About Me

Bercuti ke Thailand : Sekitar Phuket

Seperti yang telah sedia maklum, percutian saya ke Thailand kali ini telah membawa saya ke Phuket. Memang sangat berbaloi! Keindahan pantai di Phuket, iaitu Patong Beach, memang tak dapat nak dipertikaikan lagi. Kali ini saya nak kongsikan kisah kawasan sekitar Phuket.

Saya menginap di Hotel Sinthavee Phuket yang terletak betul-betul di bandar Phuket. Sebenarnya ada banyak lagi hotel yang terletak di Patong Beach, tetapi dah tentu ler mahal berganda-ganda. Jadi kami memilih untuk menginap di hotel yang berjauhan sket bagi mengurangkan kos hotel. Lagipun kami sudah ada kenderaan sendiri untuk bergerak di sana. 

Hotel Sintavhee Phuket Thailand
Hotel Sintavhee Phuket

Hotel Sintavhee Phuket Thailand
Kemudah Wi-Fi percuma juga disediakan

Hotel Sintavhee Phuket Thailand
Sedikit pemandangan dalam hotel

Hotel ini juga dapat menyediakan kemudahan sarapan pagi bagi pengunjung Muslim, tapi dengan syarat sudah dimaklumkan semasa booking hotel. Satu kelegaan. Sekurang-kurangnya, bangun awal pagi, dah tak perlu pikir kat mana nak makan pagi. Lagi-lagi nak cari kedai makan halal di Phuket.

Kawasan dalam bandar Phuket tak ada apa yang menarik sangat pada pendapat saya ler. Tarikan utama Phuket dah tentu lah di Patong Beach. Kat sana, memang ada macam-macam. Hard Rock Cafe dan Bangla Road antara destinasi popular untuk pengunjung di kawasan tersebut.

Hard Rock Cafe Phuket Thailand
Hard Rock Cafe Phuket yang terkenal dalam kalangan pelancong

Bangla Road ini adalah kawasan bazaar membeli belah yang ada berdekatan dengan pantai Patong Beach. Menyediakan banyak pilihan dari pakaian sehinggalah cenderahati. Tempat nih mendapat nama Bangla Road kerana kebanyakan peniaganya adalah terdiri daripada orang Bangladesh. Boleh membeli belah kat sini, tapi memang mahal lah. Saya ditawarkan harga 500 Baht untuk sepasang selipar jamban, yang akhirnya dijual kepada saya hanya dengan harga 100 Baht selepas tawar menawar. Jadi, saya tak syorkan untuk anda membeli belah di sini!

Selain daripada itu, anda juga boleh menunggang gajah merentasi hutan. Memang menarik dan sangat mengujakan. Cuma harga yang dikenakan adalah agak mahal, iaitu 1200 - 1500 Baht untuk perjalanan selama 30 minit. Sedangkan anda juga boleh dapatkan pengalaman yang sama di Songkhla dengan harga 300 - 500 Baht sahaja! Kalau nak cuba, silakan.. 

Menunggang Gajah di Patong Beach Phuket
Gajah dikenali sebagai 'Chang' dalam Bahasa Thai
 
Cadangan saya jika anda datang tanpa kenderaan sendiri, maka lebih baik menginap di hotel sekitar Patong Beach, sekalipun harganya mahal sedikit. Tapi jika ada kenderaan sendiri, baiklah menginap di pusat bandar dengan pilihan hotel yang lebih murah. Jom kita tengok gambar laluan pejalan kaki sekitar kawasan Patong Beach, Phuket.

Patong Beach Phuket
Welcome to Patong Beach Phuket

Patong Beach Phuket
Peta yang disediakan di Patong Beach Phuket

Patong Beach Phuket
Kawasan sekitar Patong Beach Phuket

Patong Beach Phuket
Tuk tuk yang sedia menanti pelanggan

Patong Beach Phuket
Kawasan Pantai Patong Beach Phuket yang penuh dengan pengunjung

Phuket
Deretan kedai di laluan pejalan kaki sekitar Patong Beach Phuket

Phuket
Patung gladiator di kawasan Banana Walk

Phuket
Papan tanda Banana Walk yang penuh dengan deretan kedai

Kesimpulan nya, memang saya sangat mengesyorkan untuk anda-anda yang nak berjalan ke Thailand, supaya datang juga ke Phuket bagi menyaksikan keindahan pantai nya. Memang serius tak rugi!

Tunggu pula saya kongsikan pengalaman ke Krabi lepas nih.. ;)


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. woa..bestnya...sekarang ni musim orang bercuti di thailand ya..kebelakangan ni famous betul krabi semua tu..

    BalasPadam
  2. Hahaha best :D Sronoknya dpt melancong kan!

    BalasPadam
  3. satu hari nanti harus jejak ke sini....seronoknya...

    BalasPadam