Pelajar tersebut dihukum memakai loceng selama 5 jam, daripada waktu rehat sehingga waktu balik. Gambar mereka dirakamkan oleh cikgu tersebut serta ditunjukkan kepada rakan-rakan lain. Pelajar juga diugut bahawa gambar tersebut akan dimuat naik ke laman sosial. Sumber
Semuanya mula meletup bila ibubapa kepada murid tersebut telah membuat satu laporan polis.
"Anak saya dan kawannya ada meminta untuk pergi rehat kerana sudah waktu rehat tetapi anak saya dan kawannya telah diberi rumput dan ciktu itu cakap ‘lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput’,” kata Yarnis dalam laporannya.
Sumber
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/makan-rumput-guru-herdik-murid-gara-gara-tidak-buat-kerja-rumah-28895?cp
Siasatan yang dilakukan polis mendapati insiden denda tersebut memang berlaku, tetapi tindakan memaksa makan rumput pula tak ada. Akhirnya isu ini dianggap "selesai" selepas satu perbincangan antara polis, murid, ibubapa dan pihak sekolah, Jabatan Pendidikan Perak dan UMNO Perak.
Semua pihak dikatakan berpuashati dengan penjelasan guru tersebut yang menunjukkan nya tidak berniat untuk menghina. Kes kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Perak.
Dalam menangani isu seperti ini sebenarnya kita patut lah merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 di bawah Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Perbuatan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran.
"Tindakan hukuman seperti mengetuk dan menyekel kepala murid, menampar, mencubit sehingga lebam, memulas telinga, membuat henjutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum murid secara berkumpulan tidak dibenarkan"
Secara jujur saya katakan tindakan menghukum dan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja rumah berlaku di mana saja. Tindakan tersebut adalah perlu dalam menangani permasalahan yang berterusan berlaku dalam kelas.
Dalam kes ini, saya melihat tindakan guru tersebut adalah tidak profesional, bersifat emosi dan juga mengenakan hukuman yang tidak bersifat mendidik. Hukuman sedemikian hanya akan memberikan sedikit sahaja nilai positif kepada murid tersebut. Nilai negatif nya yang lebih banyak akan lebih memberi kesan kepada murid.
Tidak mustahil selepas ini rakan pelajar akan mula menggelar mereka 'lembu'. Pelajar akan rasa trauma nak ke sekolah kerana malu diejek. Akan ada sedikit gangguan emosi dan psikologi. Perkara ini boleh mewujudkan rasa rendah diri dan pelbagai lagi perasaan negatif. Tak mustahil juga pelajar tersebut akan terus berdendam dengan guru tersebut. Bukan satu perasaan yang baik.
Saya yakin bahawa guru tersebut sebenarnya sayang akan pelajar nya. Mahu betul-betul anak tadi terdidik sempurna seperti orang lain. Walau bagaimanapun, guru sepatutnya mampu menangani perkara tersebut dengan lebih baik dan terkawal tanpa sebarang emosi yang tak perlu.
Sebenarnya, ada banyak lagi cara yang kreatif dalam memberi hukuman dan denda kepada pelajar. Kreatif dan juga berbentuk pendidikan. Antaranya adalah dengan menyuruh pelajar mengulang dan salin semula kerja rumah secara berganda namun dalam kadar yang rasional dan difikirkan sesuai.
Tak perlu lah untuk kita lihat isu ini dari sudut ras dan politik, sebaliknya melihat dari sudut kewajaran tindakan guru tersebut dalam menangani permasalahan yang berlaku dalam kelas.
Memang pelajar tersebut WAJAR dihukum atas kesalahannya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Namun ADAKAH WAJAR pula bentuk hukuman yang dikenakan oleh guru tersebut kepada muridnya?
Anda jawabkan sendiri..
15 Ulasan
walaupun tindakan cikgu tu sgt extream, teringin jugak nk tahu penjelasan dr dia, asyik dgr sebelah pihak je.
BalasPadamsetuju!
PadamCakap memang senang. Kalau kena atas kepala kita atau anak kita disuruh makan rumput, boleh la. Saya ni dah lama sangat perati cikgu cina ni, selalu sangat buat hal kat sekolah. tapi ibubapa sabar jer. kadang-kadang guna isu politik, cakap bahasa cina takut murid melayu faham. tapi ada yang belajar bahasa cina, cikgu cina ni tak tau. pergi kat cikgu besar citer lain. jadi, jangan dok citer ikut sedap mulut jer. kita ni orang islam, bangsa melayu, bangsa beradab, jangan duk sangka buruk jer...
Padambetul tu hijau zamrud ,,, saya sokong pendapat anda
BalasPadamMacam mana kalau anak dia diperlakukan seperti itu? Saya sbg guru rasa malu dengan tindakan cikgu itu..bukan mendidik tapi menghina..saya sayang anak2 didik saya..banyak cara mendidik tapi bukan dengan menghina
BalasPadamPada saya, guru memang tak mahu denda-denda pelajar dia... bukan seorang cikgu yang kerja nak denda pelajar-pelajar ni... setiap hari cikgu buat 'lesson plan' nak mengajar anak murid.. punya peras otak, cari bahan, serach kat internet, kalau ada kaedah atau bahan yg boleh digunakan utk menarik minat pelajar belajar... English, is a fun subject to learn... cikgu english selalu guna kaedah menyanyi dan bermain utk tarik minat pelajar to have fun.. Tapi bila ada kes denda ni... mesti ada sebab tertentu... ada sapa2 cikgu suka-suka denda budak? sebab seronok...? cikgu? Sama macam hijau zamrud, kalau lah ada cerita belah pihak guru tu..
