Latar Belakang
1. Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat PPP berdasarkan prinsip TBBK sebagai kesinambungan kepada transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan.
2. PPP yang layak dinaikkan pangkat pada 1 Januari 2012 hingga 30 Jun 2013 adalah tertakluk kepada syarat kenaikan pangkat yang telah ditetapkan iaitu hanya mengambil kira markah LNPT dan tempoh perkhidmatan sahaja. Mulai 1 Julai 2013, penilaian tahap kecemerlangan dikuat kuasakan selaras dengan surat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia JPA. BK (S) 255/4/5 Jld. 5 (56) bertarikh 13 April 2012 dan JPA.BK(S) 255/4/5 Jld. 7(13) bertarikh 10 Januari 2013.
3. Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan telah dikuatkuasakan selaras dengan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013 mengenai Pemakluman Keputusan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran Bil.4 Tahun 2013 yang bersidang pada 17 Julai 2013.
4. Kenaikan pangkat TBBK dilaksanakan tanpa kekosongan jawatan setelah PPP memenuhi tempoh perkhidmatan dan syarat-syarat lain termasuk penilaian tahap kecemerlangan oleh Panel Penilai.
5. Kriteria Kecemerlangan ini telah dipersetujui bersama NUTP dan KONGRES dan telah diluluskan oleh LKPPP di JPA.
6. Tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat secara TBBK adalah seperti berikut:
Tujuan Pelaksanaan
1. Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-Pekerja Sektor Awam (JKK-MPGSA) Berhubung Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Bagi Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
2. Y.A.B. Perdana Menteri dalam mesyuarat JKK-MPGSA pada 7 Disember 2012 telah bersetuju agar tarikh kuatkuasa pemakaian Kriteria Tahap Kecemerlangan dalam urusan kenaikan pangkat secara TBBK dipinda kepada 1 Julai 2013.
3. Memaklumkan kelulusan Kaedah Pelaksanaan Penilaian Tahap Kecemerlangan Urusan Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di Kementerian Pendidikan Malaysia adalah berdasarkan surat JPA rujukan JPA.BK(S)134/4/8-4(74) bertarikh 22 Ogos 2013.
4. Menjelaskan kaedah pelaksanaan Kriteria Tahap Kecemerlangan kepada Panel Penilai dan Pegawai yang menguruskan urusan kenaikan pangkat PPP.
Pelaksanaan
1. Kriteria Tahap Kecemerlangan adalah berdasarkan 4 kategori PPP
§Guru
§Pensyarah
§Ketua Jabatan/ Pengetua/ Ketua Unit/ Guru Besar/ Penolong Kanan
§Lain-lain Pegawai
2. Wajaran Pemarkahan
Syarat Pemarkahan
1. Pencapaian keseluruhan (LNPT dan kriteria kecemerlangan) yang perlu dicapai adalah 80% dan ke atas
2. Kelulusan cadangan kriteria kecemerlangan bagi pelaksanaan TBBK di KPM adalah seperti jadual berikut:-
3. Mulai 1 Januari 2014, markah minimum LNPT diselaraskan kepada 80% bagi semua gred
Panel Penilai
1. Bertanggung jawab untuk menilai dan memperaku PPP yang layak untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat.
2. Terdiri daripada Pengerusi dan sekurang-kurangnya dua (2) orang ahli atau lebih dalam jumlah yang ganjil.
3. Penilaian adalah berdasarkan dokumen yang telah disahkan dan dikepilkan bersama dengan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan.
4. Bersidang dalam tempoh yang ditetapkan.
5. Penilaian hendaklah dibuat di tempat bertugas semasa PPP.
Panel Rayuan
1. PPP yang tidak diperaku oleh Panel Penilai boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diterima dengan menggunakan Borang Rayuan.
2. Rayuan hanya boleh dibuat sekali (1) sahaja untuk sesuatu urusan penilaian tahap kecemerlangan.
3. Panel Rayuan bertanggung jawab untuk membuat penilaian semula ke atas pegawai yang tidak diperaku. Panel ini terdiri daripada Pengerusi dan seorang ahli sahaja.
