Saponifikasi (saponification) atau pun proses menghasilkan sabun ini adalah aktiviti mudah yang boleh dijalankan di rumah atau makmal sekolah. Cara paling senang untuk kita nak dapatkan sabun. Boleh belajar dan buat sendiri. Tetapi, awas! Sila amalkan langkah keselamatan tahap makmal, sebab kita ada gunakan bahan beralkali pekat yang boleh menghakis.
Saponifikasi
Bahan Yang Diperlukan
1. Minyak sayuran (minyak kelapa sawit, minyak jagung, minyak zaitun etc)
2. Natrium hidroksida pekat (NaOH)
Prosedur
1. 5cm3 minyak kelapa sawit dituang ke dalam bikar
2. Tambahkan sebanyak 50cm3 larutan pekat 5 mol dm-3 natrium hidroksida
3. Kacau dan panaskan campuran sehingga mendidih
4. Tambah lagi 50cm3 air suling dan 3 spatula natrium klorida (garam)
5. Didihkan campuran selama 5 minit
6. Turas keluar sabun tersebut
Kaedah Untuk Menguji Sabun
1. Ambil sedikit hasil tadi
2. Masukkan dalam tabung uji
3. Tambahkan air dan goncang
4. Buih akan terhasil jika produk akhir tadi adalah benar-benar sabun
Selamat Mencuba!!
11 Ulasan
Nice revision here :D
BalasPadamhe3.. TQ Vee Lea.. sila gunakan masa cuti sekolah ini yer.. ;)
BalasPadamNaoh tu bole beli di mana
BalasPadammungkin boleh dapatkan kat kedai-kedai yang menjual bahan kimia. Tapi selalunya tak dijual begitu saja. Mesti ada surat dan kebenaran untuk membeli dan menggunakannya.
BalasPadamCikgu... Macam mana nak dapatkan Natrium Hidroksida? Jual kat mana?
BalasPadamCikgu...kalau gunakan larutan NaOH(bukan pekat) akan terhasil sabun x?
BalasPadamBru je buat eksperimen kat sekolah . Bestt! Balik umah nk buat pulak .huhu
BalasPadamSelain L.natrium hidroksida apa larutan lain yg boleh kite guna ckgu ?¿
BalasPadamlarutan kalium hidroksida pun boleh..
PadamTerima Kasih .. senang untuk ulangkaji 😊
BalasPadamCgu, NaOH mesti 5M ke..kalau 3M boleh x
BalasPadam