Buli, bukan perkara yang boleh dipandang ringan. Buli ini ada pelbagai
ragam. Di dunia siber kita puas menonton cerca nista pada sesetengah
individu, khususnya remaja yang memuat naik video sama ada video lagu,
lawak dan sebagainya di YouTube. Ini adalah bentuk buli. Ada juga buli
secara emosi, yang kebanyakannya berlaku dalam kalangan remaja di
sekolah dan rakan sejawatan di pejabat.
Malah lagi teruk, buli secara fizikal sama ada bentuk kekerasan atau
seksual. Ini juga boleh diperhatikan banyak berlaku dalam kalangan
remaja. Ada orang cakap, tak mengapa hal ini berlaku nanti mereka akan
belajar. This is learning curve for them.
Untuk mereka yang berpendapat begini, sila bagi penampar sebelum membalas hujah mereka.
Ini mukadimah saya, sebelum saya menceritakan kisah buli di Sekolah
Dato' Abdul Razak atau popular dengan panggilan akronimnya, SDAR. Ia
baru sahaja berlaku iaitu kira-kira minggu lalu. Apatah lagi salah
seorang mangsa buli ini merupakan adik kepada rakan saya, maka saya rasa
bertanggungjawab untuk menulis dan memberitahu kepada awam kisah buli
yang berlaku di SDAR.
Kita maklum, ini perangai kebanyakan sekolah berasrama penuh. Mereka
sedaya upaya cuba menyembunyikan perkara hitam dan buruk yang berlaku
dalam sekolah mereka. Cuba selak halaman akhbar setiap hari, pernah
terjumpa berita tentang kes buli atau kes rogol atau kes liwat yang
berlaku di sekolah berasrama penuh?
Tentu tidak bukan?
Mana mungkin, maruah dan nama baik sekolah perlu dijaga biarlah nyawa
dan emosi anak remaja yang dibuli itu terus terancam dan rasa tidak
selamat.
Kisahnya bermula apabila pasukan ragbi SDAR tewas kepada MCKK. Pasukan
sorak bagi SDAR dianggotai oleh junior iaitu Tingkatan 1 dan 2. Mereka
tewas dan kecewa. Tambah parah apabila pasukan ragbi ini, yang
anggotanya sudah tentu senior sakit hati dan melunaskan kekecewaan
mereka terhadap pasukan sorak dengan mendenda mereka.
Dendanya adalah, memperalatkan seorang pemegang tali pinggang hitam
taekwondo yang juga seorang senior menumbuk dada setiap seorang pelajar
Tingkatan 1 dan 2. Kesannya, adik rakan saya mengalami lebam dan bengkak
pada dadanya. Katanya, sakit.
Rakannya yang lain juga mengalami derita yang sama. Sesiapa yang pernah
hidup di sekolah berasrama penuh akan tahu betapa berpengaruhnya
senior, dan betapa takutnya junior terhadap senior.
Ada yang lagi teruk, seorang rakannya yang memang sedang menderita
sakit jantung terpaksa dikejarkan ke ICU akibat ditumbuk oleh si tali
pinggang hitam taekwondo tersebut.
Mangsa yang lain, kebanyakannya tidak berani untuk bersuara. Adik rakan
saya juga, pada mulanya cuba menyembunyikan kisah itu. Tidak lain tidak
bukan, dia takut dan bimbang. Itu sangat-sangat kita faham kenapa
mangsa akan bersikap repulsive.
Akhirnya, dia membuka cerita. Dia menunjukkan dadanya yang lebam akibat
ditumbuk oleh si tali pinggang hitam. Dia menceritakan kenapa dia
ditumbuk. Emaknya bertindak membawa dia ke pemeriksaan kesihatan
(medical check-up). Doktor mengarahkan emaknya membuat laporan polis
kerana ini kes buli.
Parahnya, ibu bapa rakan saya mendapat maklumat ini lambat kerana pihak
sekolah tidak memaklumkan kepada seluruh ibu bapa mangsa. Nasib baik
mereka melawat anak mereka di SDAR dan mengetahui berita ini.
Kemungkinan ada mangsa yang bertindak memberitahu ibu bapa mereka
terlebih awal jadinya polis mula bertindak.
