About Me

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 : Hari 3

Selepas seharian berbengkel di ASWARA dan menerima bimbingan terus daripada para pengarah yang hebat, maka pada hari ini, para peserta memulakan sesi shooting. Sesi awal pagi dimulakan dengan sedikit penerangan ringkas mengenai penggunaan kamera yang akan digunakan, iaitu Sony DX3 oleh abang fasi Syafik.

penerangan ringkas mengenai penggunaan kamera yang akan digunakan, iaitu Sony DX3 oleh abang fasi Syafik

Yang bagusnya, sebab penerangan menggunakan kamera tersebut dibuat dari satu kumpulan ke satu kumpulan. Walaupun mengambil masa yang lebih panjang untuk bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan, namun masa menunggu dapat digunakan untuk memperbaiki dan memperkemaskan skrip filem pendek yang bakal dirakamkan. Encik Taher dari SKMM pun tak lokek nak memberikan bimbingan camana nak hasilkan filem yang berkualiti.


Encik Taher dari SKMM pun tak lokek nak memberikan bimbingan camana nak hasilkan filem yang berkualiti

Maka bergeraklah kumpulan yang dah siap di'briefing'kan tadi mengikut fasi masing-masing. Ada yang paling shooting sekitar Shaftbury Residence, ada juga yang pilih untuk shooting dalam bilik sahaja. Namun segalanya dah dirancang dan diatur dengan teliti bersama para fasilitator. 

shooting sekitar Shaftbury Residence

Terbaiknya, masa berlangsungnya sesi shooting ini juga, para fasilitator abang-abang dan kakak-kakak ASWARA nih langsung tak lokek nak berkongsi ilmu mereka dengan para peserta. Ilmu mahal sebab dapat dari pembelajaran dan pengalaman diorang terlibat langsung dengan industri seni. Cikgu pun dapat input berguna!

fasilitator abang-abang dan kakak-kakak ASWARA nih langsung tak lokek nak berkongsi ilmu mereka dengan para peserta

Lebih selesa jika dibiarkan peserta menggunakan kreativiti mereka sepanjang berlangsungnya proses ini. Walaupun belum tahu hasil pelajar macam mana, tapi saya percaya peserta memerlukan proses pembelajaran sebegini tanpa campurtangan guru. Baru keluar idea kreatif mereka tu. Maka saya serahkan 100% perjalanan proses shooting kepada para fasi yang jauh lebih berpengalaman.

Bengkel Suntingan (editing)

Dalam masa yang sama juga ada diadakan Bengkel Suntingan (editing). Bagi kumpulan yang dah siap shooting, boleh terus buat editing, sambil dibantu oleh para fasi. Menggunakan software Premier Pro (Mac), ada kalangan peserta yang dah biasa gunakan, dan ada juga yang baru-baru belajar nak cuba gunakan.

Sesi shooting dan editing ini berlangsung hingga ke malam. Boleh tengok kemeriahan mereka dalam video di bawah.




Seharian di ASWARA semalam. Hari ini seharian di Shaftbury Residence. So, apa cerita esoknya? Jom kita teruskan baca aktiviti pada Hari Keempat pulak.


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. CIkgu Hailmi, software Premier Pro boleh digunakan di laptop Windows tak?

    BalasPadam