Kanak-kanak bermasalah
pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti dan disahkan
oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang
menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh
diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan-kebolehan yang berikut:
1. kebolehan kognitif
2. tingkahlaku sosial / perkembangan sosial
3. penguasaan bahsa lisan/pertuturan
4. penguasaan membaca
5. kemahiran perkembangan (developmental skills)
6. kemahiran matematik
CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara
ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan
guru-guru dalam mengenalpasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah
pembelajaran:
a. Ciri-ciri fizikal
Bentuk badan dan ko-ordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza
dengan kanak-kanak normal. Walaubagaimanapun kanak-kanak yang
mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktor – faktor
organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak
biasa.
b. Ciri-ciri intelek
Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi
intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah.
Sebagai contohnya,mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam
bidang pengamatan dn perkonsepan dan kebolehan berbentuk kreatif.
Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak
bermnasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa.
Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang
dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8
tahun atau lebih.
c. Ciri-ciri sosial dan peribadi
Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap
sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang
berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka
berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka
tidak selaras dengan tingkahlaku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah
selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan
mereka.
JENIS-JENIS MASALAH PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Terencat Akal (kategori ringan)
Disleksia, Diskalkulia, Disgraphia
Disleksia adalah satu masalah
pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap di sebalik pengajaran yang cukup dan peluang
budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan
ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program
pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga
bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi
seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.
Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,
selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri
seseorang dengan cara yang berlainan.
Autisme
Bermasalah komunikasi
Sukakan rutin
Berada di dunia sendiri
Ekolalia
Cederakan diri sendiri
Kompulsif tanpa tahu kesan
Tidak suka bergaul
Tidak ada tentangan mata
Kerencatan bahasa
Masalah kefahaman
Tidak suka disentuh
Bermasalah interaksi sosial
Pergerakan berulang-ulang
Palsi Serebrum
Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan
Masalah pergerakan
Masalah postur
Kekejangan
Pergerakan tidak terkawal
Masalah imbangan badan
Masalah komunikasi
Masalah motor halus/kasar
Masalah tulisan
Masalah perkembangan motor halus/kasar
Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa
Kecelaruan pertuturan
Kecelaruan bahasa
Kecelaruan suara
Masalah artikulasi
Masalah kelancaran
Sindrome Down
Gangguan Penumpuan ADHD
Lambat menyiapkan tugasan
Mudah terganggu
Masalah kosentrasi
Masalah mengurus tugasan
Cepat lupa
Impulsif
Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu
Memerlukan pengawasan yang lebih
Masalah menunggu giliran
Hiper Aktif
Tidak boleh duduk diam
Impulsif
Tumpuan perhatian singkat
Suka ganggu orang lain
Bermasalah Pembelajaran
Pintar cerdas dan Berbakat
Keupayaan umum yang istimewa
Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi
Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi
Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran
Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan
Sumber
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
11 Ulasan
Jadi mengikut penulisan ni betul ke kalau saya kata cikgu tak boleh sesuka hati melabel kanak kanak itu bermasalah, betul tak ?
BalasPadamYups...suppose cikgu mmg xleh nk assume seuka hati, mesti ada pengesahan dri dokter, kalau xde pape means budk tu bukn bermasalah cume hyperaktif atau dye masih dlm keadaan belum sedia belajar..
PadamBetul lah tu, oku ni memang susah nak dijaga. Kanak 2 masalah pelajaran memang susah nak ingat apa yang mereka belajar.
BalasPadamMaklumat yang sungguh berinformasi kerana adik saya juga ada masalah mcm kat atas tu, diq baru je dapat kad oku dua minggu lepas. Kanak kanak oku perlu dijaga dengan betul dan dengan penuh kasih sayang.گاڈی یا پھر کسی کمیونٹی
BalasPadamMaklumat yang sangat bagus. Boleh jadi panduan kepada ibu bapa dalam mengenal keadaan anak-anak. Terima kasih cikgu.
BalasPadamtq atas perkongsian
BalasPadambagaimana pulak kalu anak yang susah nak menghafal dan macam mudah keliru dengan abjad dan nombor?
BalasPadamapakah maksud penulis berkenaan dgn statement yang paling last tu?? boleh terangkan lagi mendalam??
BalasPadamAssalamualaikum..boleh saya tau prosedur nk diagnos anak yt bermasalah ni?anak saya ada diagnose awal dyslexia oleh dyslexia center..cuma xda pengesahan awal dr Doktor..boleh advice saya apa perlu saya buat..saya fairuz Dr Perlis 0174939366..tq
BalasPadamOrang bermasalah pelajaran ni.. yang jenis kehidupan dia nampak okay, lancar, boleh bertutur dan jaga kebersihan diri, dia kategori yang mana ye? Kalau masalah dalam belajar tu yelah.. Tapi kalau masalah sosial, contohnya, orang dah terangkan pada dia apa yang kita tak suka, apa yang kita tak boleh buat untuk dia, ada tak berlaku disebabkan masalah pembelajaran? Kalau ya, apa cara untuk menanganinya? Terima kasih.
BalasPadamJazakallah..trm ksh perkongsian ilmu
BalasPadam