Rakan saya memberitahu, polis sedang mengambil keterangan semua mangsa
buli. Daripada cerita adiknya, semua mangsa ini takut untuk memberitahu
kisah sebenar sehinggakan polis terpaksa meminta mereka berkumpul di
dalam dewan dan masing-masing menulis kisah mereka pada sehelai kertas.
Rakan saya mendesak adiknya untuk "memperkenalkan" dia kepada si tali
pinggang hitam itu. Tapi adiknya takut untuk berbuat demikian. Kita
faham kenapa mereka takut. Ini masalah yang dibutakan oleh kebanyakan
pentadbir sekolah.
Ayah rakan saya pergi bertemu dengan warden asrama untuk kepastian
keselamatan anaknya. Jawapan yang diterima adalah begitu cliché, "Tak
mengapa encik. Keselamatan anak encik di bawah jaminan kami!"
Oleh kerana jaminan keselamatan yang begitulah, adik rakan saya mendapat lebam dan bengkak di dadanya.
Salah seorang mangsa buli, ibu bapanya bertindak memindahkan dia ke
Victoria Institution. Kata mereka, tinggal di sekolah itu pun bukannya
selamat untuk anak mereka. Namun pihak sekolah SDAR ini umpama menempah
sakit. Dengarnya, salah seorang mangsa adalah anak kepada saudara TYT
Negeri Sembilan. OK, mari kita saksikan lagak tempang sekolah yang cuba
menyembunyikan kes buli ini.
Ini realiti. Apabila ibu bapa mendesak sekolah mengambil tindakan tegas
terhadap kumpulan pembuli ini, desakan itu hanya hilang dalam tiupan
angin. Mana mungkin, si tali pinggang hitam itu anak emas sekolah. Ayam
tambatan, mewakili sekolah ke Korea dalam taekwondo dan mengharungi nama
sekolah merata ceruk dunia.
Pasukan ragbi pula, mana boleh disentuh pelajar mereka. Kalau tiada
ragbi, maka tiadalah SDAR. Seolah-olah begitu lagaknya pihak pengurusan
SDAR yang cuba membela kumpulan pembuli dalam kalangan pemain ragbi
tersebut.
Saya masih ingat ketika bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama
penuh di Terengganu, mana-mana pelajar yang menjadi ayam tambatan
pasukan bola sangat disayangi oleh pengurusan sekolah. Saya faham kenapa
mereka sayang, tapi jikalau ada dalam kalangan pelajar itu melakukan
kesalahan serius maka hukumlah.
Jangan play favorite. Ini yang membuatkan saya benci dengan perangai
pilih kasih tidak bertempat. Bagaimana perasaan mangsa buli?
Saya menulis ini, kerana saya tahu bagaimana rasanya dibuli secara
keras dan emosi ketika saya masih di sekolah menengah. Cuma saya
bernasib baik kerana ia tidak berbentuk fizikal. Saya pernah melihat
depan mata seorang junior dibuli secara brutal oleh senior, iaitu dengan
membelasahnya secara beramai-ramai dalam bilik dorm yang sempit
sehinggakan berdarah. Ini juga kisah di sekolah berasrama penuh.
Kalau di Terengganu, mereka yang pernah menjalani kehidupan di asrama
sama ada asrama penuh atau harian akan biasa dengan istilah "gulai". Ini
istilah yang diguna pakai bagi aktiviti belasah beramai-ramai seorang
mangsa oleh sekumpulan pembuli. Kumpulan ini boleh mencapai angka 15
orang pada satu masa. Maka saya menonton depan mata sendiri bagaimana
junior saya ini digulaikan oleh senior.
Saya tidak mampu berbuat apa-apa, apalah daya saya ketika itu untuk
menghalang. Semuanya takut kalau-kalau diri sendiri pula bakal menjadi
target gulai.
Kepada pihak sekolah SDAR, bertindak tegas terhadap mereka yang
terlibat dalam kes ini. Jangan biarkan hal ini berlalu tanpa sebarang
tindakan. Kepasifan anda untuk berbuat sesuatu bagi menghalang budaya
buruk buli ini terus menular adalah jenayah. Kamu bertoleransi dengan
hal ini, hanya akan mengundang jujukan lagi permasalahan yang sama
bahkan lagi teruk.
You did nothing to change things, you created an environment where this
kind of hate and arrogance isn't just tolerated, but it's silently
encouraged. What did you think would happen?
