About Me

Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 : Hari 4

Semalam seharian sesi shooting dan editing di Shaftbury Residence, maka hari nih memang best! Sebabnya dapat jalan-jalan pegi ke RTM, ASTRO, KRU Studio, dan Media Prima. Yeay! Memang teruja sangat nak tengok sendiri cara kerja mereka-mereka yang terlibat dalam bidang ini secara langsung. Ada rezeki, mana lah tau boleh jumpa artis-artis ke, selebriti ke. keh3..




Jadi, seawal pagi peserta dah dibahagikan kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan yang akan bergerak ke RTM dan 1 lagi kumpulan akan bergerak ke ASTRO dan KRU Studio. Sekadar untuk pengetahuan, ASTRO menetapkan hanya mereka yang berumur 16 tahun ke atas sahaja dibenarkan memasuki premis mereka. Atas rasional apa, itu kena tanya ASTRO lah yer. 

Maka peserta kem yang berumur 16 tahun ke bawah automatik akan mengikuti rombongan ke RTM, bersama majoriti guru-guru. Walaubagaimana pun, ramai pula yang berumur 16 tahun ke atas. Maka untuk itu, terpaksa lah dibahagikan ada yang ke RTM dan sebahagian lagi ke ASTRO. 

So, macam biasa. Ada lah yang tarik muka sket, pasal tak puas hati kena pegi RTM, stesyen TV pakcik-pakcik kononnya. Nasib baik ada kakak-kakak fasi yang banyak memujuk peserta dengan banyak lagi perkara positif. 




Oleh sebab semua pelajar yang saya bawa berumur 16 tahun ke bawah, maka saya dengan rela hati mengikuti rombongan ke RTM. Lagipun masa Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2012, saya dah ke ASTRO dan KRU Studio. Jadi nak merasa pulak pengalaman berbeza di RTM kali ini. 

Sampai saja di RTM, kami disambut oleh Puan Azura yang akan bawa kami jalan-jalan sambil belajar di seluruh kompleks RTM. Jadi tempat pertama yang dibawa adalah ke Studio yang menempatkan set boleh alih. Kebetulan pada masa berkenaan, ada set penggambaran program TV 'Feminin' sedang berada di situ. Maka ambil peluang untuk cuba-cuba set dan bergambar di sana.


Seterusnya kami bergerak ke Studio yang menempatkan set program TV "Selamat Pagi 1Malaysia" dan juga " Hello on Two". Kedua-dua set ini terletak bersebelahan dan menjalani penggambaran pada masa yang berbeza. Studio ini agak kecil jika dibandingkan dengan studio yang pertama tadi. Maka kedua-dua set ini adalah set yang tidak dapat digerakkan.


Kemudian kami bergerak lagi ke studio berita yang menempatkan set kekal bagi segmen berita. Di sini latar belakang adalah terdiri daripada green screen yang akan digantikan dengan latar belakang lain semasa tayangan di TV. Kamera di sini digerakkan secara automatik, bermaksud ketika penggambaran segmen berita, hanya ada pembaca berita saja pada masa berkenaan. 


Bersebelahan dengan set tersebut juga terdapat bilik kawalan yang bertindak mengawal kamera dan juga grafik sepanjang berlangsungnya penggambaran berita. Beberapa pengubahsuaian dan sesi editing dilakukan sebelum rakaman tersebut ditayangkan melalui kaca TV. Canggih!

Sebenarnya, rancangan Berita RTM juga sudah disediakan dalam bentuk HD (high definition). Akan tetapi disebabkan sistem yang digunakan di rumah masih dalam bentuk analog, maka siaran ini tidak dapat ditonton. Menurut wakil RTM, bermula tahun depan RTM akan beroperasi dalam sistem digital. Jadi, semua rumah perlu mendapatkan gajet tambahan bagi membolehkan menerima rancangan TV RTM dalam bentuk digital dan kualiti yang lebih tinggi. Tepuk tangan sket kat RTM atas transformasi mereka! ;)


Kami kemudiannya dibawa melawat Angkasapuri. Kebanyakkan majlis yang besar dan lebih meriah diadakan di sini kerana boleh menempatkan lebih ramai penonton. Kalau tak salah saya, ianya boleh memuatkan hampir 800 hingga 1000 orang pada sesuatu masa. 


