About Me

Apa Itu Ujian PISA dan TIMSS?

Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada tahun 2009. 

Apa Itu Ujian PISA dan TIMSS?

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka (open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 


Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.


 Video ini boleh membantu anda memahami apa itu Ujian PISA


Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland, Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)


Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar pengetahuan. Sumber


Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi mengatasi masalah ini. Sumber


1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM (Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.


3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan Matematik, Sains dan Membaca. 

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA
Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.


Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekiranya anda merasakan artikel ini dapat memahamkan orang lain juga mengenai Ujian PISA dan kaitannya dengan bakal sistem pendidikan negara kita, maka saya sangat mengesyorkan untuk anda kongsi artikel ini.  Terima kasih, semoga kita sama-sama mendapat manfaat!

Catat Ulasan

68 Ulasan

  1. Wonderfully written summary of what these test are about!

    BalasPadam
  2. Dipersilakan Cikgu Siti Mas Aida.. Mudah2an lebih ramai yang mendapat manfaat.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu, minta kebenaran cikgu untuk repost dalam blog sekolah kami.

      Padam
    2. Dipersilakan SK Nanga Ensiring.. ;)

      Padam
  3. Assalamualaikum , cikgu . Boleh tak kalau cikgu share contoh soalan PISA and TIMSS ? Puas saya cari tapi tak dpt .

    BalasPadam
  4. Waalaikumsalam... boleh ke website rasmi OECD yang buat PISA untuk dapatkan contoh2 soalan nya.. ;)

    BalasPadam
  5. cikgu bagaimana kalau tidak dapat menduduki ujian pisa ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak ada masalah.. ujian PISA ini berpilih.. tak semua orang akan duduki

      Padam
  6. how about if i fail ? im damn scared laa .

    BalasPadam
  7. well said! saya sudah share, terima kasih ye...saya terlambat jumpa blog ni, sungguh2 memberi inspirasi apabila membaca permohonan guru cemerlang (tarikh dah tutup pun), next year saya cuba mohon, tq3

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ cikgu MZZ.. InshaAllah mudah2an dipermudahkan semua urusan kita.. ;)

      Padam
  8. perghh,tadi buat sample ujian PISA kat laman web OECD.punyalah susah sampai mampu senyum.haha.kalau macamni punye soalan untuk esok punye exam PISA mahu tersengih jer depan kertas tu.harap2 boleh la skor tinggi dalam exam esok.Amin.tolong doakan kejayaan kami pada batch 99 pada esok hari.

    BalasPadam
  9. Saya nak soalan PISA dgn TIMSS . Cikgu Hilmi bleh tak bagi saya LINK soalan PISA dgn TIMSS . Saya lemah dlam ujian PISA dan TIMSS excpecially MATHS T_____T

    BalasPadam
  10. Tak nak faham PISA n TIMSS ni..banyak sangat perkara2 lain kene amik tau lagi walau kita kena buat juga bende2 ni..

    BalasPadam
  11. Usaha yang baik..
    Mohon kongsi ilmu..terima kasih..

    BalasPadam
  12. baru pergi taklimat pisa...risaunya klau sekolah sendiri terpilih

    BalasPadam
  13. Terkini dan menarik Syabas pendidik yang berwawasan. Mohon kebenaran untuk tumpang kongsi info. TK. Kumoksimida

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.. Dipersilakan.. Semoga jadi ilmu yang bermanfaat!

      Padam
  14. cikgu ujian ini sangat susah mcm mn nak lulus?saya tkt kalau saya fail...

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyakkan pembacaan di luar daripada yang kamu belajar di sekolah. luaskan horizon pemikiran anda.. kaitkan dengan pengalaman seharian.

      Padam
    2. Macam mana nak luaskan horizon pemikiran saya..dlm.masa yg singkat..???..banyak sangat nk study....

      Padam
    3. cuba sentiasa kaitkan sains dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.. banyakkan berfikir dan bertanya... ;)

      Padam
  15. huhu.sek sy terpilih utk duduki TIMSS.. T_T ..

    BalasPadam
  16. Terima kasih kongsi.. zaman ena dulu tak ada semua ni... ni baru tahu.. wahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer ainaa.. zaman sekarang nih dah macam2 ada.. cikgu pun sampai tak terkejar.. ;)

      Padam
  17. Perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih cikgu Hailmi.

