Pernah tengok tak satu iklan Thailand pasal budak-budak di sebuah perkampungan air yang berminat sangat nak main bola sepak? Kisah benar tersebut sebenarnya diambil dari kisah sebuah kampung air yang diberi nama Panyee Island, di Phang Nga. Phang Nga terletak di antara Phuket dan Krabi. Dalam laluan saya ke Krabi dari Phuket, maka sempat juga saya singgah ke Phang Nga.
Panyee Island yang memang strategik |
Phang Nga sebenarnya sangat terkenal dengan pulau-pulau nya. Memang banyak. Memang cantik-cantik. Tapi yang paling glamer di sini adalah Pulau Panji atau lebih dikenali sebagai Panyee Island dan juga Pulau James Bond. Untuk artikel ini, saya ceritakan dulu tentang Panyee Island nih.
Bot pengangkutan utama ke Panyee Island |
Ko Panyee (Ko bermaksud pulau dalam Bahasa Thai) memang sebuah perkampungan air yang sangat cantik. Perjalanan dari jeti memakan masa hampir 15-20 minit untuk tiba ke pulau ini. Memang tak agak nak jumpa pulau yang didiami oleh manusia pun. Sebab dalam perjalanan kami menggunakan bot panjang, hanya kelihatan pulau-pulau kecil dan hutan bakau di kiri dan kanan. Tapi, itulah hakikatnya tentang keunikan Panyee Island nih.
Kawasan hutan bakau di kiri dan kanan |
Semua bot ada bunga dan kain berwarna. Apakah? |
He He He |
Mengejutkan juga sebab dari jauh kelihatan sebuah masjid yang indah tersergam di Panyee Island. Rupa-rupanya, majoriti penduduk di sini beragama Islam. Tapi kebanyakkan daripada mereka tidak pandai bertutur dalam Bahasa Melayu. Tapi, agak ramai yang pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Panyee Island dari kejauhan |
Panyee Island dah makin dekat |
Yeah!! Sampai kat Jeti Panyee Island |
Masjid Panyee Island yang masih sedang dibina |
Selalunya mereka yang akan ke Pulau James Bond akan singgah sebentar di Panyee Island bagi makan tengahari. Selain itu, para penduduk juga banyak menjual cenderahati dan barang-barang perhiasan bagi mencari rezeki tambahan.
Papan tanda ... (hu3.. tolong translate..) |
Kawasan sangkar ikan sumber pendapatan nelayan kat Panyee Island |
Laluan kat dalam Kampung Panyee Island |
Bagi yang mahu makan tengahari di sini, ada banyak pilihan kedai makan yang best-best di sini. Ada juga saya buat survey sket pasal harga pakej untuk makan tengahari. 180 Baht (lebih kurang RM18) bagi seorang untuk makanan tengahari yang lazat! Apatah lagi anda ada pilihan ikan-ikan segar yang masih dipelihara dalam sangkar ikan di bawah restoren. Wajib cuba yer..
Pilih jangan tak pilih |
Untuk yang nak menyaksikan iklan yang saya maksudkan di atas mengenai kisah benar pasukan bola sepak Panyee FC, boleh tengok video kat bawah ini. Panyee FC pernah muncul sebagai pasukan bola sepak terkuat di Selatan Thailand! Hebat kan mereka?
Sememangnya kedatangan saya ke Panyee Island ini memang merupakan suatu pengalaman yang sangat menarik. InshaAllah saya akan ke sini sekali lagi pada masa akan datang!
5 Ulasan
selamat bercuti ! bestnyer pegi tempat orang kan? banyak pengalaman ;)
BalasPadamnanti kalau ada peluang, nak gak aku gi sana.
BalasPadamyer .. memang best! Kalau mai Thailand, wajib mai sini..
BalasPadamTerbaik cikgu.Cikgu mai pulak dh ka cikgu.Sy bru nk p
BalasPadamCara pergi kesana melalui phuket atau krabi atau ada vara lain..siap yg patut dihubungi..utk tujuan lawatan
BalasPadam