Saya menulis bukan semata-mata adik rakan saya malah untuk semua mangsa
buli di Malaysia. Adik rakan saya menjadi subjek perbualan kami. Saya
yakin, ibu bapa mangsa jauh lebih sakit hati apabila mendapat tahu anak
mereka dibuli, dipukul. Jika mereka tidak lagi mampu meletakkan
kepercayaan pada pihak sekolah untuk menguruskan hal ini dengan sebaik
mungkin, maka sekolah wajib bermuhasabah.
Saya dikhabarkan, tidak lama lagi akan diadakan pertemuan PIBG. Sudah
tentu ini peluang ibu bapa mangsa untuk menyuarakan isi hati mereka.
Kepada pihak pengurusan SDAR, dengarlah dan bertindaklah!
Ini kisah buli di SDAR, bukan lagi di sekolah lain. Mahukah hal itu
berterusan? Tuntasnya, sekolah adalah laman untuk mendidik manusia
menjadi manusia. Didiklah anak remaja menjadi manusia, bukannya menjadi
produk berupa sekumpulan monyet yang hanya tahu makan dan tidur, yang
tidak punya hati dan perasaan.
Ini amanah anda! – 11 Februari, 2014.
* Penulis ialah Pembaca The Malaysian Insider.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.
Sumber
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
53 Ulasan
walaupun bukan berrlaku kat sekolah lain, pihak sekolah lain harus peka tentang kes buli ni. jangan tunggu dah jadi baru nak tegah. cam tak berbaloi lak
BalasPadamperkara macam ni cikgu n ibu bapa kene ambil peranan
BalasPadambudak-budak sekarang ni semakin berani
BalasPadamSaya pelajar sedar tahun 2019.Kenapa??kenapa nak malukan sdar?jagan mention nama sekolah..kalau dh marah sangat ambik air sembahyang..bukan main tulis je kat internet..malu pelajar sdar yang tak terlibat.tolonglah..jangan malukan orang..memang pelajar itu bersalah..tapi jangan nk malukan semua sekali.hormatlah orang sikit..fikir!fikir!fikir!sekian
Padamsedar pun
Padamitu lah.. kadang2 budak2 nih sukar jugak nak diramal tindakan mereka walaupun dah ada tindakan awal yang kita ambil..
BalasPadamthanks for share,
BalasPadamkarimunjawa jepara
typo kot
BalasPadamBagi pendapat saya buli ni bagus untuk memastikan pelajar sentiasa tegas
BalasPadammacam mengarut je sampai masuk icu
BalasPadamini semua cerita rekaan, tiada pelajar sakit jantung yang dibenarkan masuk Sekolah Berasrama Penuh, paling hardcore pun asma shaja, yang masuk icu itu disebabkan denggi, jadi jangan fitnah dengan mambabi buta dan mmperbodohkan diri ...kaji dahulu sebelum sebarkan. Allah sahaja yang tahu..kan free2 je dapat dosa memfitnah :D
BalasPadamIni satu tradisi SDAR yg akhirnya menjadi
BalasPadamPemimpin versatile .
Cuma mereka hilang pedoman masa.
Masih lagi membuat amalan lama.
Raging mereka berlarutan.
Tak ada limit time dan tak ada pemantauan
Oleh guru besar.
Tak ada warning buang sekolah.
Bukan keys buli saja, SDAR terminal
Juga dengan kecurian mungkin pao
Duit juga.
Siasah mereka rosak.
Banyak kes kecurian tidak di lapor.
Guru besar mental blok.
Asrama macam sarang tikus.
Semalam anak kawan suami baru bawa anak beliau balik TERPAKSA berhenti dari SDAR .. telah cuba sedaya upaya untuk menghadapi ragging .....walau banyak wang telah dibelanjakan semasa pendaftaran mencecah RM3000.. ...YA .kes buli pelajar tingkatan Satu.....kalau baru2 mendaftar kena buli boleh diterima ini dah masuk bulan April .. sebelum ni jumpa guru hal ehwal pelajar dan semalam pengetua ...bapa pelajar minta ambil perhatian akan pekara ini dan ajak jumpa pelajar tersebut .. pengetua kata tidak ada kes macam ni semua ok...bila buat surat berhenti bagi alasan pekara2 buli ..o tak boleh bagi alasan macam tu ..habis nak tulis alasan apa? anak manja tak dapat sesuai diri .. dah habis sesuai diri dah...macam2 disuruh .pelajar ni dah cuba sesuaikan diri buat apa yang abang2 suruh ...
