About Me

10 Isu Panas Dunia Pendidikan Malaysia 2013

Sesi persekolahan bagi tahun 2013 dah lama melabuhkan tirainya. Banyak kenangan suka duka yang telah berlangsung sepanjang tahun ini. Sama ada ianya kenangan manis atau kenangan pahit untuk anda pada tahun ini, sudah tentu ianya akan menjadi titik tolak kepada satu permulaan yang baru, ke arah yang lebih baik, inshaAllah. Jom saya bawa pembaca mengimbau kembali kontroversi dan isu-isu yang melanda pendidikan Malaysia sepanjang tahun 2013 ini. Semoga yang baik, kita jadikan teladan, dan yang buruk kita jadikan sempadan!




Isu Ibubapa vs  Cikgu
Isu pada awal tahun bermula dengan gambar keratan akhbar mengatakan amaran kepada cikgu supaya jangan denda, hukum dan bagi kerja rumah kepada anak murid. Maka ramai lah yang respon dengan perkara ini dengan menyuruh ibubapa mengajar sendiri anak-anak mereka. Tapi muncul juga persoalan, benarkah mesej tersebut daripada ibubapa?



Isu kemudian diteruskan lagi dengan kenyataan kontroversi Dr Rubiah K Hamzah mengenai cikgu yang bersalah kalau pelajar bermasalah. Dah tentu lah meletup sekejap rakan guru mengulas kenyataan yang camtu. Macam-macam komen juga keluar dari pelbagai pihak.

Kes bertambah serius lagi dengan isu makan pelajar bukan Islam dalam jamban semasa bulan puasa yang mendapat liputan yang sangat meluas di media massa. Sehinggalah kebenarannya terbukti. Itu bukan jamban! Tetapi bilik persalinan yang diubahsuai bagi menggantikan kantin yang sedang dibina semula. Langsung tak ada permohonan maaf daripada ibu yang mencetuskan huru hara kepada pihak sekolah!



Selain itu ada juga isu bapa pelajar yang menyaman sekolah kerana anaknya tidak menyiapkan kerja rumah. Sehingga kan muncul juga beberapa video parodi mengenai isu ini. Kesian cikgu.. Kemudian sebuah sekolah didakwa telah memasang CCTV dalam tandas yang kemudiannya dinafikan oleh pihak sekolah. Pemasangan CCTV juga sebenarnya telah mendapat persetujuan ibubapa.



Isu Cikgu
Kisah cikgu yang paling menggemparkan tahun ini tentulah kisah mengenai seorang guru yang kematian anak nya dalam kereta. Saya tak nak ulas lebih-lebih, tetapi mendoakan yang terbaik buat beliau dan keluarga. Kemudian dikejutkan sekali lagi mengenai kehilangan anak seorang guru. Yang kemudiannya anak tersebut ditemui di Pulau Pinang, dilarikan oleh kekasihnya. Hmm.. Ini pun taknak komen lebih-lebih.

Isu semasa seperti LGBT juga telah mengetengahkan guru yang bergiat aktif dalam menyedarkan golongan LGBT, seperti Cikgu Erin, dulu pondan sekarang pendakwah. Dunia pendidikan juga dikejutkan dengan insiden tembakan beberapa orang guru di Kelantan dan Kedah. Tak lupa juga kematian beberapa tokoh utama dalam dunia pendidikan di Malaysia seperti Allahyarham Ustaz Muhammad El-Muhammady, Allahyarham Tan Sri Ainuddin Wahid, dan Allahyarham Tan Sri Dr Awang Had Salleh. Semoga Allah merahmati mereka semua!



Isu Buli
Untuk tahun ini, masih ada kedengaran beberapa kes buli dalam kalangan pelajar yang dilaporkan ke media massa. Dimulakan dengan isu buli ketua kelas di SMK Tun Hussein Onn sehinggalah isu buli dalam asrama di SMK Julau, Sarawak



Walaupun kes yang berlaku di 2 buah sekolah ini adalah tidak serius sehingga menyebabkan kematian, namun perkara seperti ini perlu sentiasa dipandang serius. Semua pihak perlu bekerjasama dalam membanteras kes buli ini sehingga ke tahap sifar!



