Pasukan kami yang menjadi Johan bagi Zon Sarawak telah mewakili negeri Sarawak bagi pertandingan mencipta video tersebut. Untuk pengetahuan, kami juga pernah mewakili Sarawak bagi pertandingan yang sama, yang pernah dianjurkan pada tahun 2010. Setibanya di KLIA, kami bergerak ke penginapan yang disediakan di Shaftsbury Residence, Cyberjaya. Syukur alhamdulillah sebab semua kos pengangkutan dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Terbaek!!
Setibanya di Shaftsbury Residence, Cyberjaya, kami merupakan pasukan yang pertama sekali tiba di sana. Selang sejam kemudian barulah pula tiba pasukan dari Perlis, Kedah, Kelantan, Sabah dan Johor. Sempat juga saya berkenalan dengan beberapa orang guru pembimbing negeri lain yang sememang nya juga aktif dalam bidang penghasilan video seperti ini, seperti Cikgu Jamil dari SM Sains Kubang Pasu, Kedah.
Selesai semua urusan daftar masuk, maka bergerak lah kami ke bilik masing-masing. Sesi sebelah malamnya, aktiviti sendiri. Maka saya bawa pelajar saya ke Shaftsbury Square yang terletak bersebelahan dengan bangunan yang kami diami untuk aktiviti yang paling menggembirakan, iaitu makan-makan. Hu3..
Esok paginya seawal jam 7 pagi semua pasukan sudah berkumpul di lobi hotel untuk bertolak ke Angkasapuri RTM bagi majlis. Sambil menunggu bas, kami juga dibekalkan dengan pek sarapan. Walaubagaimanapun, bas hanya tiba pada jam 8 pagi sebab salahfaham dan sesat dalam kawasan Cyberjaya. Alhamdulillah, dapat juga sampai ke tempat yang dituju sebelum majlis bermula pada jam 10.30 pagi. Sekali lagi semua dihidangkan dengan sarapan pagi sebelum bergerak masuk ke dalam studio rakaman.
Studio sudah dipenuhi dengan rombongan pelajar dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Saya dimaklumkan juga pihak SKMM telah menaja beberapa biji bas untuk sekolah dari Melaka, KL, Selangor dan Perak bagi memeriahkan majlis. Memang terbaek! Dalam pada itu sempat juga saya berkenalan dengan beberapa orang lagi guru pembimbing dari negeri lain, seperti Cikgu Faizal dari Kolej Yayasan Saad, Melaka dan Cikgu Milah dari SDAR, Negeri Sembilan.
Sambil menunggu ketibaan tetamu kehormat, kami dihiburkan dengan keletah 2 pengacara hebat untuk majlis tersebut. Salah seorangnya adalah juga penyanyi yang juga pelakon iaitu, Aliff Satar. Cukup menghiburkan dengan lawak jenaka mereka!
Tetamu kehormat iaitu YBhg Dato Seri Shaberry Cheek tiba tepat pada jam 10.30 pagi. Ketibaan disambut dengan persembahan drum dengan tarian. Maka majlis pun bermula lah. Semua berdebar untuk mendengarkan keputusan yang selama ini ditunggu-tunggu!
Majlis dimulakan dengan ucapan doa dan diikuti dengan ucapan daripada Pengerusi SKMM iaitu YBhg Dato Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi. Sebahagian daripada video peserta ditayangkan sebagai pendahuluan kepada para penonton. Majlis dirancakkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh Akim AF.
Debaran diteruskan dengan sebahagian lagi video peserta yang menyertai pertandingan akhir ini. Juga persembahan ala Tron yang merupakan satu tarian unik yang baru. Usaha yang baik, walaupun setiap langkahnya adalah ditiru daripada Youtube semata-mata. Ini diikuti dengan ucapan YBhg Dato Seri Shaberry Cheek dan pengumuman pemenang.
Pengumuman dimulakan dengan Hadiah Penghargaan kepada Juri-juri dan pihak-pihak yang terlibat menjayakan Liga Remaja Kreatif 2013. Juri-juri terdiri daripada pihak FINAS (Perbadanan Filem Nasional), ASWARA (Akademi Seni Budayadan Warisan Kebangsaan) , MDeC (Multimedia Development Corporation), SKMM dan wakil KPM. Ternyata bukan calang-calang juri. Mereka yang arif dalam selok-belok dunia industri kreatif.
Debaran diteruskan dengan pengumuman tempat Ketiga yang dimenangi oleh pasukan SAPURA Smart School dari negeri Selangor dengan filem pendek mereka yang bertajuk 'Hancur'. Mereka membawa pulang wang tunai RM5 000, 4 iPhone beserta trofi.
Seterusnya tempat kedua pula dimenangi oleh pasukan SMK Rapat Setia dari negeri Perak dengan animasi mereka yang bertajuk 'Klik Dengan Bijak'. Mereka membawa pulang wang tunai RM 7 500, 4 iPhone beserta trofi. Video ini memang saya sudah jangkakan sejak daripada awal akan memenangi hadiah utama pada peringkat kebangsaan, kerana hasil mereka yang cukup kemas dan cantik!!
