About Me

8 Langkah Penyiasatan Saintifik

Apakah yang dimaksudkan dengan Penyiasatan Saintifik? 
Penyiasatan Saintifik adalah kaedah sistematik bagi menyelesaikan masalah dalam sains.

Bermaksud, satu kaedah yang lebih teratur dan mengikut susunan tertentu yang membantu kita untuk memahami sesuatu fenomena alam yang berlaku. Secara automatiknya juga, kaedah ini membantu kita untuk menyelesaikan permasalahan dalam sains.


8 Langkah Penyiasatan Saintifik



8 Langkah Penyiasatan Saintifik
 Langkah 1 : Mengenalpasti Masalah
Kita mulakan penyiasatan kita dengan memahami apakah masalah sebenar yang kita hadapi. Langkah ini juga akan membantu kita untuk menentukan tujuan ujikaji (eksperimen) yang bakal kita laksanakan.


Langkah 2 : Membuat Hipotesis
Setelah memahami apa permasalahan dan juga tujuan kita nak buat eksperimen, maka kita perlu untuk buat hipotesis yang boleh 'membimbing' kita dalam mencari penyelesaian. Hipotesis adalah pendapat yang dirasakan benar dan boleh digunakan sebagai alasan bagi permasalahan kita tadi, walaupun kebenarannya masih belum dibuktikan.


Langkah 3 : Merancang eksperimen
Bersandarkan kepada hipotesis yang kita buat, maka kita perlu menguji kebenaran hipotesis tersebut. Untuk itu, kita perlu merancang sebuah eksperimen. Maka, kita kena fikirkan radas dan bahan yang digunakan serta pemboleh ubah yang berkaitan.

Radas : merujuk kepada peralatan yang kita gunakan (eg : Bikar)
Bahan : merujuk kepada bahan kimia, larutan dan pepejal yang kita gunakan (eg: Air suling)

Pemboleh ubah dimanipulasikan : perkara / keadaan yang kita ubah-ubah bagi melihat kesannya
Pemboleh ubah bergerak balas : perkara / keadaan yang berubah akibat daripada perubahan yang kita lakukan pada pemboleh ubah dimanipulasikan tadi
Pemboleh ubah dimalarkan : perkara / keadaan yang kita tetapkan sepanjang penyiasatan 


Langkah 4 : Menjalankan Eksperimen
Seterusnya, kita boleh lah menjalankan eksperimen mengikut seperti yang dirancangkan. Prosedur yang telah ditetapkan perlu diikuti dengan cermat dan betul susunannya bagi mendapatkan hasil yang betul. 


Langkah 5 : Mengumpulkan Data
Oleh kerana kita menjalankan eksperimen yang melibatkan perubahan  keadaan (eg: suhu, masa) maka adalah perlu untuk kita merekodkan semua data yang diperolehi daripada eksperimen tersebut. Data boleh direkodkan dalam bentuk jadual bagi memudahkan proses seterusnya.


Langkah 6 : Menganalisis dan Mentafsirkan Data
Data yang dikumpulkan tadi kemudiannya dianalisis dan juga ditafsirkan. Dengan erti kata, menyatakan apakah hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dengan pemboleh ubah bergerak balas.


Langkah 7 : Membuat Kesimpulan
Setelah hipotesis diuji dengan menjalankan eksperimen, tibalah masa untuk membuat kesimpulan. Kesimpulan dinyatakan dengan sama ada menerima atau pun menolak hipotesis.


Langkah 8 : Menulis Laporan
Akhir sekali, bagi membolehkan hasil eksperimen kita juga memberi manfaat kepada orang lain, maka satu laporan ditulis.


Cuba tonton video di bawah bagi memahami langkah-langkah dalam penyiasatan saintifik.





Semoga adik-adik pelajar beroleh manfaat. Memahami proses penyiasatan saintifik ini membolehkan adik-adik pelajar menyelesaikan lebih banyak masalah sains pada masa akan datang.



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. ada tak cara senang utk nak igt kaedah saintifik dgn mudah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalu nya kalau nak mudah hafal, pastikan anda mengaitkan setiap eksperimen yang anda buat dengan langkah2 yang ada dalam penyiasatan saintifik.. inshaAllah, lama2 dapat ler hafal tu

      Padam
  2. Bagus..dengan teliti pemberian ilmu..terima kasih..

    BalasPadam
  3. mcm mana nak buat prosuder dgn tajuk remaja mati awal

    BalasPadam
  4. Salam. saya confuse la cikgu.. macam mana graf untuk eksperimen bandul ni sebenarnya? garis lurus yang menyambung titik atau garis lurus yang seimbang? mohon bantuan.

    BalasPadam
  5. Aslm cikgu, mcm mna nk tukarkan unit kuantiti fizik kpd bentuk imbuhan awalan yg lain?

    BalasPadam