Isu Cikgu Berpolitik
Oleh sebab pada tahun ini kita didemamkan dengan demam politik untuk hampir sepanjang tahun, maka muncul lah beberapa cikgu yang saya rasa sedikit melampau bila bermain dengan isu politik. Maka muncul lah kes-kes macam Cikgu Doggie. Serius juga kesnya, sehinggakan diambil tindakan oleh polis dan KPM sendiri.



Isu politik ini berterusan lagi apabila seorang guru di Selangor telah menghukum pelajar-pelajarnya yang sekolah rendah berdiri hanya kerana perbezaan fahaman politik. Musim politik, sila jaga diri yer..



Isu Cikgu Perkauman
Ini juga antara isu yang sepatutnya dah tak boleh ada di bumi Malaysia nih. Seorang cikgu perempuan di sebuah sekolah di Johor, telah melakukan provokasi melampau terhadap muridnya dengan memanggil mereka dengan gelaran yang sangat tidak sopan. Memang tak patut! Guru tersebut kemudiannya ditempatkan di PPD sementara menunggu siasatan.


Kemudian sekali lagi gempar dengan kenyataan kontroversi oleh seorang Pengetua semasa perhimpunan. Kenyataan menjadi lebih kontroversi apabila wartawan hanya melaporkan "balik ke China dan India" menyebabkan ianya menjadi isu yang besar. Kenyataan asalnya, "balik ke China, India dan Indonesia". Yang wartawan tuh pun satu hal..




Isu PPPM
Isu pelaksanaan PPPM juga mengundang banyak polemik dalam kalangan pendidik Malaysia. Terutamanya bagi mereka yang salah faham akan tujuan pelaksanaan dasar tersebut. Bantahan menyebabkan respon yang keras daripada pelbagai pihak. Ini termasuk kenyataan daripada Dr Teo Kok Seong terhadap Dong Zong yang dilihat menentang pelaksanaan dasar tersebut. Menteri Pendidikan pula tegas dengan kenyataan akan meneruskan pelaksanaan dasar tersebut. Akhirnya pada bulan September 2013, PPPM telah selamat dilancarkan dengan jayanya.




Isu PBS
Isu PBS memang isu yang paling TOP dalam kalangan cikgu untuk tahun 2013 ini. Sampai ada yang buat luahan berkaitan dengan permasalahan yang timbul akibat PBS ini. Rungutan demi rungutan didedahkan oleh pihak tertentu. Kes menjadi lebih kritikal apabila isu PBS dan sistemnya iaitu SPPBS turut disuarakan di Parlimen. Kesannya, sistem yang banyak kelemahan tersebut telah ditutup bagi dibaikpulih selama sebulan. 

Tokoh-tokoh akademik seperti Dr Mohamad Agus juga lantang dalam memperjuangkan nasib-nasib guru yang bertungkus lumus menyiapkan tugasan dalam kesukaran. Kewujudan group-group di Facebook yang memohon supaya dimansuhkan PBS bagi menjamin masa depan pendidikan Malaysia.



Isu Profesionalisma Guru
2013 juga menyaksikan kewujudan begitu banyak sistem-sistem e- dalam dunia pendidikan Malaysia. Memang banyak, sampai ada yang bertindih fungsinya. Itu belum kira samaada berkesan atau tak, lambat atau cepat. Kemudian keluar pula kenyataan mengenai 70% guru Bahasa Inggeris yang tidak menguasai bahasa tersebut. Pelbagai maklumbalas daripada guru-guru Bahasa Inggeris menerjah dunia blog. 

Pelaksanaan dasar MMI juga memberi reaksi berbeza daripada guru-guru sehingga memaksa untuk NUTP bertindak memperjuangkan permasalahan yang timbul di peringkat guru dan sekolah. Dengan pelaksanaan pelbagai dasar lagi untuk sepanjang tahun 2013 ini, maka diharapkan KPM agar lebih berhati-hati dan jalankan kajian terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Muncul juga kenyataan-kenyataan kontroversi daripada pihak-pihak tertentu berhubung dengan profesionalisma guru seperti guru yang tidak bersemangat mengajar dan pelajar ponteng kerana cikgu membosankan.