4. Panel Rayuan hendaklah bersidang dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh rayuan diterima. Keputusan rayuan adalah berdasarkan semakan semula dokumen sokongan dan Borang Penilaian Tahap Kecemerlangan PPP.
5. Panel Rayuan perlu melengkapkan Borang Laporan Panel Rayuan Tahap Kecemerlangan dan mengemukakan keputusan rayuan kepada Ketua Jabatan dalam tempoh seminggu dari tarikh Panel Rayuan bersidang.
6. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan berdasarkan keputusan Panel Rayuan kepada urus setia BPSM di KPM untuk pertimbangan dan keputusan LKPPP.
Entri : Prosedur Rayuan bagi guru yang gagal TBBK [HOT]
Calon Gagal Urusan Kenaikan Pangkat
1. Bagi pegawai yang gagal dalam urusan kenaikan pangkat, Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan semula perakuan kenaikan pangkat pegawai selepas tempoh satu (1) tahun dari tarikh pegawai pertama kali dipertimbangkan. Tarikh kuat kuasa kenaikan pangkat pegawai yang dipertimbangkan semula adalah tidak kurang satu (1) tahun daripada tarikh pegawai layak dinaikkan pangkat secara TBBK.
Download Borang
Borang Kategori 1A - Guru DG29 dan DG41
Borang Kategori 1B - Guru DG32, DG34, DG44, DG48 dan DG52
Borang Kategori 2 - Pensyarah
Borang Kategori 3 - Ketua Jabatan / Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Borang Kategori 4A - Pegawai DG41
Borang Kategori 4B - Pegawai DG32, DG34, DG44, DG48 dan DG52
p/s: Jom komen sket... ;)
35 Ulasan
Ketua jabatan dan penilai pertama punya ruang yg besar utk menafikan hak kenaikan pangkat guru2 dalam TBBK. Ini amat jelas berlaku di Kolej Vokasional Shah Alam ( Dulu Sek. Men. Teknik/Vokasional ). Dari 6 orang guru yang telah melepasi syarat untuk kenaikan pangkat dari DG 41 ke DG 44, hanya 2 diperakukan oleh Pengarah (dulu pengetua) sedangkan Pengarah itu baru berada di Kolej tersebut selama 5 bulan. 4 orang guru memang jelas terainaya.
BalasPadamDi mana-mana tempat dalam Malaysia, penempatan beliau akan membawa mala petaka kepada tempat itu . Malang bagi Kolej Vokasional Shah Alam yang mendapat Pengarah seperti ini, yang telah mengwujudkan suasana tak harmoni di tempat kerja. Ketua Jabatan kolej Vokasional tersebut pun telah meletakkan jawatan kerana merasakn pentadbiran Pengarah baru itu terlalu angkuh. Tahniah kepada Sek. Men. Teknik Cheras KL, Kolej Vokasional Kajang yang talah terlepas dari Bala dan bencana. Dan Takziah kepada Kolej Vokasional Shah Alam yang begitu damai dan harmoni sebelum ini, dan kini mula mengorak langkah ke arah porak peranda....
Mudahan mereka yang angkuh itu akan menerima ganjaran dariNya.
Slm.. x pa tn bwa brsabar. Fenomena sebegini jelas byk berlaku di mana-mana institut/sekolah. Yg lebih parah ialah .. org yg malas mengajar
Padamtpi rajin mengipas pla yg berpeluang. Dah dpt tpi masih bwa perangai lama.
Yg penting kita bkerja ikhlas & menikmati gaji yg halal...
Perkara ini juge telah berlaku kepada saya br2 ini.... sy hanya mendapat 76% utk kecemerlangan.... manakala lnpt purata 3 thun sebyk 92%..... akhirnya... sy x lepas naik dg44.... alasan.. slalu pgg telefon d dlm kelas... sedangkan sy memegang d saat perlu terutama tujuan mencari mklumt pdp... x menanda buku nota... sedangkan buku nota la pling seronok menanda sbb x perlu tlalu rigid..... ntahla....... moga Allah yg membalas apa sj yg ptt....