Pada ketika ini, saya tidak mengharapkan apa-apa lagi, memandangkan sasaran kami pada mulanya hanyalah sekadar membawa pulang sesuatu ke Sibu, mencukupi pada tempat Kedua atau Ketiga. Pada LRK2010 yang dulu, kami pulang dengan tangan kosong.
Semua berdebar-debar menantikan pengumuman daripada pengacara yang terus-terusan mendebarkan para penonton.
"Johan Liga Remaja Kreatif 2013 Peringkat Kebangsaan jatuh kepada.....
.
.
.
.
.
.
SMK LUAR BANDAR NO.1 SIBU, SARAWAK!!!!!! "
Macam nak gugur jantung saya bila diumumkan bahawa pasukan kami telah menjadi JOHAN KEBANGSAAN bagi pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013!
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Dengan saingan yang sangat sangat hebat pada tahun ini, memang kejayaan ini adalah sesuatu yang tidak dijangkakan langsung. YA! Memang perlu bercita-cita tinggi, tapi tidaklah sehingga mengharapkan kejayaan yang sebegini. Syukur sangat dengan rezeki Allah!
Pasukan SMK Luar Bandar No.1 Sibu, Sarawak yang diumumkan Johan Kebangsaan telah menerima wang tunai RM 10 000, 4 buah iPad3 beserta trofi LRK2013 yang sangat cantik.
Memang terasa seperti bermimpi!
Kegembiraan diteruskan dengan kemeriahan selepas majlis. Sesi interview dan fotografi sebaik sahaja Tetamu Kehormat meninggalkan majlis. Kami juga dijemput untuk makan tengahari, namun hanya seorang sahaja yang dibenarkan untuk makan semeja dengan Tetamu Kehormat. Maka ketua pasukan, Pressly Palong mengambil tempat tersebut.
Kami yang lain diberi peluang untuk duduk semeja dengan para juri. Kesempatan tersebut juga saya ambil peluang dengan bertanyakan tips-tips penghasilan filem pendek yang baik daripada juri-juri tersebut. InshaAllah ada kesempatan, saya akan kongsikan di sini.
Selesai menjamu selera, pasukan ditemuramah dan sesi fotografi. Perasan retis lah sekejap budak-budak tu.. cikgu dia je yang maintain.. ;)
Dalam pada itu, saya nak ambil kesempatan juga untuk mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menjadi sebahagian daripada kejayaan filem pendek pasukan kami ini. Samada di sekolah, pihak SKMM, barisan juri-juri dan penyokong semua. Tak lupa juga khusus buat semua orang kuat SKMM; Madam Laurel, Encik Taher Musa, Cik Aziemah dan Cik Anne yang banyak membantu dalam menguruskan semua perkara tersebut.
Saya percaya ini adalah hasil daripada usaha keras seluruh pasukan dibantu dengan pengalaman ketua pasukan, Pressly Palong yang pernah menghadiri Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012. Ternyata, pengisian kem tersebut amatlah membantu kami dalam menghasilkan video ini. Tak sabar untuk menunggu Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 yang inshaAllah akan diadakan pada Mac tahun depan.
Secara peribadi, ini adalah merupakan pencapaian terbaik saya dan pasukan di peringkat Kebangsaan selepas kejayaan meraih Naib Johan Kebangsaan bagi Pertandingan Video Kreatif Antartika Lestari 2013 anjuran polar@USM pada Oktober yang lalu.
Semoga kejayaan ini juga menjadi inspirasi dan motivasi kepada saya dan pasukan untuk terus bergiat aktif dalam bidang penghasilan kandungan kreatif. InshaAllah, bersama-sama kita memajukan industri kreatif Malaysia! Amin!
p/s: Bagi yang tak berkesempatan untuk mengikuti majlis penyampaian hadiah tersebut, anda juga boleh menyaksikan kemeriahan majlis melalui kaca TV anda dalam masa beberapa hari ini yang akan ditayangkan di TV1, TV2 dan TVi. Yang nak tengok banyak lagi gambar-gambar lain sepanjang majlis boleh klik kat SINI. Semoga terhibur!
7 Ulasan
taniah cikgu...siap dpt masuk utusan malaysia hari sabtu kemarin
BalasPadamwalaupun dah tahu pemenangnya..bila baca entry blog ni turut terasa debarnya..
BalasPadamtahniah. bukan senang nak menang tu. hoho..
BalasPadamTerbaiklah cikguuuu
BalasPadamyeayy.. siap mentioned nama i lagi tu..hikhikhik.. tumpang glamour cikgu yg rajin lg berdedikasi ni..
BalasPadamanyway, big congrats to all of you. pertahankan kejuaraan utk LRK tahun depan ye.. ^_~
terima kasih semua.. ;)
BalasPadaminshaAllah akan cuba dipertahankan..
(walaupun confirm tahu susah gilerrrrr.....)
tahniah cikgu
BalasPadam