About Me

MISA6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Pada 7 Oktober yang lalu, saya bersama 3 orang lagi pelajar yang terdiri daripada Pressly Palong Kinaphine, Gebbson Belawan Meyu dan Charry Fressly Stephen telah terbang ke Pulau Pinang. Untuk apa? Seperti pada entri saya yang sebelum ini, sekolah saya telah berjaya memenangi Tempat Kedua bagi Pertandingan Video Kreatif Antartika Lestari 2013 anjuran polar@USM bersempena dengan penganjuran MISA6. MISA6 yang merupakan singkatan kepada 6th Malaysia International Seminar On Antarctica merupakan acara tahunan bagi polar@USM bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan benua Antartika kepada alam sejagat.

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013




7 Oktober
Setibanya kami di Pulau Pinang pada 7 Oktober, kami telah membuat keputusan untuk menginap di Hotel Parkroyal Batu Ferringhi, tempat di mana akan berlangsungnya majlis penyampaian hadiah tersebut. Memandangkan pihak penganjur tidak menyediakan pengangkutan dan penginapan bagi para pemenang, maka bagi memudahkan urusan dan mengurangkan lagi kos saya dan pelajar (separuh kos penerbangan pelajar adalah ditanggung sekolah dan pelajar, cikgu punya kos sendiri, manakala kos penginapan di hotel ditanggung sepenuhnya oleh guru dan pelajar), maka saya rasa ini adalah pilihan terbaik yanag kami ada. Alhamdulillah, pengalaman hidup di Pulau Pinang selama hampir 7 tahun semasa belajar di USM dahulu juga banyak membantu dalam menguruskan perjalanan kami ini.

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Pada waktu petang hari yang sama, pihak penganjur mengadakan sedikit raptai ringkas. ini adalah kerana, tetamu yang akan hadir adalah bukan calang-calang orang, iaitu penaung kepada Yayasan Antartika Sultan Mizan, iaitu Ke Bawah Duli Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Beberapa pegawai istana memberi tunjuk ajar cara angkat sembah dan junjung kasih kepada para pemenang. 

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Turut bersama kami adalah penerima geran pendidikan dan juga peneriman fellowship yang terpilih daripada universiti seluruh Malaysia. Pengalaman baru buat saya dan para pelajar yang pertama kali berdepan dengan situasi sedemikian yang memerlukan protokol rasmi adat istiadat istana.

Memandangkan sesi raptai tamat lebih awal, maka saya telah membawa pelajar saya ke pusat bandar Georgetown. Yeah! Sesi lawatan sambil belajar!. Ini juga merupakan kali pertama bagi pelajar saya untuk ke bandaraya yang hebat ini. Jadi, bagi merasmikan kedatangan mereka ke Penang nih, maka saya bawa mereka menjamu selera makanan yang paling sinonim dengan Penang, iaitu Nasi Kandar. Dan tentulah restoren yang menjadi pilihan saya adalah Kedai Nasi Kandar Line Clear yang memang mahsyuk dan terbaek!

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Selesai menjamu selera, kami bergerak ke Bazaar Chowrasta dan singgah di Kedai Jeruk Nasser bagi membeli sedikit buah tangan buat kawan-kawan di Sibu. Memandangkan masa juga mencemburui kami, maka lawatan terakhir kami adalah ke KOMTAR, bangunan ikonik Pulau Pinang. Dalam perjalanan pulang ke hotel, sempat lagi singgah ke Pasar Malam Batu Feringghi yang cukup popular dalam kalangan pelancong-pelancong di sekitar Batu Feringghi.

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013


8 Oktober
Keesokan harinya, kami bersiap lebih awal sekalipun majlis akan berlangsung pada pukul 9 pagi. Pukul 8 pagi dah turun, memang semangat! Sekali lagi raptai ringkas diadakan bagi memberi peluang kepada mereka yang terlepas sesi raptai pada hari sebelumnya.

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Dah tentu saat yang paling mendebarkan adalah saat ketibaan tetamu kehormat! 

Majlis berlangsung dengan lancar seperti dirancangkan tanpa sebarang masalah. Selain daripada Pertandingan Video Kreatif, rupanya ada banyak lagi Program Outreach yang dah dilaksanakan oleh penganjur kepada pelajar sekolah seperti Pertandingan Esei Antartika Lestari, Pertandingan Debat MRSM dan juga penganjuran program-program di sekolah yang terpilih. 

Gambar-gambar di bawah ini adalah gambar pemenang- pemenang bagi Pertandingan Video Kreatif:


MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013
 JOHAN
SMKA Johor Bharu, Johor

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013
NAIB JOHAN
SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak

 MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013
KETIGA
SMK Lembah Bidong, Terengganu


Yang kat bawah ni pula gambar-gambar di bawah ini adalah gambar pemenang- pemenang bagi Pertandingan Esei Antartika:

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Ini pula gambar-gambar penerima Geran Kajian YPASM dan Fellowship Awards. Hebat dan Terbaik!

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Macam biasa, sempat juga para pemenang dan guru pengiring nak berposing depan kamera bersama penyelaras program, Encik Firdaus dari polar@USM bagi tujuan kenang-kenangan. Tengok gambar-gambar kemeriahan di bawah..
 
MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

MISA 6 : Majlis Penyampaian Hadiah Antartika Lestari 2013

Selesai sahaja majlis, semua tetamu dijemput untuk menjamu selera. Kami pula terus berangkat ke airport selepas selesai urusan check out di hotel. Sampai di Sibu pada malam nya, setelah transit di Kuching dari Penang. Semoga pengalaman ini akan meninggalkan kenangan yang manis buat kami semua!!

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. untung dpt jumpa sultan negeri saya :) syok jugak ada pengalaman begini.

    BalasPadam
  2. Memang best.. Memang untung dapat jumpa dengan sultan Terengganu..
    Serious nervous, takut2 kalau ada terbuat salah ke apa ke..
    Kang tak pasal2.. ;)

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. cikgu hilmi.. thanks upload gambar SMKAJB sekali... minta emel gambar yang len boleh?

    BalasPadam
  5. xde masalah.. nk pic lain anto emel kpda saya kat miecaprio@yahoo.com

    BalasPadam