BalasPadamapapun sekolah SBP berprestih Tinggi tapi sedih kita kalau pelajar-pelajar senior tidak boleh menjaga dan membimbing adik-adik yang kecik dan daif ini ....kita bangsa Melayu ugama Islam apa lagi kita mampu bantu dan buat kalau ini yang terjadi ...nasihat saya pada pelajar-pelajar terutama geng Ragbi di SDAR ingatlah ini bukan tempat nak tunjuk body atau bermegah dengan ragbi ...banyak lagi yang harus di korek ilmu ini...perangai ini tidak bawa anda kemana-mana...bagi pihak pengurusan ambil lah pandangan dan mohon kerjasama beri lah sedikit perhatian atas apa terjadi ....sebab sebelum ini ada yang keluar dari SDAR juga ...bantu lah anak bangsa sendiri,,,, sayang pelajar pandai tapi peluang terlepas sebab masaalah macam ini ....saya bercakap atas pengalaman 3 orang anak di SBP dan MRSM...
thanks infonya
BalasPadambagus infonya
BalasPadamvery nice
BalasPadamalways be sucses
BalasPadamMaaf berita yg anda sampai kan mungkin kurang tepat dan sahih...mungkin kamu dpt info ini dari pelajar yg sudah keluar sekolah dan sekarang sudah membenci sekolah ini....sepatutnya dpt kan berita dari semua yg terlibat bukan nya dari pelajar yg sudah keluar...akhir kata saya memohon maaf jika saya bertindak kasar dll
BalasPadamdah tau jadi mcm tu , kmpul semua bukti dan saksi dedahkn..panggil semua tv dan akhbar siarkn bnda ni..biar panas punggung pihak pengurusan sekolah tu, jgn kite dok mgata kt sni tpi tindakan tak amik...zaman sekarang x pyh lagi dok bncang2 yg tak berfaedah, yang benar tetap benar
BalasPadamTerlalu berani sangat pemuda jaman sekarang'
BalasPadamemang parah anak zaman skarang
BalasPadamsangat GOkiL
BalasPadamSDAR..satu nama kebanggaan yang tersemat di hati..once a sdarian, always a sdarian..saya bangga pernah jejak kaki belajar di sana..
BalasPadamsaya rasa senior & junior dua-dua salah. senior patutnya didik junior, bukan BULI. junior pulak kalau senior dah buat baik jangan besar kepala & tak hormat. dua-dua kena main peranan.
BalasPadamCerita ini banyak ditokok tambah...sebenarnya apa yg terjadi tidaklah seteruk yang diceritakan di atas...pelajar tingkatan 1 & 2 hanya didenda sahaja....pihak yg berkenaan sepatutnya perlu melakukan lebih banyak research tentang perkara ini...cerita rekaan ini hanyalah untuk menjatuhkan nama SDAR sahaja... harap maklum.
BalasPadamSalam ibu bapa yg menghantar anak ke SDAR thn 2016 ini.. ada aduan tak drpd anak2?
BalasPadamAnak saya ada masalah...pada siapa saya harus mengadu...siapa yang akan dengar...jika masalah sosial tu senior yg ajar
PadamAnak saya dpt sek ini..rayuan SBP. Takut pulak dgr cerita buli ni ditambah dgn prestasi akademiknya yg merosot.
BalasPadamBukan sahaja di SDAR, di STAR Ipoh pun sama, budaya high council masih wujud buli junior is a must itu ada tradisi STAR yg dibanggakan, tak percaya tanya STAROBA, malah anak2 STAROBA yg masuk STAR ni yg ramai jadi pembuli. Pihak sekolah dan STAROBA akan melindungi pembuli2 ni atas nama tradisi. Selalunya junior2 yg dibuli ni kena tukar sekolah dan pembuli akan dilindungi kerana itulah warisan STAR Ipoh!
BalasPadamMaka akan lahirlah pemimpin yg rendah akhlaknya...
PadamMmg betul pun. Kalau tak tahan kena buli blah la tak payah masuk STAR Ipoh
PadamJika dipaksa ke bilik senior... dipegang2 tangan n kemudian disuruh tdo bersama.
BalasPadamAdakahh itu normal? dianggap perkara remeh?
Sejauh mana tindakan yg diambil jika ia berlaku....
