2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai Guru Cemerlang di sekolah dan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB), Kolej Vokasional (KV), Kolej Matrikulasi (KM) dan English Language Teaching Centre (ELTC) secara Khas Untuk Penyandang (KUP) di Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 2014.
3. Sehubungan itu, pemangkuan gred yang ditawarkan adalah seperti berikut:
PPP
|
Gred Ditawarkan
|
Guru Sekolah/ KV | Gred Khas C, DG54, DG52, DG48, DG44, DGA34 & DGA32 |
Pensyarah IPG | Gred Khas C, DG54, DG52 & DG48 |
Pensyarah IAB / KM/ ELTC |
Gred Khas C, DG54, DG52, DG48 & DG44 |
4. Calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.
4.1 Syarat-Syarat Umum
4.1.1 Disahkan dalam perkhidmatan;
4.1.2 Dinaikkan pangkat ke gred semasa. Hanya calon yang telah disahkan jawatan sahaja layak memohon;
4.1.3 Markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) sekurang-kurangnya 85% untuk setiap tahun bagi tahun 2011, 2012 dan 2013;
4.1.4 Bebas daripada tindakan tatatertib (rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009);
4.1.5 Mendapat kelulusan laporan pengisytiharan harta pada atau selepas 25 April 2009;
4.1.6 Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
4.1.7 Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan;
4.1.8 Diperaku oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar).
4.2 Syarat-syarat Khusus
4.2.1 Syarat-syarat khusus permohonan urusan pemangkuan bagi Guru/ Pensyarah Cemerlang adalah seperti di Lampiran A1 - PPPLD, Lampiran A2 - PPPS Sekolah Rendah, Lampiran A3 - PPPS, Lampiran A4 - ExPPPLD dan Lampiran A5 - IPG.
5.1 Calon dari sekolah, IAB, KV, KM dan ELTC yang memohon atau
yang dicalonkan untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini
hendaklah mengisi Borang Permohonan Guru Cemerlang/ Pensyarah Cemerlang JNJK/PKIP/36/11 seperti di Lampiran B1.
5.2 Calon dari IPG yang memohon atau yang dicalonkan untuk dipertimbangkan dalam urusan pemangkuan ini hendaklah mengisi Borang Permohonan Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru JNJK/PKIP/53/11 (03-00) seperti di Lampiran B2.
- Calon perlu mengemukakan satu (1) salinan dokumen sokongan yang telah disahkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah Institusi/ Pengetua/ Guru Besar):
- Kad Pengenalan;
- Surat pelantikan pertama skim perkhidmatan pendidikan ke Gred DGA29 dan/atau DG41 atau setara;
- Surat Pengesahan Jawatan ke Gred DGA29 dan/atau DG41 atau setara;
- Surat kenaikan pangkat ke Gred DGA32/ DG44/ DG48/ DG52/ DG54 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan (LKPPP);
- Sijil kelulusan akademik;
- Sijil kelulusan ikhtisas;
- Kenyataan oleh Ketua Jabatan (seperti di Lampiran C);
- Kenyataan Perkhidmatan terkini;
- Surat Akuan Pinjaman Pendidikan Institusi/ Tabung Pendidikan (seperti di Lampiran D);
- Borang Tapisan Keutuhan SPRM terkini (seperti di Lampiran T1);
- Surat Kelulusan Pengisytiharan Harta;
- Jadual Waktu Mengajar (bagi tahun 2011, 2012, 2013 dan 2014); dan
- Sijil, surat penghargaan dan lain-lain dokumen sokongan.
