About Me

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Sejarah penubuhan pasukan choral speaking di sekolah saya bermula pada tahun 2010, di mana pasukan pertama yang dibentuk oleh Cikgu Nirmala bagi tujuan persembahan pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan. Walau bagaimanapun, oleh sebab tujuan penubuhan hanyalah bagi tujuan persembahan, maka tiada aktiviti yang dirancang selepas itu.

Kemudian kehadiran guru baru yang berbakat dan pernah terlibat secara langsung dengan kegiatan ini, telah berjaya membuka satu suasana baru kepada sekolah saya. Tak lain tak bukan, Cikgu Angeline Hii yang dibantu oleh kawan baiknya, Cikgu Belle Mahony, iaitu rakan seKimia saya. 

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Banyak kesan yang saya nampak daripada keaktifan pasukan choral speaking yang dibentuk oleh Cikgu Angeline Hii ini. Terutamanya daripada segi menimbulkan minat pelajar terhadap Bahasa Inggeris. Pelajar sekolah luar bandar bukanlah terdedah sangat dengan perkara-perkara sebegini macam budak bandar. Maka pendekatan ini merupakan satu pendekatan yang amat strategik dan bijak. Berhibur, sambil belajar!

Impaknya bukan sekadar kepada pelajar yang terlibat secara langsung dengan aktiviti Choral Speaking ini, tetapi juga mengubah suasana untuk pelajar lain. Pelajar yang menjadi penonton kini dilihat semakin cuba untuk memahami apa yang disampaikan oleh ahli choral speaking ini. Hmm... Bagus kan?

Pada tahun 2012, pasukan choral speaking sekolah saya ini memberanikan diri untuk membuat percubaan pertama menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Sibu. Dalam pertandingan ini mereka hanya beroleh saguhati. Kemudian tidak berputus asa, mereka membuat percubaan kedua, pada tahun 2013. Masih mendapat tempat Saguhati. Berita baiknya kali ini, mereka berjaya mengubah kedudukan ke ranking yang lebih baik!

Pasukan Choral Speaking Sekolah Saya Yang Best!

Tahun ini, mereka membuka pentas mereka dengan persembahan yang sangat hebat dan menarik semasa Majlis Perpisahan Pengetua. Pada saya, ini lah persembahan terbaik mereka yang pernah saya saksikan. Banyak peningkatan, itu yang penting. 

Walaupun tidak begitu sempurna, dan masih banyak ruang untuk diperbaiki, namun saya rasa sangat terhibur ketika menyaksikan persembahan mereka pada hari tersebut. Sampai mesej yang nak disampaikan kepada penonton.


Skrip yang bagus, kawalan konduktor yang mantap dan persembahan yang cukup menghiburkan, ternyata berjaya menambat hati ramai penonton. Cerita yang disampaikan juga mudah difahami dan sangat dekat di hati penonton! InshaAllah jika diberi ruang lagi kepada mereka untuk terus memperbaiki persembahan mereka, saya yakin mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih hebat!

Pada tahun ini saya berharap mereka akan menyertai lagi Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Sibu. Semoga kemenangan akan memihak kepada mereka untuk kali ini. Saya cukup yakin, dengan bimbingan daripada Cikgu Angeline Hii dan Cikgu Belle Mahony, pasukan choral speaking tersebut pasti akan membawa pulang sesuatu pada tahun ini!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. teringat pulak dulu2..pernah masuk coral speaking

    BalasPadam
  2. dulu2 pun sy masuk coral speaking. form 2 rasenya. johan negeri perak. tp x menang di kebangsaan. tajuk coral speaking kami, death of an incident. smpai sekarang igt lagi script cs tu.

    BalasPadam
  3. uiyo.. hebatnya.. Johan negeri tuh... ;)

    BalasPadam
  4. Saya tak sumbang apa2 pun Che Akak.. cuma bagi sokongan untuk rakan sekerja yang memang rajin dan sangat berusaha..

    BalasPadam
  5. Salam cikgu..best tgk choral speaking ni terus bagi idea utk train murid2 buat persembahan masa majlis persaraan GB kami bulan 6 nanti.If you don't mind cikgu..can share the script here

    BalasPadam
  6. Salam Cikgu Emy.. saya minta maaf sebab choral speaking ni bukan saya yang buat.. just sharing hasil kerja kawan yang saya lihat berpotensi pergi jauh lagi.. nanti saya cuba tanya dia, mana tau dia sudi nak kongsikan.. ;)

    BalasPadam