Keputusan UPSR 2013 dah pun diumumkan hari ini. Seperti biasa, keputusan tahun ini mestilah lebih baik berbanding daripada tahun sebelumnya. Dikatakan seramai 42, 646 calon telah mendapat A dalam semua subjek di seluruh Malaysia ni. Tahniah saya ucapkan untuk adik-adik, ibubapa dan juga guru yang bertungkus lumus.
Seronok melihat keletah dan ragam adik-adik yang berjaya mendapat keputusan UPSR 2013 yang cemerlang. Dah tentu laluan mereka ke sekolah menengah yang lebih baik juga lebih cerah berbanding rakan-rakan yang lain. Dengan macam-macam jenis sekolah hebat yang ada kat Malaysia nih, inshaAllah suatu hari nanti, adik-adik nih akan menjadi orang yang berjaya.
Dalam pada itu, saya sangat tertarik dengan sekeping gambar yang saya lihat di sebuah laman akhbar online, gambar seorang bapa yang sedang mengendong anaknya, sambil mengepit 2 batang tongkat. Mula-mula tengok tak pasti. Siapa yang gunakan tongkat nih sebenarnya? Anak ke bapa? Namun bila saya baca pada kapsyen:
"SEORANG
bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan
gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang
mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada
ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid
Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh
mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan."
Sedih! Sangat tersentuh bila baca kisah bapa dan anak ini!
Si bapa mengendong anak pulang ke rumah semata-mata bagi berkongsi kegembiraannya dengan ahli keluarga lain. Dapat dirasakan betapa bangganya si bapa dengan kejayaan anaknya mendapat keputusan cemerlang 5A. Hanya Tuhan yang tahu! Dia hanya sekadar seorang buruh binaan, tetapi dapat mendidik anak dengan berjaya sekali. Tambah mengharukan, anaknya juga merupakan murid OKU (orang kelainan upaya) tetapi masih mampu untuk menunjukkan usaha yang luar biasa dalam menggapai cita-cita!
Ternyata betapa berbaloinya pengorbanan si bapa bermandi peluh di bawah terik matahari bagi mencari sesuap nasi buat semua ahli keluarga. Usaha si anak juga layak dipuji. Sekalipun terpaksa berdepan dengan segala macam cabaran dan dugaan, namun masih tabah dan tekun memberikan yang terbaik. Tak seperti anak-anak orang lain yang mendapat laluan mudah, tapi mensia-siakan peluang. Saya doakan juga semoga anak tersebut sentiasa dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT!
Dalam situasi ini, saya dapat faham kesusahan mereka, tapi tak pasti sama ada anda juga merasakannya. Saya juga datang dari keluarga yang bukan senang, maka kisah sebegini sangat mudah untuk menyentuh hati saya nih. Saya hanya anak seorang petani, namun Alhamdulillah dapat bersyukur dengan ketentuan Allah untuk saya dan inshaAllah akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.
Banyak pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah ini sebenarnya. Sentiasalah bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita, kerana tanpa kita sedar, masih banyak manusia kata luar sana yang jauh lebih susah berbanding kita. Berusahalah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan, inshaAllah hasilnya nanti juga akan setimpal dengan usaha kita.
Berusahalah!
p/s: Semoga kisah kejayaan adik Amir ini boleh membakar semangat calon-calon SPM 2013 yang sedang berjuang!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
3 Ulasan
sedih cte tu..
BalasPadamsemoga anak beranak tu diberi balasan yang setimpal tuk dari Allah
salam takzim.. hye cikgu hilmi .. pada saya , kebanyakkan student yang berjaya semuanya dtg dri keluarga yang susah ini kerana mereka berusaha untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai keluarganya . . satu azam yang perlu di teruskan - dri botak gambus
BalasPadamsalam takzim juga buat botak gambus.. inshaAllah semoga balasan yang baik untuk mereka.. ada saya terbaca pasal entri hadiah UPSR 210k kat blog saudara.. hmm, kalau dapat bagi kat adik nih 10k pun dah jauh lebih bermanfaat.. ;)
BalasPadam