6.1 Calon dari sekolah, IAB, KV, KM dan ELTC hendaklah
mengemukakan permohonan melalui Guru Besar, Pengetua dan Pengarah
Institusi masing-masing. Guru Besar dan Pengetua hendaklah mengemukakan permohonan yang memenuhi syarat kepada Ketua Nazir, JNJK, Putrajaya. Pengarah Institusi hendaklah menghantar permohonan yang memenuhi syarat kepada Pengarah Bahagian masing-masing untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
6.2 Calon dari IPG hendaklah mengemukakan permohonan melalui
Pengarah IPG Kampus masing-masing. Pengarah IPG Kampus hendaklah
menghantar permohonan yang memenuhi syarat kepada Rektor untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
6.3 Calon dari Sekolah Dalam Hospital hendaklah mengemukakan
permohonan mereka melalui Pengarah Bahagian Pendidikan Khas untuk
dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
6.4 Calon yang mengisi jawatan Kader Kementerian Pendidikan
Malaysia hendaklah mengemukakan permohonan mereka melalui Ketua Jabatan
masing-masing untuk dipanjangkan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya.
6.5 Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat, 25 April 2014.
- Calon yang memenuhi syarat dan disenarai pendek sahaja akan dinilai. Hanya calon yang telah dinilai dan berjaya akan dimaklumkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Keputusan penilaian adalah muktamad.
- Sebarang pertanyaan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini bolehlah dirujuk kepada pegawai-pegawai dari Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Putrajaya seperti yang tertera di bawah:
8.2 Encik Zulkifli bin Nordin - 03-8884 4490
8.3 Encik Abd. Aziz bin Ahmad - 03-8884 4249
8.4 Puan Rosliza binti Rosli - 03-8884 4262
Panduan Memohon Guru Cemerlang
Fasa 1 : Fasa Mengisi Borang Permohonan
Fasa 2 : Tips Dokumentasi / Filing
Fasa 3 : Rancangan Mengajar Terbaik
Fasa 4 : Tips Menghadapi Nazir Hari Pemantauan
Semoga membantu! Jika perlukan sebarang pertanyaan atau perbincangan dan perkongsian boleh terus pm saya di facebook, https://www.facebook.com/pages/CiKGUHAiLMi/438679962853223?sk=messages_inbox . InshaAllah, mana yang saya dapat tolong, saya akan cuba usahakan.. ;)
69 Ulasan
Terima kasih cikgu. Banyak membantu saya
BalasPadamTerima kasih juga cikgu sebab jadikan blog saya sebagai rujukan.. ;)
BalasPadamsalam cg
Padambilakah keputusan guru cemerlang 2014 akan diumumkan
Thanks for compiling a guide. I'll refer to it as I prepare my application! =)
BalasPadamyeah! at last... call me at anytime bro if you got anything to ask..
BalasPadamgood luck! ;)
T kasih atas maklumat ini. Isteri saya akan memohon. Skg dia DG44
BalasPadamTerima kasih atas maklumat ini sangat membantu...saya akan cuba memohon GC DG48
BalasPadamMudah2an semoga usaha guru-guru dipermudahkan.. ;)
BalasPadamTerima kasih banyak2...
BalasPadamaslm..terimakasih atas makluman yang bermanfaat yang diberikan..
BalasPadamsalam.. semoga berjaya yer kalau memohon
BalasPadamTahniah dan terima kasih kepada cikgu Hailmi yang telah membina blog ini. ia amat bermanfaat untuk guru-guru yang ingin momohon gc.
BalasPadamTerima kasih.. sekadar perkongsian.. mudah2an membantu .. ;)
PadamSYABAS DAN TAHNIAH. PERKONGSIAN YANG BERMANFAAT. TERUSKAN USAHA SEDEKAH JARIAH INI SANGAT BAIK.... DINILAI OLEH ALLAH
BalasPadamTerima kasih.. Sekadar perkongsian.. INshaAllah.. mudah2an.. ;)
PadamSalam. GB saya rekomen saya untuk memohon GC ini. Masih dalam pertimbangan sbb saya berhasrat nak bersara awal. Lagipun salah satu syarat mesti ada DG44. Sy masih lagi DG41, xmemenuhi syarat rasanya.
BalasPadamSalam.. Syarat untuk memohon GC tak perlu DG44 cikgu.. dengan DG41, cikgu boleh mohon GC DG44, dengan syarat sudah servis dalam 41 sekurang2nya 5 tahun, dengan 3 tahun pengalaman mengajar subjek yang dipohon..