SDAR skarang dah brubah......sifar pembulian....sye skang form 1....ok je.....xdela steruk mane khabar angin 2 org cakap......
BalasPadamTak kena diri sendiri boleh lah cakap...
PadamSbp memang sering simpan masalah disiplin utk jaga nama
Byk yg sy dgar ttg buli di sbp..klu buli dibenar kn sepatutnya diwarkn semasa permohonan lagi..klu buli utk pertahankn nama sek itu tidak wajar krn sek tdk akn ke mana...tp jiwa pljr nya yg akn rosak smd pembuli atau yg kena buli...klu buli hafal surah al quran mungkin akn mmbantu pljr dr segi rohani..cuba fikirkn yg cenderung kpd memotivasikn anak2 sdar dr segi rohani dan jasmani nya..
PadamLANCAU LA... SEMABNG DALAM NIE BOLEH LA... BABI
Padammemberikan pencerahan dan ilmu yang bermanfaat bagi pengunjung selalu trus membuat artikel yang menjadi acuan kita semua jaket kulit asli terima kasih
BalasPadammakasih atas pengetahuanya,,, salam
BalasPadamsaya sangat suka dengan blog agan sungguh sangat informatif cara membuat instagram
BalasPadamsalam kenal bos, terimakasih atas informasinya bos
BalasPadammungkin itu kurang minum kopi brooo
BalasPadamMaaf baru terjumpa artikel ni walau dah agak lama,
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian dan terpanggil utk beri komen,
Sy bekas pelajar dan secara amnya benda ni dah jadi tradisi,
Hampir semua sekolah berasrama ada unsur ni especially yg jenis one gender,
Kalau sekarang zero nanti akan ada balik,
Semua bergantung pada will power dan keikhlasan pihak pentadbiran dan guru2 yg berkenaan untuk ambil memantau dan ambil tindakan,
Asal ada pentadbir mentaliti gomen campak biji harapkan nanti pokok tumbuh tanpa ada pengawasan dsb,
Walaupun sekolahnya bagus dan guru2 adalah yg terbaik,
Tp bila berdepan bab buli umpama tiada kod etika atau SOP,
Pada mangsa dan keluarga mangsa saya bersimpati,
Pada current students dan old boys yg nakal nak membela tradisi bodoh tu korang tak layak belajar dlm fasiliti selesa yg disediakan kerajaan dgn duit rakyat,
Aku sendiri menyampah dgn budaya buli bkn spesifik pada isu ini shj,
Sepanjang 5 tahun, tipu kalau aku kata x pernah lecture, denda or tampar budak masa skolah dulu.. tampar cuma 1 bdk tu memang kurang ajar tp sekarang jd lebih dari kawan.. senior mmg egonya mmg besar.. "star" lagi lagi lah besar egonya. Kalau bdk yg ok tu x payah lah kacau.. especially adik2 F1 F2 yg baru nak membesar dan belajar hidup berdikari,
Dalam sekolah pandangan jd tertutup dan byk terlindung dlm asrama dgn status senior tapi semua tu tak kekal,
Bila dah tamat sekolah nanti org dah tak pandang semua tu..
Sepanjang aku jumpa old boys yg kaki buli ni 90% tak cemerlang pun dlm kerjaya @ hidup.. byk yg kena sumpah.. dalam 90% tu yg perasan dia cemerlang tu 100% :).. hehe
BERILMU UNTUK BERJASA.
Wsalam
sekarang ni SDAR sudah berubah dengan prinsip make SDAR great again dan cerita di atas banyak yang ditokok tambah
BalasPadamCerita di atas semua hanyalah stoko...
BalasPadam#makesdargreatagain
Memang cerita ini pernah berlaku, dan saya juga adalah salah satu mangsa kes buli ini. Walaubagaimanapun, setelah kluar dari sdar, saya juga amat merindui benda benda jahil yang telah dibuat dahulu di sekolah, walaupun saya bukan pelajar yang baik.. Seniority di sdar ini sangat diperlukan walaupun ia memberi kesan negatif kepada pelajar, untuk selesa di sekolah ini, senang sahaja, hanya perlu kentalkan hati dan hormat pada senior, x susah pon, tapi, kebanyakn mangsa buli tersebut disebabkan kerna merka kurang ajar ngn senior, seperti curi telofon sinior, petik nama senior senior, dan x bagi salam. Nak bagi salam pon susah ker,. Setelah aku sekolah kat sini selama 5 tahun, macam macam benda yang beri kesan positif terhadap aku.