Isu Peperiksaan
Isu peperiksaan paling popular tahun ini tentulah mengenai pemansuhan PMR dan digantikan dengan PBSMR bermula tahun 2014. Walaupun masih belum clear sistem dan tatacara pelaksanaannya, namun diharapkan pelaksanaannya tidak menjejaskan pendidikan generasi akan datang.

Kisah pada hari keputusan UPSR juga tak kurang hebatnya. Ada kisah sedih mengenai seorang anak OKU yang dikendong oleh bapanya sampai ke rumah kerana mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Dan ada juga kisah yang berlebihan. Namun yang paling diingati tentulah kisah seorang tokey ayam yang menghadiahkan anaknya sebuah kereta Mini Cooper sebab dapat 5A.. Bestnya dia...



Pada hari pertama SPM juga, kita dikejutkan dengan kisah sedih mengenai kematian 2 orang pelajar yang menjadi calon SPM. Sudah tentu kisah ini mengingatkan saya kepada mendiang pelajar saya yang tak sempat nak ambil SPM pada tahun ini kerana terlibat dalam satu kemalangan maut. 

Kisah SPM dipanaskan lagi dengan isu soalan Matematik yang dikatakan bocor. Memang hebat betul perdebatan yang berlaku kat ruangan komen di blog saya nih. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh dan memberikan bukti masing-masing. Akhirnya Lembaga Peperiksaan muncul dengan kenyataan bahawa tidak ada isu soalan bocor. Selesai!



Isu Pertukaran Guru
Pertukaran guru juga merupakan isu yang memang sudah lama berkumandang dalam dunia pendidikan. Besarnya isu ini sehingga dimainkan sebagai antara isu utama dalam permainan politik pada tahun ini sehingga menyebabkan menteri mengeluarkan kenyataan berita baik bagi pertukaran guru-guru yang sudah berkahwin

Pertukaran juga dikatakan akan lebih bersifat mesra pasangan. Malah guru-guru semenanjung di Sabah dan Sarawak yang sudah lama berkhidmat akan cuba dibawa pulang pada tahun ini. Tak cukup dengan itu, KPM juga tampil membersihkan diri dengan menjawab dakwaan pertukaran yang menggunakan duit oleh orang tengah.


Akhirnya apa yang berlaku?. Keputusan EGTukar lewat diumumkan lebih daripada kebiasaan. Dan pertukaran mesra pasangan seperti yang dijanjikan juga kurang boleh dipercayai. Kalau tidak masakan boleh muncul watak cikgu yang baru, iaitu Cikgu Idayu. Kisah sedih guru muda yang sangat tertekan akibat gagal dalam permohonan pertukaran. Bukan Cikgu Idayu sahaja, tetapi juga Cikgu Hailmi yang gagal permohonan pertukaran buat kali ke-10! (tumpang sekaki)


Di sebalik semua kisah kontroversi sepanjang tahun 2013 ini, saya yakin semua guru mempunyai semangat yang kental dalam mengharungi susah payah dan jerih perih kesukaran bergelar seorang cikgu! Semoga kita terus tabah dan dikurniakan dengan semangat yang tak pernah kenal erti jemu dalam mendidik anak bangsa. Amin!

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. cikgu nick pun dah mintak tukar tapi still tak dapat-dapat lagi..saboo je la..huhu

    BalasPadam
  2. terbaik entri ni ! berapa lama research yer buat entry ni ? keep it up ! hehe

    BalasPadam
  3. wah... saya nak ternak ayam lah lepas ni!

    BalasPadam
  4. menarik ruangan ini..hehe..semoga tahun depan cikgu mendapat kejayaan yg lbh lagi..

    BalasPadam
  5. Peh, sampai 10 kali mohon still tak dapat-dapat tukar. Saya pernah jugak memohon guna e-tukar bukan guru ni. Alhamdulillah, cuma 6 kali je saya memohon sebelum dapat bertukar.