PadamCuba saja cikgu.. mana tau ada rezeki.. Semoga berjaya saya ucapkan.. ;)
Assalamualaikum,, saya dg44 mulai 7.1.2012... ingin mohon GC dg48 ... ada syarat dg 44 selama 3 tahun atau tiada ?
BalasPadamWaalaikumsalam Cikgu Junaidi.. setahu saya memang tak ada syarat 3 tahun berkhidmat dalam 44.. Syarat disahkan dalam jawatan semasa.. selamat mencuba yer
PadamTerima kasih...tengah isi borang ni... Doakan agar dipermudahkan..
PadamAlhamdulillah.. mudah2an dipermudahkanNya..
PadamSemoga berjaya yer cikgu Junaidi!
salam cg junaidi & Hailmi. Boleh tak emailkan saya borang GC...format asal dlm Aerobat. Saya x bole editlah. emaikan pada lia_cartiqa02@yahoo.com. Segala jasa baik cg amat dihargai
PadamCg....sy betminat nak apply GC ni...tp syarat2 x layak kot...sy maduk ppd sbg fasilinus literadi(bm) pd 2011..2012 n jun 2013. Julai 2013 sy masuk ke srkolah di sk bidor. So x blh ke nak apply gc bm? Tetputus 3 thn..xde jadual waktu...(jadual ada 2013 n 2014) !! So camne cg...sy berminat nak apply ni...la sy dg44 dah 47 thn opdyen peng melayu..service 22 thn..tk cg...
BalasPadamSalam cikgu Zainab.. saya cadangkan cikgu cuba saja memohon, mana tahu ada rezeki dan dipertimbangkan tempoh berkhidmat di ppd.. InshaAllah
PadamMudah2an urusan dipermudahkan Allah
Salam Cikgu Hailmi...
BalasPadamTerima kasih atas perkongsiannya...sangat membantu...Saya dilantik GC44 pada 7.1.12...saya bolehkah memohon kerana baru masuk tahun ketiga.Penilaian 3 tahun saya dikira dari 2011-2013 atau 2012-2014? mohon pencerahan....tk
Salam Cikgu Hanom.. terima kasih... ;)
PadamTak ada maslaah nak memohon sebab tak ada syarat perlu mengajar lebih 3 tahun dalam gred 44. Jika cikgu memohon kali ini, penilain 3 tahun adalah 2011-2013.. 2014 adalah tahun semasa
Assalamualaikum... saya gc 44sejak tahun 2011.. adakah saya layak memohon? Btw saya dah hantar application... harap2 layak lah utk pertimbangan.. cuma saya ni ajar sekolah rendah je
BalasPadamSalam cikgu Azman.. boleh.. tak ada syarat kena mengajar 3 tahun bagi dg44.. inshaAllah saya doakan cikgu berjaya!
Padamsek ren ke menengah ke sama saja cikgu.. ;)
minta pencerahan rakan2 disini, bagaimana status guru cemerlang dg44 yg telah dinaikkan pangkat secara time base ke gred dg48, masih lagi dgn guru cemerlang atau guru biasa time base 48.
BalasPadamSalam cikgu Hailmi, saya br mohon gcdg48 bulan Mac hr tu. Saya dpt tahu sudah ramai kwn2 dicerap mulai 23.06.2014 lg. Tapi sehingga kini saya belum terima panggilan tel.drpd mana2 nazir. Adakah ini bemakna prmohonan saya kali ini gagal?. Buat pengetahuan, saya tlh dilantik ke GCdg44(Sek. rendah) pada 14.02.2013 dah telah menerima surat pengesahan dg44 tersebut . Mohon pencerahan
BalasPadamSalam cikgu Yusra. Memang betul guru2 yang layak telah dicerap, dan khabarnya akan berakhir pada 19 Julai ini. Banyak yang saya dengar daripada rakan guru lain, termasuklah tempoh perkhidmatan dalam gred semasa sekurang2nya 3 tahun, baru berjaya dicerap. Malah ada juga yang saya terbaca daripada group Facebook, DG48 bagi SR langsung tidak dicerap kerana tiada kuota. Tetapi saya percaya, mungkin kali ini belum ada rezeki kot. Guru Malaysia sekarang nih ramai yang hebat2 dan layak. Mungkin pertimbangan akan diutamakan kepada guru yang lebih senior. Cuba lagi yer cikgu.. ;)
Padamhi cikgu! baru-baru ini saya telah dicerap oleh nazir gc 48! bila keputusan akan keluar? semasa nazir cerap, banyak gambar diambil sebagai bukti? adakah ini peluang cerah ?
