Walau bagaimana pun, harus diingat. Nama jer cuti sekolah. Tapi kerja cikgu-cikgi nih masih berjalan macam biasa. Banyak orang selalu
Itu belum dikira dengan kerja yang belum dapat diselesaikan sebelum tutup sekolah, macam isu SPPBS dengan sistem yang masih banyak kelemahannya tu. Sampai sekarang, saya yakin masih ada guru yang
Saya pula masih berada di sekolah, di bumi Sarawak. Belum balik ke kampung halaman di
Bersama-sama murid saya menghadapi peperiksaan!
Yup, betul! Saya sendiri memilih untuk bersama-sama anak murid saya tahun ini bagi menghadapi SPM. Hampir setiap hari, saya akan bersama-sama mereka di dewan makan sementara menunggu mereka masuk ke Dewan Peperiksaan. Tolong tenangkan mereka. Tolong akademik mereka. Tolong jawab pertanyaan mereka sebelum masuk Dewan. Apa yang saya boleh tolong, saya akan cuba tolong.
Kenapa saya bertindak demikian?
Sebab saya rasakan mereka, iaitu anak-anak murid saya dah banyak sangat menolong saya untuk sepanjang tahun ini. Mereka tolong saya dapatkan Johan Sibu untuk Sofbol. Mereka tolong saya dapatkan Naib Johan untuk Kawad Kaki. Mereka tolong saya dapatkan Naib Johan Kebangsaan untuk Filem Pendek Antartika. dan mereka tolong saya dapatkan Johan Kebangsaan bagi Pertandingan Liga Remaja Kreatif!! bla3..
Banyakkan yang mereka tolong?. Itu belum kira lagi tolong buang sampah, tolong angkat barang,
Jadi secara peribadi saya rasakan, adalah AMAT TIDAK ADIL SEKALI jika sebaik sahaja cuti sekolah saya balik kampung dan tinggalkan mereka tanpa sebarang bimbingan dan panduan. Lagi-lagi lah pada peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju hidup mereka selepas ini, iaitu SPM! Padahal, mereka lah yang banyak membantu memberi kejayaan kepada saya. Inilah masa untuk saya balas budi mereka semula. Tanpa mereka, siapalah saya! <- i="">ayat cliche gilerr->
Batch kali ini juga sebenarnya banyak kenangan dengan saya. Antara batch yang paling rapat dengan saya. Saya kenal kebanyakan daripada mereka sejak dari mereka tingkatan 1 lagi. Mula ajar mereka dari Tingkatan 2 (Sains), sampai lah ke Tingkatan 5 (Kimia). Boleh tengok camna mereka membesar dari kanak-kanak hingusan, sampai ler jadik anak dara, anak teruna yang cun-cun, hensem-hensem
Serious akan rasa bersalah kalau tak bersama mereka pada saat-saat genting ini..
Walaupun saya tahu, saya tak mampu nak menolong mereka kesemuanya, untuk semua subjek, namun sekurang-kurangnya dengan kehadiran saya, mampu memberi mereka sokongan dan dorongan untuk melakukan yang terbaik. InshaAllah saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk diri mereka sendiri! Doakan mereka jugak yer..
14 Ulasan
Wah wah wah!! Tersentuh aiih baca entry teacher ni :") A very big sacrifice. Salute cikgu ni! Huhu. Terima kasih krn sudi mendidik bangsa kami di sini :") , walaupun ada diantara mereka kena buli suruh cuci baju. Hahaha.. Vee pn asal dr Sibu. Tp duk Kch. Nak je jumpa cikgu ni, nak tgk cikgu yang so sweet ini. HAHA. Serious terharu baca entry ni :") Terima kasih, teacher! God bless you :")
BalasPadamhu3.. TQ Vee Lea.. sekadar melaksanakan tanggungjawab je.
PadamYUp, Memang cikgu pun nak jumpa Vee Lea nih suatu hari nanti.. ;)
Daebak!!! Anda mmg cikgu terbaik!
BalasPadamHu3.. cikgu biasa-biasa saja
Padamcikgu pernah dpt anugerah cikgu terbaik tak...susah nk jumpa cikgu macam bro skang ni..tak caya try tny bro Titan
BalasPadamtak berharap pun untuk apa-apa anugerah..
Padamkalau bro Titan tu baru layak dapat anugerah guru terbaik.. ;)
Itulah, saya kesian ngan ayah saya yang terpaksa key in markah kadang2x tak bboleh hantar kena tggu sampai 2 pagi..
BalasPadamyup.. kesian kan?.. baru semalam dengar luahan dari cikgu yang bakal pencen lagi 3 tahun nih.. sian.. kena belajar guna komputer lah, guna internet lah, guna SPPBS lah.. semoga dipermudahkanNya!
Padamwah.. muja pun nak jadi cikgu macam cikgu Hailmi gak nanti,, amiiin
BalasPadamhu3.. cikgu nih buat mana yang terdaya jer muja.. muja nanti mesti jadik lebih hebat lagi
PadamTahniah atas pencapaian tersebut cikgu. Saya pun belum balik bercuti, masih ada kerja yang perlu disiapkan di sekolah.
BalasPadamterima kasih.. jadi cikgu camtuh ler.. orang je ingat yang kita nih cuti panjang.. hakikatnya... selamat berjaya cikgu
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHebat cg...masa budak2 exam...cg tolong temankan..kalu sini parents bacakan yasin bg yg Islam....tapi nape time jaga peksa spm...cg sek rendah yg di tawarkan?
BalasPadam