BalasPadam1. Senior dlu wajipkan bagi salam kalau jumpa mereka.kesannya sekarang mana mana org pun yg lagi tua dari aku aku akan bagi salam dan bertegur sapa
2. Senior ajar hormat menghormati. Kesannya aku hormat semua org yg lagi tua dari aku
3. Senior suruh bangun pagi dan wajip string katil, kemas bilik dan basoh tandas..... Dan kesannya sekarang.....aku boleh kemas rumah dan basoh tandas sendiri tanpa arahan dari mak bapak..
4. Kat sekolah ni jugak aku belajar untuk kuatkan mental...x mudah mengadu atau menangis, x takut dgn semua orang walaupun org tu lagi besar dari kau..... Kerana , kat sekolah kau akan berdepan dengan semua jantan,,, sedar tak sedar kau boleh jadi jantan yang boleh lindung family kat rumah
5. Banyak sangat bende yang positif setelah aku belajar kt SDAR nie
JADI, MASUKLAH SDAR KERANA SDAR ADALAH TEMPAT YANG PALING SESUAI UNTUK MENGAJAR ANAK ANDA MENJADI DEWASA YANG BERDIKARI,BERANI DAN BERILMU
BERILMU UNTUK BERJASA= MOTO SDAR
Tahniah membuka minda org awam yg membaca Komen anda . I agreed with you..
Padambenda ni mmg betul tapi ada jugak unsur tokok tambah kat situ memandangkan aq merupakan salah seorang pelajar junior di situ. Ketika itu aq masih di tingkatan satu batch Revolusi 1418.Antara unsur tokok tambah ialah tumbuk masuk ICU tu.Memang tak dinafikan la kami ditumbuk tapi diaorang suruh tahan nafas dulu dan mengambil kira juga kawasan jantung biasala dak asrama kuat la skit.....pastu benda ni dah lama dah junior yang kena tu pon dah abis sekolah dah pon...Batch yang kena tu la yang menaikkan nama SDAR..Saya bukan nak cakap yang buli tu bagus tapi kalau kau buat salah pastu kau kena tanggung la la yah mengadu...kes ni pon yang kena teruk pon ada la skit sebab perangai diorang yang lain kena skit je dorang pon lepastu main main ngan kitaorang jadi ni tak patut la dikatakan buli tapi cara merapatkan ukhuwah...Haih skang semua hanyala kenangan
BalasPadam-Budak Revolusi 14'18-
Muda lagi kau dik... Aku ni dah hampir 4 dekad dah umur, dah hadap hampir segalanya baik underworld or mainstream level. Buli or sparring di hostel ada code & conduct which is fundamental rules yg kau tak boleh sentuh priority parts seperti muka dan abdomen yg penting. Kau barua kau kena, kau kaki report, kau kena burger ramai². Yup aku tau itu budaya yg tak boleh nak dibendung. Jangan kata asrama biasa, SBP pon ada budak cerdik pandai jadi bodoh sebab perbuatan buli ni. Terutama senior dan star yg hanya power dlm kawasan berpagar tu. Kat luar dia tu cuma anak seluang je.
PadamKalau kau ada anak satu hari nanti mungkin kau faham & may tone down your words of 'wisdom' tu. Aku harap kau tak hadap perkara buli ni di pihak anak kau kelak. Terus terang buli tu perbuatan pengecut kerana pembuli tu dia tak jumpa pair dia yg sebenar. Sape yg dicari? Junior lah yg jd punching bag. I am about to send my kid to that school soon.
Aku tunggu jugak gengster kampung hulu mana yg cross the limit pada anak aku tu nanti, dan tunggu jugak sape budak² yg nak dok halalkan perbuatan buli tu nanti, hope so tak ada lah... Kalau ada aku gegar. Semua perkara ada limit.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamHigh council
BalasPadamWith a perfect blend of security professionals ranging from security analysts, security architects and forensic investigators to expert methodologies, we provide Cyber Security Services unlike others across Toronto, Canada.
BalasPadamgejala buli di SDAR masih berleluasa ke...? ada yang tau.... patutla result SPM SDAR kurang cemerlang berbanding SAS.
BalasPadamSadly masih berlaku sehingga sekarang. 😢
Padam