BalasPadamTahniah sebab dicerap. Keputusan bergantung kepada Nazir dan bahagian Naik Pangkat.. tapi saya rasa mungkin Mac atau April tahun depan baru tahu keputusan.. macam saya dulu.
PadamMengenai soalan gambar diambil sebagai bukti, itu adalah menjadi evidens kepada Nazir. Samada itu petanda baik, tak dapat saya nak maklumkan. Ada banyak lagi perkara yang boleh menjadi penentu kepada kejayaan dan kegagalan memohon GC.
Apa pun saya ucapkan Semoga Berjaya!
HI, cikgu. Saya ingin tahu kuota Guru Cemerlang DG41 ke DG44 Sek Ren banyakkah?
BalasPadamtak pasti pulak hal tu. Nazir tak kluarkan bilangan kuota terkini
PadamSalam Cikgu Hailmi saya mohon pencerahan bagaimana status guru cemerlang dg44 yang telah dinaikkanpangkat secara time base dg48 . Adakah saya masih lagi gc atau sudah gugur sebagai gc menjadi guru biasa DG48. (Semasa saya dicerap nazir tahun 2012 saya baru d naik pangkat time base dg48)
BalasPadamsalam cikgu.. setakat yang saya difahamkan, seorang GC yang dinaikpangkat secara timebased akan hilang laluan GC tersebut, dan kembali ke laluan timebased.. so, jika nak ke laluan GC semula, cikgu perlu pohon GC DG52. Tapi untuk kepastian lebih baik cikgu rujuk dengan Unit Naik Pangkat. terima kasih cikgu. harap dapat membantu
PadamAslmklm Cikgu.....
PadamSyabas kerna web tuan byk membantu bakal2 GC
Salam cikgu Abdul Wahab Khalid.. Terima kasih.. sekadar berkongsi pengalaman dan pengetahuan sahaja.. Kalau ada yang dapat manfaat, alhamdulillah.. ;)
PadamAssalamualaikum bila permohonan GC 2015 akan diiklankan?
BalasPadamWaalaikumsalam .. selalunya iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac / April macam tu setiap tahun..
Padamsalam..
Padamsaya adalah salah seorang yang memohon GC pada tahun 2014 dan telah dipantau oleh jemaah nazir pada bulan 7 2014.... persoalannya, bilakah keputusan GC 2014 akan dikeluarkan sbb sy tertanya2... adakah sya gagal atau sebaliknya?
BalasPadamKalau pada masa saya dulu, keputusan saya dapat pada bulan April tahun seterusnya..
PadamUntuk tahun nih tak pasti plak.. kalau ada maklumat nanti saya kongsikan
salam sejahtera Cikgu Hailmi. Saya Cikgu Ooi. bolehkah cikgu beritahu saya bilakah permohonan guru cemerlang DG44 ke DG48 untuk tahun 2015?
BalasPadamSalam sejahtera cikgu Ooi.. saya tak pasti plak bila keluar iklannya.. tapi kalau ada nanti saya hebahkan melalui blog ini.. TQ
Padamassalamualaikum wbt.....saya turut dinilai pada tahun lepas semasa Ramadhan..seandainya berjaya akan dimaklumkan pada April 2015....
BalasPadamSaya sudah membuat panggilan dengan pegawai di Bahagian Sumber Manusia tentang keputusan Guru Cemerlang 2014.
