Saya puji ibubapa yang datang ke Mesyuarat PIBG sekolah saya. Sebab majoriti daripada mereka datang dari kawasan yang sangat jauh dari sekolah. Kena jalan kaki, naik perahu, pastu naik bas pulak. Ada yang kena keluar kan duit dengan nilai yang agak besar. Namun tetap ada kesedaran untuk berkorban sedikit demi pendidikan anak di masa depan.
Disebabkan ramai tetamu sekolah yang hadir, maka seperti biasa ada lah bahagian pelajar yang akan membuat persembahan ringkas bagi menyambut tetamu. Kebiasaanya tetamu kehormat akan disambut dengan iringan muzik tradisional Iban yang dikenali sebagai Betabuh.
Betabuh terdiri daripada beberapa alat muzik seperti Engkerumung (seperti gamelan), Bedup (Gendang), Tawak (Gong Besar) dan Bebendai (Gong Kecil). Biasanya Betabuh ini digunakan semasa ada majlis atau pun semasa perayaan.
Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai jenis muzik yang khusus untuk sesuatu majlis. Sebagai contohnya, muzik Betaboh bagi menyambut tetamu adalah tidak sama dengan Betabuh untuk majlis perkahwinan atau pun untuk sambutan Gawai.
Muzik yang dalam video yang disediakan di atas adalah dipanggil sebagai Betabuh Ngelaluka Temuai (Muzik Sambut Tetamu). Muzik ini boleh dimainkan oleh sesiapa saja yang berkemahiran. Tidak kira sama ada beliau lelaki atau perempuan. Kadang-kadang muzik ini juga diiringi oleh tarian Ngajat Iban.
InshaAllah di masa akan datang saya akan kongsikan pula Betabuh untuk Ngajat Iban. Terima kasih buat Kennedy Panting, Nicholas Mapang, Ricky Kapat dan Nicholas Ayum yang sporting habis untuk rakaman video ini..
p/s: Taboh dalam bahasa Utara bermaksud 'pukul-memukul bagi tujuan nak bergaduh'.. ye dak?.. "Hangpa nak kena taboh dengan aku ka?".. ;)
14 Ulasan
Best x mengajar di Sarawak ? ramai cikgu smenangjung tak suka mengajar di sarawak bila dapat surat posting dan ramailah yang merunggut.. tapi bila dah jejak sendiri dan lihat sendiri baru depa tahu ..
BalasPadam- Mr.J
www.pengerindu.com
Bila kita ke tempat baru mestilah rasa tak best sebab tak sama dengan tempat kita sendiri. Tapi kalau dah lama sket, bagi peluang untuk mengenali Sarawak, inshaAllah jatuh cinta! he3 ;)
Padamtak kenal maka tak cinta...saya pejam celik dah masuk tahun ke-12
Padambaru tahu mksud taboh tu..hehe
BalasPadamTaboh yang mana satu nih nabila?.. he3..
Padamkalau tabuh maksudnya gendang... yg org dulu2 guna sblm melaungkan azan. igt x, lagi raihan (kot)....tabuh berbunyi, gemparkan alam sunyi, berkumandang suara azan......
BalasPadamhaah... betullah.. baru saya pun teringat...
Padammungkin sebab banyak masjid dah tadak tabuh, tu yg kurang ingat tu.. ;)
ohh semalam pun adik saya ada pibg kat kuching sarawak.. lebih kurang juga mcm ni.. mcm sambut vip. heheh
BalasPadamjemput singgah http://iluvtour.com
sekarang musim mesyuarat PIBG kot.. ;)
BalasPadamserius blog ni awesome.
BalasPadamhe3.. tq Leeza yang awesome jugak!
BalasPadamKasih mai bala anak kitai. Sekula tau minta nasihat/kerjasama Kem Pembangunan Sosial (KPS) ngajar anak kitai Betabuh.
BalasPadamsaya ingatkan alat muzik tetapi persembahan walaupun mengecewakan terima kasih
BalasPadamsaya ingatkan alat muzik tetapi persembahan walaupun mengecewakan terima kasih
BalasPadam