Ini adalah kali kedua saya dan pasukan sekolah saya mengikuti kem yang sebegini. Kali pertama adalah pada tahun 2012, dan kali kedua adalah pada tahun ini. Sangat banyak perkara yang berkaitan dengan pembikinan filem dapat dipelajari. Daripada konsep asas iaitu penyediaan skrip dan storyboard, sehingga lah kepada peringkat akhir sekali iaitu editing.
Untuk Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014, saya telah memilih 1 pasukan yang terdiri daripada kumpulan pelajar tingkatan 2 dan 3. Mereka adalah Charry Fressly, Esther Maxcuel, Lillian Tan May Fern dan Roderick Renggie. Pelajar-pelajar ini adalah kumpulan pelapis yang juga aktif turut serta dalam pembikinan video di sekolah saya. Maka pendedahan secara formal sebegini adalah sesuatu yang sangat baik untuk mereka.
1 Jun iaitu semalam, maka berangkatlah kami ke Cyberjaya. Penerbangan dari Sibu pada jam 10 pagi dan tiba di KLIA2 pada jam 12 tengahari. Teruja juga melihat KLIA2 yang baru digunakan bagi menggantikan LCCT. Lebih selesa, lebih nampak mahal, tetapi jauh sangat nak berjalan kaki. Komen standard untuk semua yang dah berkunjung ke KLIA2.
Dari KLIA2, kami bergerak ke Shaftbury Residence di Cyberjaya. Shaftbury Residence ini terletak berhampiran dengan bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan kerapkali juga program yang berkaitan dengan SKMM diadakan di sini.
Disebabkan tiba lebih awal pada jam 1 petang, maka kami adalah kumpulan ketiga yang tiba selepas pasukan Negeri Sembilan dan Pulau Pinang. Terus check in dan meninjau-ninjau bilik semua pelajar saya sementara nak menunggu masa pendaftaran iaitu pada jam 2.30 petang.
Bilik yang disediakan untuk pelajar dan guru memanglah sangat selesa. Semasa pada tahun 2012, 1 bilik dikongsikan oleh hampir 8 orang. Tetapi kali ini 1 bilik hanya dikongsi oleh 2 orang pelajar. Best kan? Manakala bilik untuk guru pula dikhaskan 1 bilik untuk seorang guru. Lagi best kan? ;)
Kemudian kami turun semula ke lobi bagi sesi pendaftaran. Rakan-rakan SKMM, seperti En. Taher, Anne, Naimah, Fatin sudah bersiap dengan pendaftaran. Pelajar diberikan beg galas yang berisi fail #KAMERA2014, baju rasmi #KAMERA2014 dan peralatan menulis. Guru juga dibekalkan dengan beg yang berisi benda yang sama.
Aktiviti selepas pendaftaran adalah aktiviti bebas. Disebabkan sudah membeli semua perkakasan dan peralatan peribadi, maka pelajar-pelajar saya ambil keputusan untuk berehat di bilik masing-masing sementara menunggu makan malam pada jam 7.
Pada jam 7 petang, aktiviti makan malam pun bermula. Di sini saya berjumpa dengan lebih ramai guru pengiring yang mewakili negeri masing-masing termasuk beberapa orang guru yang saya sudah kenali semasa Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2013. Kami terus tunggu di bilik yang digunakan sepanjang #KAMERA2014 sementara menunggu sesi ice breaking yang dijadualkan pada jam 8 malam.
Sesi ice-breaking dikendalikan oleh abang-abang dan kakak-kakak fasilitator dari ASWARA, diketuai oleh Abang Syamir. Kreatif dan memang sempoi mereka nih. Budak seni lah katakan. Jadi malam perkenalan berlangsung dengan meriah dan gelak ketawa. Lebih menarik sebab cikgu-cikgu pun tumpang join sekaki.
Pelajar dibentuk kepada 10 kumpulan, dengan setiap ahli kumpulan terdiri daripada gabungan dari pelbagai negeri dan diketuai oleh seorang fasilitator. Kemudian mula saling berkenalan antara satu sama lain.
Sesi diteruskan dengan permainan bentuk, di mana setiap kumpulan perlu mempertahankan bentuk yang dipilih, sama ada bentuk hati, bentuk bintang, bentuk diamond atau bentuk bulat. Pelajar perlu sekreatifnya memberikan hujah mengenai kenapa mereka memilih bentuk tersebut. Di akhir permainan, ini adalah bagi tujuan menunjukkan bahawa idea dan hujah takkan pernah habis. Jadi, pelajar perlu ada kerjasama berpasukan untuk bersama-sama memikirkan idea.
Permainan yang terakhir adalah permainan sepanjang zaman yang paling havoc, iaitu Goreng Pisang! Memang happening. Kemudian, sesi tamat pada jam 10 malam dan pelajar diarahkan ke bilik masing-masing sebaik saja selesai minum malam.
Jom teruskan bacaan dengan aktiviti kami pada hari kedua! ;)
6 Ulasan
Bila sy boleh join ni. Hehehe. :P
BalasPadambestnya... :) sekolah ape wakil perak?
BalasPadammemang best!.. wakil Perak, SMK Rapat Setia, ipoh
Padamambil lah gambar bilik peserta cikgu hailmi
BalasPadamaktiviti yang bagus macam ni memang patut lebih kerap diadakan..
BalasPadamtak sabar nak baca hari kedua hingga kelima punya
BalasPadam