- Loji Penapis Minyak Port Dickson, Negeri Sembilan.
- Loji Penapis Minyak Lutong , Sarawak.
- Loji Penapis Minyak Esso Port Dickson , Negeri Sembilan
- Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh , Terengganu
1. Loji Penapis Minyak Port Dickson, Negeri Sembilan
Loji ini dibina oleh syarikat antarabangsa Shell pada tahun 1963 dengan keupayaan 90,000 t/h. Mengeluarkan minyak kenderaan prima dan biasa, minyak untuk kapal terbang, minyak tanah , diesel/ minyak gas, minyak bahanapi, bitumen, GPC dan minyak pelincir.
2. Loji Penapis Minyak Lutong, Sarawak
Loji ini dibina oleh syarikat Shell pada tahun 1917 di Lutong, Sarawak. Keupayaan 45,000 t/h. Merngeluarkan minyak kenderaan jenis prima dan biasa, minyak tanah, diesel / minyak gas, minyak bahanapi.
3. Loji Penapis Minyak Esso Port Dickson, Negeri Sembilan
Loji ini dibina oleh Esso pada tahun 1963 di Port Dickson , Negeri Sembilan dengan keupayaan 42,000 t/h. Mengeluarkan minyak kenderaan jenis prima dan biasa, minyak tanah, minyak untuk kapal terbang, minyak bahanapi, GPC , asfalt dan ammonia.
4. Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh, Terengganu
Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibuka secara rasmi pada 3 Oktober 1983. Terletak di pantai Paka, Dungun di negeri Terengganu.
Loji Penapis Minyak Terenganu telah dilancarkan pada 9 Mac 1983. Pada bulan April 1984, bahan keluaran pertama iaitu nafta, telah dieksport ke Jepun.
Loji Penapis Minyak Terengganu adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia. Ia dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
Kompleks Loji Penapis Minyak Terengganu ini dibina dengan belanja RM260 juta. Kemudahan-kemudahan yang disedikana adalah unit perolehan semula dan loji pengisian untuk gas petroleum cecair (GPC), kemudahan marin, loji janakuasa dan kemudahan pengedaran bahan-bahan keluaran. Fungsi utama Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah untuk menapis minyak mentah menjadi bahan-bahan keluaran untuk diedarkan ke pasaran. Selain dari itu Loji Penapis Minyak Terengganu ini juga memberi bekalan kuasa kepada projek-projek petroleum lain yang berhampiran.
Pembinaan Loji Penapis Minyak Terengganu ini adalah amat penting bagi industri petroleum di Malaysia. Ia juga penting dalam membantu pembangunan kawasan setempat kerana dengan terbinanya Loji Penapis Minyak Terengganu ini, kemudahan-kemudahan lain dapat disediakan seperti pelabuhan, lapangan terbang, perumahan dan pembangunan masyarakat.
Lebih lanjut di : http://ms.wikipedia.org/wiki/Loji_Penapis_Minyak_Terengganu
10 Ulasan
wah kaji selidik perkara baru :)
BalasPadambaru aku tahu kat PD ada loji penapis minyak....thanks for sharing this kind of good things.
BalasPadamselama ni ingat ade kat tganu dan sarawak je..
BalasPadamtu bukan petronas punya
Padamsekarang ada kajian membuktikan pahang mempunyai sumber petroleum
BalasPadamyalah cikgu aq pun ade cakap
Padamkat melaka pun ade
Padamkt pahang kt ane erk
PadamKelantan ade minyak n gas. xnk buat loji penapisan plk?
BalasPadamroyalti kelantan bila bn nak kasi? oops
BalasPadam