    Pada saya, sistem pertukaran ni sebenarnya perlu lebih telus dan perlu penambahbaikan kerana ianya banyak membebankan para guru dan staf KPM bukan guru yang ramai terpaksa berjauhan dengan pasangan akibat petempatan yang tidak diselaraskan dengan kehendak guru dan kakitangan pada peringkat awal.

    BalasPadam
  6. Harap2 ler ada orang 'besar' yang baca dan terbuka mata sket..
    Permasalahan nih golongan yang di bawah jer tanggung

    BalasPadam
  7. Sy dah 13 kali mohon dan sudah berkhidmat 12 tahun di sabah tp masih tak dpt pindah.. keputusan sgt mengecewakan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar Cikgu Karimah.. InshaAllah adalah hikmahNya.
      Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan..

      Padam
  8. Assalamualaikum, nak betulkan sikit....semua guru bukan semua guru-guru

    BalasPadam
  9. waalaikumsalam Maimunah.. Terima kasih atas teguran. Cikgu dah betulkan.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum..
    kesianny ckgu2 sekarang nie :(... tanpa ckgu siapala KAMI... nasib baik ckgu2 skrang sabar dan redha je dengan apa yg berlaku.... TAHNIAH kepada semua rakan guru...
    saya akn doakan yg terbaik untuk ckgu2 semua....

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ An-Nisa sebab memahami tugas dan susah payah guru dalam mendidik.. ;)

      Padam
  11. Assalamualaikum,,,,
    the key to happiness, to true happiness, is always praying. =)

    BalasPadam
  12. Salam cikgu Hilmi..

    Ini pertama kali saya membaca blog cikgu..wow banyak informasi yang saya dapat mengenai dunia pendidikan..syabas..blog cikgu akan jadi blog favourite saya..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Cikgu Aishah..

      Terima kasih.. Semoga boleh jadi manfaat yer.. ;)

      Padam
  13. terbaik! informatif dan sgt berguna. tahniah :)

    BalasPadam
  14. Terba!k LA CikGu !!!!!

    BalasPadam
  15. TAHNIAH DAN TERBAIKKKK, SEMOGA PERKONGSIAN CIKGU MENDAPAT BALASAN YANG BAIK DARIPADA ALLAH, AMIN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. INshaAllah, semoga sama2 mendapat manfaat.. ;)

      Padam
  16. Ibu bapa ajarlah anak anda dengan baik dan takyah hantar g sekolah kalau ini itu tak blh buat ye..

    BalasPadam
  17. salam cikgu.. sms tu dari akhbar mana ye.. sy nak jadikan sebagai kutipan assignment.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Maaf Farahin, cikgu pun tak pasti dari akhbar mana.. Tapi kalau tak salah Farahin boleh semak akhbar yang mempunyai ruangan SMS seperti di atas.. ada cikgu pernah tengok. cuma tak ingat akhbar yang mana satu

      Padam
  18. salam.. i have read your blog about education. I'm taking master in educational management and leadership.. i want do a research about leadership style leads to motivation... can you share what can make teachers motivate based on leadership style in school. i think you have a lots of experience..tq

    BalasPadam
  19. Terbaikk... Maklumat yang sgt2 bgus.... Terutama kpd bakal guru seperti saya hahahah... Amin.. IN SHAA ALLAH...

    BalasPadam
  20. Very best as well as Most inexpensive Jabodetabek Non-public Lessons, all of our staff members and trainers arrive to your home, placed your individual study routine which enables it to opt for every field regarding study ... visit https://bimbel-calistung.netlify.app/les-privat-calistung-tambora.html for further

    BalasPadam
  21. Isn't it time to start a transformative language learning experience? Check out Executive-Education.id's language of choice course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an all natural procedure for language acquisition. Explore the beauty of a new language, broaden your horizons, and acquire a edge against your competitors in today's interconnected world. Tap https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-jakarta-utara.html for registration.

    BalasPadam