BalasPadamDukacita. Nama saya tiada dalam senarai. Kuota tahun lepas untuk Sek. Ren. DG44 KUP amatlah sedikit sahaja.
cikgu , saya nak tanya. jika saya dg44, nak apply gc..kena berkhidmat 4 tahun dlm dg44 baru boleh apply gc ke?
BalasPadamsalam..sy cgu azran..sy dilantik gc pada 29.11.2011.bolehkah gc berada di pentadbiran/pengurusan jika seseorang itu berminat untuk menukar laluannya
BalasPadamSalam..adakah guru2 yg dicerap tahun lepas sudah menerima surat perlantikan guru cemerlang...saya dicerap pada 23.6 2014.
BalasPadamTuan/puan keputusan permohonan GC 2014 boleh diketahui selepas 1 mei 2015 melalui JPN masing-masing, atau tunggu surat tawaran yang di hantar. Maklumat menurut puan Badriah BSM KPM
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamCikgu...saya mohon perkongsian. Saya GC 44.
BalasPadamSaya mendapat maklumat daripada guru data di sekolah menyatakan bahawa sekiranya saya tidak memohon GC 48 sebelum 'time base'...maka jawatan GC saya akan digugurkan....Betul ke?
Masalahnya...bagaimana nak mohon jika tiada surat siaran? Mohon respon guru cemerlang yang lebih berpengalaman.
Terima kasih.
Setakat dalam pengetahuan saya, memang betul macam yang dimaklumkan. GC yang tak memohon kenaikan melalui laluan cemerlang akan kembali ke laluan Time Based selepas 8 tahun. Bermakna cikgu bukan lagi GC.
PadamTahun nih jugak iklan GC belum keluar. Tahun lepas bulan Mac dah keluar. Aneh sket kenapa tahun nih lambat sket. Semoga berjaya cikgu!
assalam dan selamat pagi.....saya ingin bertanya jika ada mana-mana rakan guru telah mengetahui status permohonan GC 2014...mohon share...
BalasPadamKeputusan GC sudah keluar dan surat tawaran pemangkuan sudah dihantar ke JPN masing - masing...cuba check dgn unit naik pangkat JPN anda....JPN Perak sudah sampai...
BalasPadamTerima kasih untuk info daripada cikgu.. selamat berjaya untuk guru2 yang memohon pada tahun lepas.
PadamSaya gagal mendapat GC tahun lepas. Dengar kata permohonan GC tahun lepas adalah sangat susah. Betulnye?
BalasPadamSaya setuju dengan cikgu. Ramai yang gagal dalam permohonan kerana mungkin kuota penjawatan sudah penuh.. Takpe cikgu, cuba lagi .. inshaAllah mana tahu lepas nih ada rezeki..
PadamSalam cikgu.... terima kasih kerana banyak membantu..alhamdulillah...saya berjaya dalam permohonan gc 48....saya dari 44 time base,baru 3 tahun...semasa dicerap...
BalasPadamApa yang boleh dikongsi ialah, diberitahu oleh nazir,kpm mahukan cg yang bukan sekadar boleh mengajar....tatapi menyumbang sesuatu untuk sekolah...
Terima kasih cikgu Hailmi..blog ini sangat membantu saya. Alhamdulillah saya telah berjaya dlm permohonan GC DG 48.
BalasPadamSalam...siapa ada makluman tentang surat siaran dan borang permohonan gc tahun ni?
BalasPadamdah hujung tahun...rasanya tiada surat siaran untuk permohonan gc tahun ini..
BalasPadamPermohonan Guru Cemerlang 2016 telah dibuka mulai 01.07.2016 - 07.08.2016. Layari Laman Web KPM.
BalasPadamsaya telah dpt time base dg48..dan pada akhir 2016 saya dipantau oleh jemaah nazir utk gcdg48..bilakah keputusan gcdg48 saya itu.
BalasPadamsemoga mendapat doa dari rakan2
Padamsekiranya saya berjaya dpt gcdg48..bilakah saya boleh mohon untuk gcdg52
BalasPadam