About Me

Kisah Sedih Hari Pertama SPM 2013

Seramai 470,395 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 hari ini sehingga 5 Disember depan. Namun dalam pada itu, kita juga dikejutkan dengan 2 kes kematian pelajar calon SPM 2013, iaitu Nur Syazwani Ariffin, 17, yang meninggal dunia ketika sedang menduduki peperiksaan Kertas 1 Bahasa Melayu di SMA Saniah, Pasir Puteh dan juga Mohd Nor Alif Harun, 17, calon SMK Sultan Omar yang meninggal dunia di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu awal pagi ini. 

Kisah Sedih Hari Pertama SPM 2013

Nur Syazwani dikatakan tiba-tiba rebah dan pengsan di atas lantai dewan pemeriksaan sekolah dan kini menunggu keputusan bedah siasat unit forensik Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengetahui punca kematiannya kerana Nursyazwani dikatakan tidak mempunyai rekod penyakit kronik.Manakala Mohd Nor Alif Harun pula terlibat dalam satu kemalangan berlaku ketika sedang membonceng motosikal rakannya apabila dirempuh sebuah motosikal lain ketika menyertai Kem Kecemerlangan SPM dianjurkan pihak sekolah di Mayang Sari Resort. 


Kisah Saya
Kedua-dua kejadian ini mengingatkan saya kepada seorang bekas pelajar saya yang juga sepatutnya merupakan salah seorang calon SPM 2013. Tetapi telah meninggal dunia pada Jun yang lalu kerana terlibat dalam satu kemalangan, mendiang Joyes Apon anak Langgau. 

Saya mengajar subjek Sains untuk kelas Joyes semasa di Tingkatan 2. Dia seorang pelajar yang pendiam, suka tersenyum dan juga tak banyak bercakap, tetapi bijak. Dia seorang yang sukakan perhatian, terutamanya perhatian dari guru. Oleh sebab sikapnya yang diam dan 'misteri' sebegitu, maka beberapa kali jugaklah saya yang kurang mengenalinya ini naik angin dengan sikapnya yang bersahaja.

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati nya, dia tak pernah nak berdendam dengan saya. Saya yakin dia sentiasa menyimpan rasa kasih dan sayang pada gurunya, walaupun asyik kena marah. Buktinya, dia ada hantarkan mesej pesanan ringkas 'Terima kasih cikgu atas tunjuk ajar cikgu... Saya dapat A untuk subjek Sains PMR sebab cikgu!" 

Terharu saya...  T - T

Bila melangkah ke Tingkatan 4, saya dah tak ajar lagi Joyes. Tetapi masih lagi berhubung dengannya. Tak banyak peluang untuk saya bertegur sapa dengannya lagi macam dulu. Jadi hubungan antara guru dan pelajar tu dah makin berkurang. Sebab dah tak banyak lagi connection.

Awal tahun ini, semasa mendiang di Tingkatan 5, sekali lagi saya ada peluang untuk terlibat dengan nya, iaitu  semasa aktiviti perkhemahan antara unit beruniform peringkat sekolah. Joyes banyak membantu menguruskan keperluan perkhemahan dengan rakan-rakan baiknya. Masih seperti dahulu, sentiasa tersenyum dan diam tanpa banyak kata-kata.

Semasa cuti Gawai pada bulan Jun, ketika saya bersama Jicky Joseph dan Pressly Palong, rakan sekelasnya di Kejohanan Sofbol MSSM di Seremban, Negeri Sembilan saya mendapat mesej pesanan ringkas daripada seorang bekas pelajar. Berita kematian Joyes! Terkedu, nak percaya dengan tak percaya. Sehinggalah Jicky juga menerima mesej yang sama daripada rakan sekelas mereka.

Saya kemudiannya terus memaklumkan kepada guru tingkatan nya, Cikgu Mackie yang kemudiannya terus bergerak ke rumah panjang bagi mendapatkan kisah sebenar. Semua masing-masing tak percaya dengan apa yang berlaku. Saya pula hanya dapat mendengar kisah dari jauh. Terus terkenangkan kenangan-kenangan semasa mengajar Joyes dari Tingkatan 2 hingga 3. 

Bila diperhatikan semula, patut lah nampak dia beria-ia sangat nak menolong saya semasa perkhemahan. Asyik meminta maaf daripada saya jika dia ada melakukan kesilapan walaupun hakikatnya tak ada pun dia buat salah. Tapi, akhirnya ini semua takdir Tuhan. Benda dah nak jadi, maka terpaksalah semua pihak redho.. Kenangan dengan Joyes akan sentiasa saya ingat!


p/s: Keputusan peperiksaan akhir sebelum mendiang meninggal dunia merupakan keputusan terbaik yang pernah  mendiang perolehi sepanjang bergelar pelajar di SMK Luar Bandar No.1 Sibu!

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. terharu dengan kisah ini...sedih siot....!

    BalasPadam
  2. Kesiannya.. Hmmm. Kematian tak dapat dielak, tak dapat diduga. Huhu.

    BalasPadam
  3. Ajal maut ada di mana-mana sahaja.

    BalasPadam
  4. yg calon dr pasir puteh tu..ada masalah jantung..saiz fizikal dia besar tetapi jantung dia tak sepadan dgn saiz badan..dia tinggi orangnya...lebih 190 cm...so doc dah pesan jgn bagi stress kat dia..salur darah dia pecah,.. Allah sayangkan dia...sore lg demo tak oyat..ada calon dr Besut,meninggal kat Hospital Besut,memang dia ada masalah kesihatan,exam pun dlm wad

    BalasPadam
  5. Yang pasal dari Besut tuh xdak lak saya tahu cikgu khairul... Buat intro tuh pun pasal nak ceritakan kisah anak murid saya tu..

    BalasPadam
  6. Ajal tidak pernah kenal usia. Cerita macam ini selalu ingatkan saya supaya sentiasa bersedia untuk mati.

    BalasPadam
  7. sya mmg x dpat lupakn mndiang joyes tu...sbb dri tngktan 1 hngga 5 brsma...dh mcm adk bradik...Tuhan lbih sygkn dia...apa boleh buat...smua tu Tuhan yg mnntuknnya...kta tk dpat apa2 untk mlwan takdir....

    BalasPadam