Asid sulfurik adalah asid mineral yang kuat. Daripada jenis asid diprotik yang berkebolehan menghasilkan 2 ion hidrogen, asid sulfurik mempunyai formula kimia H2SO4.
Asid sulfurik ini sebenarnya ditemui oleh seorang ahli kimia Islam, Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi, pada kurun ke-9. Beliau telah memperoleh asid sulfurik dengan penyulingan kering mineral-mineral vitriol tertentu. Kemudian pada tahun 1831, seorang pedagang cuka
Britain, Perengie Phillips, mempatenkan proses yang jauh lebih murah
untuk menghasilkan sulfur trioksida dan asid sulfurik pekat. Proses ini
dinamakan Proses Sentuh, dan kini hampir semua bekalan asid sulfurik dunia dihasilkan dengan proses ini.
Kegunaan Asid Sulfurik
1. pembuatan baja (ammonium sulfat)
2. pembuatan detergen dan sabun
3. elektrolit dalam bateri kereta
4. pembuatan racun perosak
5. pembuatan cat dan pewarna
6. pembuatan barangan plastik (nilon)
Kesan Penghasilan Asid Sulfurik Kepada Alam Sekitar
Perlu difahami bahawa dalam proses menghasilkan asid sulfurik, kita perlu menghasilkan gas sulfur dioksida dan sulfur dioksida.
Gas ini lah yang membawa kesan langsung kepada alam sekitar kerana tindakbalas keduanya dengan air hujan akan menghasilkan larutan berasid.
Atau dalam erti kata yang mudah, menghasilkan hujan asid!
Hujan asid pula boleh menghakis dan merosakkan harta benda. Selain itu kandungan asid dalam hujan juga akan mengurangkan pH tanah dan menyebabkan tanah kurang subur. Selain itu, dapat mengurangkan pH air sekaligus membunuh hidupan akuatik. Akhir sekali ini semua akan merosakkan keindahan alam sekitar.
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
7 Ulasan
Apa saja proses untuk mengubah sesuatu pasti akan diikuti dengan rantaian kesan yang bersambung-sambung nampaknya...
BalasPadamAsid sulfurik ni kalau nak handle kena hati-hati sikit. Kalau mol dia tinggi sangat, kena tangan boleh melecur.
BalasPadamsalam cikgu, nak tanya, apa tindakbalas tembaga yang direndam asid sulfurik ye?
BalasPadamHancur lebur (Boom)
PadamApa kesan sampingan jika terhidu asid sulfurik? Thanks
BalasPadamApa kesan sampingan dan kaedah rawatan jika terhidu bau asid sulferik?
BalasPadamAssalam cikgu. Asid ni ada dijual ka cikgu adakah ia berbahaya jika terkena pada kulit
BalasPadam