BalasPadam*pekeliling? cikgu mana boleh pakai kemeja kaler2 gi sekolah..*
Saya setuju pelajar tersebut dihukum kerana kesalahan tidak menyiapkan kerja rumah. Memang betul, xdek cikgu yang suka2 je nak hukum pelajar tanpa ada alasan. Mungkin budak tu memang betul nakal, degil dan tidak mendengar cakap.
BalasPadamYang saya kurang setuju adalah tindakan cikgu tersebut yang tidak bertujuan mendidik. Hukuman yang dia lakukan lebih kepada nak memalukan pelajar tersebut, bukan nak membantu dan memotivasikan pelajar tersebut.
Cuba bayangkan perasaan kita masa masih sekolah rendah jika diperlakukan sedemikian. Tentu malu. Lebih kronik boleh jadi trauma nak pegi sekolah.
Mungkin ada bentuk hukuman yang lebih positif dan memberi pengajaran dengan lebih baik kepada pelajar tersebut. Rugi cikgu tu sebab tak praktikkan ilmu2 psikologi yang dipelajari masa dalam kursus perguruan untuk menangani pelajar bermasalah dalam kelas.
Semoga jadi pengajaran buat cikgu2 lain jugak
sejauh mana kebenaran mengatakan pelajar tu trauma? trauma adalah satu tahap yg sangat kuat penangan. Kalau kenang balik masa sekolah rendah dulu, ada rakan sekelas ni yang memang 'lembam' memang dia tak faham kenapa pergi sekolah pon (saya rasa). X pernah lulus matematik... tiap kali time matematik, dia kena rotan kat tapak tangan.. lama-lama tak jugak buat kerja rumah, kena rotan kat belakang lutut, nasib dia pompuan, kena kain x lah sakit sangat kut. Tapi dah kena macam tu tentu malu, tapi dia senyum sambil meleleh air mata... kena usik tak payah cerita, Tapi naik sekolah menengah, pelan-pelan semakin excellent... sekarang seorang business woman yg berjaya... tiap kali raya, dia mesti pergi ziarah cikgu tu... tapi itu cerita zaman dulu. sekarang dah moden... cikgu sekarang pon x sehappy cikgu zaman dulu... entahlah... :D
Padam*peace*
tunggu dulu apa cikgu tu cakap.
BalasPadamcikgu tu tak akan cakap apa-apa... kalau kenal kawan-kawan cikgu sama dgn kita dulu, biasanya dorang diam jer... kalau x pon setakat merungut sama sendiri kat kantin ehehehe... mengajar sambung macam biasa, ikutlah org nak buat apa, dah tertangkap pon sudah... nasi sudah jadi bubur... huhuhu
Padamtak leh wat apa dah. dah kena denda tukar sekolah pun.
PadamPayah nak cakap dah sebenarnya isu ni. Cuma boleh harap tak berlaku lagi dan harap MURID-MURID jangan tak buat kerja sekolah lagi.
ni ada unsur politik
BalasPadamSekarang ni saya dah tak tau nak percaya siapa. Paper atau media sosial lebih melaporkan apa yang mereka nak laporkan, tidak semestinya "the whole truth".
BalasPadamJom Join Bloglist Malaysiatercinta.com
setuju jugak tu.. kadang2 ada 'permainan' yang berlaku..
BalasPadamkes pun dah selesai..
KPM dah kenakan tindakan surat amaran keras dan arahan perpindahan kepada guru tersebut..
Semoga yang lain ambik pengajaran
cikgu tu pun dah dapat balik kg. Ingat tak lagi kes cikgu rendam pelajarnya dalam kolam di sibu sarawak? siapa yang salah? laporan apa yang media keluarkan? Orang yang tak tahu memang suka buat atau tambah cerita supaya lagi sedap didengar. Terus terang cikgu yang membuat dendaan itu seorang guru pakar Matematik. jadi bila ada yang berjaya pasti ada yang dengki. yang dengki pun cikgu satu sekolah jugak. yang ambil gambar pula pengerusi PIBG sekolah yang kerjanya tukang masak asrama sahaja. yang upload gambar cikgu yang dengki tadi. laporan media katakan air separas leher. sebenarnya air paras lutut , disebabkan budak duduk dalam air maka kelihatan air separas leher. pandaikan media buat laporan. media besar pulak tu (TV3). saya yang sekolah berhampiran dengan sekolah SMK BAWANG ASSAN sibu. jd saya tahu cerita sebenarnya. punca dari masalah disiplin pelajar juga. cikgu pakar yang menjadi warder dah kehabisan idea untuk sedarkan pelajar supaya jangan ulangi perbuatan salah mereka. Akhirnya cikgu tadi menjadi guru ditempat yang lebih bagus.
BalasPadam