Padam*Type error..perenggan 2, baris 3.
BalasPadamKetua Jabatan Teknologi Pembuatan & Mekanikal ( Jab Vokasional ) di Kolej Vokasional tersebut pun telah meletakkan jawatan
Ketua Jabatan di Kolej Vokasional adalah jawatan Ketua Bidang di sekolah Harian biasa atau Guru Kanan Mata Pelajaran ( GKMP )
BalasPadamIni lah kesan tak terjangka daripada transformasi..
BalasPadamMudah2an tidak ada yang teraniaya kesan daripada pelaksanaan ini
bagaimana dengan keputusan keseluruhan yg diberi oleh panel penilai sebanyak 79.7%..tetrasa dianiaya..
BalasPadamHmmm.. itulah yang terjadi apabila panel penilai melibatkan emosi apabila memberi penilaian. Mengenai markah, saya rasa kita boleh membuat semakan semula jika tak berpuas hati dengan markah yang diberi. Minta dinilai untuk kali kedua. Kalau boleh mintak penjelasan dari pentadbir kenapa anda diberi markah sedemkian..
BalasPadamYa betul. Situasi ini pernah berlaku pada saya. Tanya penilai pertama serta pentadbir. Bawa ke BPSM. Berlakunya kesilapan ternikal. Akhirnya dapat markah yg baru tak sampai sebulan panel bersidang (90+%). Yg penting sekiranya ketidakpuasan berlaku kita jgn senyap. Bawa bertenang. Dlm masa sama berusaha. Minta penjelasan yg sepatutnya pd pihak yg berkenaan.
Padamdah tanya..slack kat koku..hairan dan musykil..setakat ni aktiviti koku jarang ponteng..jawabnya memang kena buat rayuan kenaikan pangkat..frust sangat2 ni..maklumlah kita tak rajin tunjuk muka kat pejabat..nasib hai nasib..
BalasPadamsaya telah dipanggil untuk taklimat kenaikan pangkat oleh pengetua. walau bagaimanapun pada awal2 lagi beliau telah menyatakan kami tidak layak. jika bekerja di bawah boss perempuan yang cerewet dan emosional.... habislah semuanya. kami rasa teraniaya dapat boss gila yang datang sekolah hanya untuk melepaskan perasaan marah pada semua guru .......
BalasPadamkesian jugak bila dengar ada rakan2 guru yang mendapat 'laluan sukar' untuk mendapatkan time-based.. inshaAllah, teruskan bekerja dengan niat dan hati yang ikhlas.. rezeki Allah yang bagi.. kalau dah memang rezeki kita, tak ke mana. kalau belum dapat tuh, mungkin bukan rezeki kita.. teruskan berusaha yer..
BalasPadamcikgu,, tolong berikan contoh mengisi maklumat di dalam borang kategori 3 tu.
PadamSalam. Cikgu sayamula posting sejak 2002 masi lagi dg29...masalahnya saya kerja juga tp majikan beri markah lnpt sangat rendah....mohon pertolongan cikgu bagaimana kes saya ini.
Padamini adalah cara paling mudah kerajaan menjimatkan wang.... janji tinggal janji.... janji pilihanraya....
BalasPadamBila keputusan lulus gagal akan diumum
BalasPadamDi mana bleh dptkan borang rayuan?
BalasPadamTumpang tanya..kenapa nama saya tidak kuar dlm sistem e-pangkat guru besar setelah semakan mengikut iklan sedangkn saya sudah layak utk memohon
BalasPadamCikgu...mungkin ada sebab2 lain...ada maklumat yg .x dikemaskini...kursus npqel..dll
PadamMinta PT kemaskini e pangkat cikgu tu...
Print borang tu dan isi secara manual jika tiada NPQEL....
