The Man With the Golden Gun (1974) |
Nama asal pulau ini sebenarnya adalah Khao Ping Kan Island. Tarikan utama di pulau ini adalah tentunya sebuah pulau kecil yang terpacak macam jarum kat tengah-tengahnya. Pulau ini nama nya Ko Tapu atau pun Pulau Tapu. Menarik! Sebab keadaan fizikal dia yang sebegitu dan juga sangat unik.
Pulau James Bond, Phang Nga |
Dari jeti nak ke Pulau James Bond, anda perlu menggunakan bot. Kalau tak salah kena bayar lebih kurang 200 Baht seorang dengan 10 orang memenuhi bot. Dalam perjalanan, anda akan melalui kawasan paya bakau yang penuh dengan habitat hidupan. Jenguk-jenguk lah sekeliling, mana tahu ada rezeki boleh nampak apa-apa binatang lain.
Suasana di jeti kecil Phang Nga |
Bot yang menunggu penumpang |
Hutan paya bakau sebelum sampai ke Pulau James Bond |
20 minit seterusnya anda akan melepasi kawasan Pulau Panji @ Panyee Island yang juga terkenal dengan perkampungan atas air nya. Memang cantik! Kemudian terus menuju ke kawasan untuk berkayak. Di sini juga disediakan bot besar lengkap dengan makan-makan BBQ. Cuma tak pasti halal atau pun tak. Perlu dapatkan kepastian dulu yer.
Jom lawan race! |
Pitstop pertama yang ada BBQ dan aktiviti kayak |
Selain daripada aktiviti berkayak, juga ada sesuatu yang menarik di sini. Terdapat lubang gua yang boleh dilalui dengan menggunakan bot. Memang mengujakan. Bagi yang nak berkayak, anda boleh gunakan kemudahan yang disediakan di sana. Kami pula terus menuju ke Pulau James Bond.
Lubang gua dari kejauhan |
Dah makin hampir.. |
Dah masuk dalam.. |
Okeh, dah pun keluar dari gua |
Bumbung gua yang ada stalagtit stalagmit |
Dari sana, perjalanan lebih kurang 15 minit pula menemukan kami dengan pulau tersebut. Dari jauh tak berapa nak perasan, sebab bentuk dia yang macam dah bercantum dan juga sebab banyak pulau dari kejauhan. Tapi bila dah semakin dekat, baru betul-betul perasan mana satu Pulau James Bond.
Pulau James Bond dari kejauhan. Confuse yang mana satu |
Pulau James Bond ini ada pantai yang lebih kurang panjangnya dalam 40 meter. Bagi yang nak mendarat ke sana, anda perlu bayar pula lagi 200 Baht untuk yuran Taman Negara Phang Nga. Kawasan pesisiran pantai di sekeliling Ko Tapu juga tidak boleh didekati dengan bot, mungkin sebab nak jaga kawasan pantai tersebut.
Yeah! Ini dia Pulau James Bond dan Pulau Tapu |
Jika diperhatikan ada juga terdapat kedai-kedai yang menjual makanan dan juga cenderahati bagi para pengunjung yang singgah di pulau tersebut. Mungkin ada yang boleh dijadikan kenangan semasa berada di pulau tersebut.
Kedai-kedai yang jual cenderahati dan makan-makan |
Aktiviti lain yang boleh diadakan di pulau ini tak pasti pula saya. Tapi ramai yang mengambil kesempatan untuk bergambar dengan Ko Tapu sebagai latar sambil bersiar-siar. InshaAllah jika ada kesempatan untuk saya nak berkunjung ke sini semula, pasti saya akan singgah di pantai tersebut!
17 Ulasan
Percutian menarik. Ada dalam agenda saya. Terima kasih atas infonya.. :)
BalasPadamYa.. memang menarik Cikgu Ali.. wajib pergi.. ;)
BalasPadammemang cantik pulau-pulau kat sini.....
BalasPadammesti datang melawat nih Sukma Haron.. tak rugi.. ;)
BalasPadamIni lokasi yang cukup terkenal untuk dilawati! memang best kalau dapat ke sana!
BalasPadamwahh..best la dapat gi thailanddddd..
BalasPadamBercuti sakan ya!! Hehehee :D Best lahh. Mesti best dapat rasa masuk dlm gua kan. Hihi.
BalasPadamada pasang niat nak ke sana tapi tunggu keadaan politik di sana kembali reda baru pergi sana.
BalasPadamhu3.. la nih kena stop dah.. tengah dok mengebom tu..
BalasPadamwah beznya nmpk...kna mskkn dlm list nim...thanks cikgu
BalasPadamyer miya amira.. memang kena mai nih.. ;)
BalasPadamWaa sawadikap! hehe.. best woo dapat melancong..
BalasPadamYa saya pernah tonton filmnya dan sangat bagus.
BalasPadamPantainya juga indah untuk berwisata
Mantap banget kakak...next trip bisa melancong kesini.
BalasPadamJadi Pengen kesana kaka.
BalasPadamSangat indah sekali wisatanya. next trip mungkin tempat ini yang jadi rekomendasi
BalasPadamKarimunjawa juga tidak kalah bagus bro..
BalasPadam