    BalasPadam
  18. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  19. Maklumat dan penerangan yang amat berguna. Terima Kasih Cikgu Hailmi

    BalasPadam
  20. Sangat membantu.. mohon share ye cikgu...

    BalasPadam
  21. terima kasih di atas perkongsian ilmu ini..sangat banyak membantu...moga cikgu dimurahkn rezeki selalu..amiin...

    BalasPadam
  22. Terima kasih Cikgu Hailmi

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum. Maaf, saya ada satu soalan.
    Boleh tak Cikgu jelaskan apakah PIRLS?

    BalasPadam
  24. good sharing cikgu.. kadang2 cikgu2 sendiri pun tak ingat..hihi

    BalasPadam
  25. good sharing cikgu.. kadang2 cikgu2 sendiri pun tak ingat..hihi

    BalasPadam
  26. Boleh tak saya tahu bagaimana pelajar dipilih untuk ujian2 tadi. Adakah sekolah2 terpilih sahaja ataupun pelajar boleh volunteer untuk ujian2 tersebut.
    Setahu saya pelajar-pelajar dari finland dan shanghai yang terpilih untuk ujian2 tersebut diberi bimbingan khas sebelum mengambil ujian dan sebenarnya ujian2 ini bukanlah pengukur sebenar kebolehan pelajar kerana samplingnya begitu kecil jika dibandingkan dengan jumlah pelajar keseluruhannya

    BalasPadam
  27. Pelajar-pelajar kat Shanghai tu jawab TIMMS dan PISA dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda?

    BalasPadam
  28. salam cikgu, nak tanya standard prestasi antarabangsa ni pisa dan timms ka? dan kurikulum pendidikan negara ni maksudnya kssr dan kssm?

    BalasPadam
  29. INFO YANG SANGAT BERGUNA DAN BERMANFAAT. TERIMA KASIH CIKGU ATAS PERKONGSIAN ILMU INI.. MOHON KONGSI

    BalasPadam
  30. salam,cikgu.bagaimana saya boleh mengetahui senarai sekolah yang terlibat dalam timss?

    BalasPadam
  31. salam cikgu mcm mne nk jawap soalan pisa nii??

    BalasPadam
  32. saya jawab soalan pisa ni time form 2... dan soalannya sgt susah utk difahami... saya pun x boleh jawab bnyk time tu...

    BalasPadam
  33. titew orang lhaa >_19 Jun 2017 pada 11:27 PG

    paham elokokkkkkk

    BalasPadam
  34. sekolah saya dipilih. SMK Kampung Raja, Cameron Highlands. tahun ni. Doakan kami ya. banyak kerja kena buat....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yang ditunggu dan dinanti akhirnya terpilih juga.

      Padam
  35. Salam tahun lepas saya terpilih sebagai salah seorang pelajar sekolah saya yang terlibat ujian pisa ni, saya nak tanya keputusan ujian ni dapat diketahui atau tak? Kalau ya macam mana ya

    BalasPadam
  36. Pergi kedai beli tahu ..... Stinggg aku yahuuu

    BalasPadam
  37. aspirasi kepada pelajar untuk lima tahun akan datang?

    BalasPadam
  38. Thanks for sharing this amazing article with us.

    BalasPadam
  39. Very best plus Most affordable Jabodetabek Confidential Lessons, all of our staff members plus instructors occur to your dwelling, arranged your study program which enable it to decide on virtually any discipline with examine ... click https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-penjaringan.html for more information

    BalasPadam
  40. Jabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. A lot more than hundreds of active tutors will be ready to teach various skills and lessons for the children to adults ... click https://privatmurah.vercel.app/les-privat-pasar-rebo-murah.html for more information

    BalasPadam
  41. You could possibly will see a cheaper fee compared to the table above, be certain again concerning the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended for you ... for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/06/les-privat-biologi-di-koja-terdekat.html

    BalasPadam
  42. Join our esteemed language you are studying course at Executive-Education.id and attempt a linguistic adventure of a lifetime. Immerse yourself inside richness of the target language, guided by expert instructors who view the nuances and intricacies of effective language acquisition. Whether you're a beginner or a semi-pro learner, our tailored curriculum will empower anyone to navigate diverse cultures with finesse and flair. Tap https://kursus-rusia.github.io/kursus-bahasa-rusia-gading-serpong.html for further.

    BalasPadam
  43. Excellent article. It is Very interesting to read. I really love to read such a nice article. Thanks! keep rocking.

    BalasPadam