PadamKena isi tarikh kenaikan pangkat semasa kt dalam eOperasi. Jika blm pernah naik pangkat...amik kira dari tarikh kita posting. Dah pernah terjadi kpd guru sekolah saya. Isi je tarikh tu...nama kluar dlm ePangkat
PadamAdakah keciciran kenaikan pangkat secara timebase boleh menjejaskan siniority kita dgn rakan yg sama batch kita yg sudah dapat kenaiakn tersebut.?...keciciran ini disebabkan kekhilafan dipihak majikan sendiri.....
BalasPadamMohon share bro...borang2 ini da x dlm doc...
BalasPadamCikgu Hailmi...adakah seseorang guru yg terpaksa mengambil cuti separuh gaji selama 6 bulan atas sebab kritikal krn menjaga ibu yg sakit secara automatiknya tidak layak utk dpt markah LNPT 80% ke atas? Walaupun guru berkenaan menunjukkan prestasi yg amat cemerlang dlm tugasnya...terutama PdP?
BalasPadam3 tahun terkini.. kepada semua rakan2 sejawat..semoga urusan lancar..sekiranya berlaku kemusykilan.. mesti hubungi segera pihak BPSM.
BalasPadamassalamualaikum..saya selaku pt di sekolah,jika ada guru nama yg tidak naik pada epangkat minta pt sekolah uruskan pengemaskinian pada e pangkat guru besar, pt kene kemaskini gred terkini guru, LNPT dan upload BRP guru. Guru juga kene isi borang KC untuk dinilai, sediakan semua dokumen yg berkaitan. jika dapat apa2 sijil luar dari sekolah/jabatan sila serta sekali utk memudahkan urusan kenaikan pangkat. kita sama2 usaha untuk memudahkan guru dan pt serta gb/pengetua/ketua jabatan yang berurusan.maklumkan/ingatkan pt jika tahun berkenaan cikgu layak naik pangkat.
BalasPadamBoleh saya tahu, halaman BRP yang mana perlu di upload? Yg ada Tarikh pengesahan pelantikan dan tarikh disahkan dalam perkhidmatan,atau tarikh ditawarkan Dg41? Yg saya tahu, cuma halaman terakhir BRP
PadamTahniah anda sebagai PT yg jujur dan amanah dlm mnjalnkn tugas.......ada gak pt yg awl2 lg dah minta upah..kalau x bg siap ugut nk sekat kenaikan pangkat. dah mengalahkan pengetua....
BalasPadam8 tahun, tempoh itu dikira bermula tarikh pengesahan jawatan atau tarikh lantikan tetap?
BalasPadamBrapakah minimum markah berasaskan kecemerlangan? Adakah 80% atau 85% atau 90%?
BalasPadamcer tengok kenaikkan pangkat seseorg ppd manjung guna cable ke...tak layak pun..makan la hak org..cable politik
BalasPadamIdeal and Most economical Jabodetabek Non-public Instruction, all of our employees plus instructors can come home, fixed your personal research schedule and may pick virtually any field of analysis ... visit https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-kebon-jeruk.html for more details
BalasPadamJabodetabek private tutoring services with teachers coming to the house. Over hundreds of active tutors are prepared to teach various skills and lessons for kids to adults ... click https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-pesanggrahan.html for more details
BalasPadamWe offer private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a built-in and accelerated method, it really is hoped who's can foster a generation of those with good morals... click for more detail https://biologi-exed.blogspot.com/2022/06/les-privat-biologi-di-kramat-jati.html
BalasPadamOpen the entrance to a whole world of opportunities with these comprehensive foreign language course at Executive-Education.id. Our expertly designed curriculum is targeted on practical skills and cultural understanding, equipping you with the knowhow necessary to navigate international business, travel, and social interactions effortlessly. From mastering grammar intricacies to refining pronunciation, our program ensures you'll master your selected language. Tap https://kursus-korea.github.io/kursus-bahasa-korea-mampang.html for latest details.
BalasPadam