini mengajar di Sabah atau Sarawak untuk pulang ke negeri asal
masing-masing,” katanya lagi.
Sementara itu, mengulas lanjut isu
yang sama, Idris berkata, tawaran itu turut membolehkan
mana-mana guru untuk mengajar di negeri lebih jauh, mengikut pilihan
masing-masing sama ada di sekolah Semenanjung atau Sabah dan Sarawak.
Assalam .. sy ingin bertanya .. adakah antara kelulusan bersyarat itu perlukan kedua-dua pasangan suami dan isteri bertugas sebagai guru ? bagaimana dengan kes hanya isteri seorang guru dan suami seorang pekerja swasta ? mohon pencerahan seandainya tidak menyusahkan .. terima kasih ..
peluang untuk berkembang bagi para guru di semenanjung, sehingga pertukaran perlu ditimbang sebagai hal yang positif, kunjungi pula blog saya www.goocap.com
5 Ulasan
wah... jika bnar dikata... ramai cikgu senyum smpai ke telinga...
BalasPadamyer setuju tu.. saya pun termasuk ler tuh kalau benar bagai dikata.. ;)
BalasPadamAssalam .. sy ingin bertanya .. adakah antara kelulusan bersyarat itu perlukan kedua-dua pasangan suami dan isteri bertugas sebagai guru ? bagaimana dengan kes hanya isteri seorang guru dan suami seorang pekerja swasta ? mohon pencerahan seandainya tidak menyusahkan .. terima kasih ..
BalasPadamBAGUS LA LEPAS NIE LEH LA APPLY SAPA2 YANG NAK TUKAR TUE
BalasPadampeluang untuk berkembang bagi para guru di semenanjung, sehingga pertukaran perlu ditimbang sebagai hal yang positif, kunjungi pula blog saya www.goocap.com
BalasPadam