Pada hari Rabu yang lalu telah berlangsung satu pertandingan kawad kaki antara unit beruniform bagi peringkat sekolah saya. Pertandingan ini adalah acara tahunan bagi aktiviti unit beruniform, selain daripada aktiviti perkhemahan pada awal tahun. Lebih menarik, sebab pada tahun ini, Kadet Pertahanan Awam (KAPA) telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan pertandingan ini.
Kebiasaannya, pertandingan ini diadakan pada bulan Ogos / September setiap tahun. Namun disebabkan ada aktiviti lain yang akan berlangsung pada bulan tersebut, maka pertandingan ini diselesaikan lebih awal daripada biasa.
Pertandingan disertai oleh 7 unit beruniform yang ada di sekolah saya, iaitu
1) Kadet Bomba
2) Kadet Polis
3) Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM)
4) Kadet Pertahanan Awam (KAPA)
5) Kadet Remaja Sekolah (KRS)
6) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
7) Pandu Puteri
Hanya pasukan Pengakap sahaja yang tidak menghantar penyertaan pada tahun ini kerana tidak mempunyai bilangan peserta yang mencukupi.
Ketua Guru Penyelaras KAPA pada tahun ini adalah Cikgu Wan Ida Soffyani. Manakala guru penyelaras KAPA yang lain adalah Cikgu Tuan Asmadi, Cikgu Stephen Wong, Cikgu Khairul Ashaari, Cikgu Baida, CIkgu Helen, Cikgu Chua dan saya sendiri.
Seperti biasa juga saya dilantik sebagai Jurulatih Kawad Kaki bagi pasukan KAPA. Jurulatih separa masak. Hu3.. Tapi, inshaAllah saya cuba usahakan yang terbaik bagi melatih ahli kadet untuk mampu berkawad sehebat pasukan lain. Sekadar rekod, pada Pertandingan Kawad Kaki tahun lepas, KAPA mendapat Naib Johan.
Untuk tahun ini, KAPA telah berjaya meraih tempat Ketiga. Johan disandang oleh PKBM dan tempat Kedua oleh pasukan Bomba. Walaupun berada pada tempat Ketiga, namun Skuad Leader bagi pasukan KAPA, iaitu Alice Isa telah berjaya merangkul gelaran Ketua Platun Terbaik. Ini juga membuktikan bahawa perempuan juga layak dipilih sebagai Ketua Platun jika melakukan yang terbaik ketika berada di pentas kawad.
Jom tengok sket beberapa aksi dan gambar kenangan pada hari pertandingan tersebut.
Semoga dengan adanya pertandingan kawad kaki sebegini, mampu untuk memeriahkan lagi aktiviti unit beruniform di sekolah. Pembentukan disiplin dan kemahiran mendengar arahan, boleh dipupuk dengan baik dengan pelaksanaan aktiviti seperti ini. Jom kita berkawad!
- HOME
- SAINS KSSM
- _SAINS T1
- _SAINS T2
- _SAINS T3
- _SAINS T4
- _SAINS T5
- IDEA SAINS KREATIF
- PEMBELAJARAN ABAD KE-21
- STEM
- _PANDUAN
- GURU CEMERLANG
- __1: BORANG
- __2: FILING
- __3: PDPC
- __4: NAZIR
- _REFLEKSI
- __REFLEKSI 2013
- __REFLEKSI 2014
- __REFLEKSI 2015
- __REFLEKSI 2016
- __REFLEKSI 2017
- __REFLEKSI 2018
- __REFLEKSI 2019
- GURU GLOBAL
- _80 HARI DI KOREA
- _STELR STEM BANDUNG
- _GURU NASA @USA
- _KI HAJAR DEWANTARA
- _CERN @GENEVA
- CIKGU HAILMI
0 Ulasan