Gonorrhea dan siflis (syphilis) merupakan antara penyakit jangkitan secara seksual (STD Sexual Transmitted Disease) yang paling berbahaya. Selain daripada 2 penyakit ini, ada banyak lagi penyakit berjangkit yang dikaitankan dengan sentuhan seksual, seperti chlamydia, herpes, HIV, HPV, Hepatitis B dan Scabies.
Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae) yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus.
Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio.
Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Sumber
Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian.
Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.
Siflis dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik.
Sumber
Chlamydia
Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia.
Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta.
Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.
Sumber
Herpes
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus
type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2).
Simptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan.
Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda.
Sumber
HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.
Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.
Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit.
Sumber
HPV
HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.
Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser.
HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.
Sumber
Hepatitis B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.
Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.
Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 - 100 kali ganda berbanding HIV.
Sumber
Scabies
Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan.
Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.
Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.
Sumber
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
51 Ulasan
terbaik infonya..terima kasih
BalasPadamTQ pakteh.. moga ramai yang dapat manfaat.. ;)
BalasPadamBaru tau secara keseluruhan pasal benda2 ni..sebelum ni tahu 1-2 je. Tq ye
BalasPadamterima kasih diatas perkongsian info ni.
BalasPadamsemoga bermanfaat yer.. ;)
BalasPadamboleh konfirm kan gmbar scabies?
BalasPadamyeke gmbr scabies cam tu?
BalasPadamThx 4 the info.. Byk manfaat nya..
BalasPadamTp kalau xsalah saya, scabies bukan STD..
mungkin juga saya salah..
ok.. nanti saya cuba buat research sket ye.. kalau ada apa2 saya akan update
PadamSy masuk wad smlm..sb sakit bila kncing n kncing brdarah..adakah itu batu karang atau........
Padamboleh saya pm cikgu hailmi tak?
BalasPadamInfo yg sgt2 bagus
BalasPadamInfo yg sgt2 bagus
BalasPadamSangat bermanfaat..
BalasPadamdiorang kena penyakit nie sebab apa.....x jage kesihatan ke
BalasPadamkebanyakan sebab mengamalkan seks rambang
BalasPadamInfo yg sangat bagus
BalasPadamSerammmm mehh!!!
BalasPadamBagus...tp saya tak setuju dgn kenyataan scarbies....gambar scarbies pun saya tak setuju n scarbies bukan di bawah STD...
BalasPadamPlz search more info ttg itu...tq
iye ke gambar scabies mcm tu?
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian in I..
BalasPadamTula suka behamput kan kena penyakit sdh..
BalasPadamtq..info yg bagus n senang utk faham..
BalasPadamuntuk herpes simplex bole guna antiviral ubat acyclovir..tapi kena dapatkan rawatan seawal 48jam..
Arwah suami saya meninggal kerana cirrhosis..
BalasPadamArwah bisa meninggal?
Padamsaya pernah rawat orang y punyai HPV sapukan getah betik pada bonjolan agak pedih ,tp berkesan
BalasPadamTerima kasih atas perkonsian anda...
BalasPadambahasanya terlalu kedokteran kali,,,gk ngerti :(
BalasPadamManfaat yg luar biasa.thank you so much
BalasPadamManfaat yg luar biasa.thank you so much
BalasPadamthanks for that info..
BalasPadamMacam mana nak dapatkan antibotik untuk gornnohea ye..
BalasPadamDekat farmasi ade tak???
Lebih baik pergi klinik kesihatan. Nnti diorng akn bg suntikan .
PadamUhh yeke..
PadamKalau pergi klinik kesihatan nak cakap sakit ape ye..
Cakap je nk ambk suntikan antibiotik penyakit tu...tp x silap sblm dia bg suntikan dia akn periksa dulu.
Padamperkongsian yang sangat berguna
BalasPadamCikgu.. sy nak minta tolong ajar saya buat blog..
BalasPadamBoleh tak.?
Ya tuhan ku kenapa penyakit
BalasPadamthanks for that info..
BalasPadamdomino qiu qiu
#Terbaik...
BalasPadamThankz infonya..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamKeren,,,
BalasPadamMantap...
BalasPadamNgeri
BalasPadamSeseorang yang menghidap STD Boleh berkahwin Atau tidak?adakah perkahwinan itu lebih membahayakan?
BalasPadamSy penghidap herpes type 1. Mengikut doktor, sy boleh berkahwin mcm biasa. Tapi sewaktu virus herpes aktif akan timbul symptom ulcer di mulut dan kemaluan. Waktu simptom aktif, tak digalakkan untuk bersama pasangan dan kalau bersama perlu memakai kondom untuk elakkan jangkitan. Tq
PadamThanks for sharing!
BalasPadamTerima kasih telah diberikan kesempatan untuk berkomentar. Mudah-mudahan apa yang Anda berikan bermanfaat bagi semua orang yang membutuhkannya.
BalasPadamSaya mengidap herpes kemaluan beberapa minggu selepas saya bersetuju tidur dengan pasangan saya. Dia pergi bekerja apabila saya didiagnosis dan mengambil semua keberanian saya untuk memberitahunya. Saya tidak tahu apa yang dia fikirkan atau katakan, saya fikir dia akan membuang saya. Sambutan awalnya adalah "baik anda tidak mendapatkannya dari saya" sehingga sehari kemudian apabila dia memberitahu saya dia mengalami sakit yang dingin. Dr saya agak hairan tentang hal itu dan membuat keributan besar ini untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa kesihatan untuk mendapatkan kebenaran untuk skrip saya. Untungnya ia adalah jenis HPV 1 yang dia katakan saya jarang ditanam pada alat kelamin anda tanpa ia tersebar di seluruh badan tetapi rasa sakit gatal itu banyak dan sakit. Sesetengahnya menasihati kami untuk menghubungi Dr Sagbo Diba yang kami lakukan, dia menghantar ubat herba kepada kami selepas kami memesan dan menggunakannya dengan sewajarnya yang ditetapkan selama 30 hari, yang akhirnya setiap gatal, ruam dan sakit sejuk hilang dan saya terkagum-kagum selepas dia diuji kita herpes negatif. (6 bulan sehingga sekarang saya tidak mempunyai sakit atau gatal yang sejuk sejak). Tetapi ia sangat menakutkan, saya melakukan perkara yang sama melihatnya di internet dan melalui kesengsaraan semata-mata! Saya masih belum memberitahu sesiapa, bahkan ibu saya dan saya hanya berharap saya tidak perlu mengalami kesakitan itu lagi! Kini tunang saya dan saya sering bercanda mengenainya sekarang, terutamanya apabila saya mahu saya mengingatkan dia bahawa dia mempunyai saya herpes !. Saya masih tidak selesa bercakap tentang pengalaman itu tetapi menulis artikel ini membuat saya merasa seperti itu tidak seburuk yang saya fikir ....
BalasPadamSaya katakan kepada semua orang bahawa Dr Sagbo Diba adalah satu-satunya yang menyembuhkan penyakit ini, tidak membuang masa untuk menghubungi beliau seperti yang kita lakukan. Sekarang kita hidup dengan baik dan gembira semua terima kasih kepadanya.
E-mel ..... drsagbo6088@gmail.com
Whatsapp ...... + 2347019642881
betul ke ni?
Padampenyakit ini timbul sbb byk tukar pasangan ke??
BalasPadam