Lawatan seterusnya adalah ke wisma radio. Di sini lah beroperasinya semua stesyen radio di bawah kendalian RTM, kecuali stesyen radio negeri. Antara stesyen radio yang ada di sini adalah Klasik fm, Nasional fm, Minnal fm, Ai fm, dan banyak lagi. 

Selesai menjamu selera di RTM, maka kami bergerak ke Media Prima. Media Prima adalah syarikat media gergasi yang menempatkan banyak stesyen TV termasuklah TV3, 8TV, ntv7 dan TV9. Malah Media Prima juga menerbitkan akhbar harian yang popular seperti Berita Harian, New Straits Times dan Harian Metro.


Alhamdulillah, kami juga diberi penghormatan untuk bermesra dan mendengar ceramah daripada orang kuat Media Prima, CEO nya sendiri iaitu Encik Ahmad Izham Omar. Beliau seorang yang mesra, merendah diri dan tidak lokek langsung untuk berkongsi rahsia kejayaan beliau dengan para peserta. 


Menceritakan pengalaman beliau bermula dari zaman bersekolah hinggalah berjaya seperti sekarang, boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang. Orang Sains, tapi berjiwa seni. Bermula dengan syarikat muzik kecil, Positive Tone yang membariskan artis alternatif OAG, kemudiannya kerjaya beliau berkembang kepada CEO 8TV sebelum dilantik sebagai CEO syarikat gergasi Media Prima ini.

Sedikit perkongsian daripada beliau adalah 3 perkara yang harus ada dalam diri seseorang yang mahu berjaya dalam bidang ini: CREATIVITY, ORIGINALITY dan COURAGE! Moga jadi inspirasi juga untuk orang lain.

Selesai sesi perkongsian dengan Encik Ahmad Izham Omar, kami dibawa ke seluruh Sri Pentas. Tempat pertama adalah ke set Berita TV3. Di sini kami dibawakan khas beberapa personaliti Media Prima, iaitu pembaca berita TV9 yang cantik dan hensem, Zuhairah Mustaffa Al-Husin dan Amin Hayat.



Kemudian kami dibawa ke Studio yang menempatkan set bagi program TV "Malaysia Hari Ini" dan "Wanita Hari Ini". Bersebelahan dengan 2 set ini adalah set boleh alih yang boleh dibuka dan dipasang bergantung kepada keperluan. Pada masa kami berkunjung, set yang dah dipasang adalah set bagi program TV "Soal Jawab".



Di perkarangan Sri Pentas pula kami bertemu dengan selebriti yang sinonim dengan Media Prima iaitu Fara Fauzana. Tetapi pada masa berkenaan beliau agak sibuk berurusan dengan para wartawan kerana baru selesai menjalankan tugas sebagai duta bagi produk Yakult. Maka hanya sempat tangkap-tangkap gambar dari jauh. Main jeling-jeling je.




Pada sebelah malam pula, di Shaftbury Residence peserta masih sibuk dengan urusan editing bagi memberikan hasil yang terbaik. Mereka yang tidak terlibat dengan sesi editing perlu melakukan persiapan akhir bagi Malam Persembahan.

Tak sangka dalam masa yang sesingkat itu, para peserta kem masih mampu memberikan hasil yang kreatif dan menghiburkan. Dengan bantuan para fasilitator, persembahan nampak lebih menarik. Ada yang melucukan dan ada juga yang main 'kotor'. Nampak jelas kemesraan dalam kalangan para peserta walaupun baru 4 hari bersama.



Memang hari ini adalah hari yang best sebab dapat bergerak ke RTM dan Media Prima. Berjumpa dengan mereka-mereka yang hebat dan berjaya dalam bidang mereka. Jom kita teruskan membaca aktiviti pada hari terakhir kem. Jangan sedih ok! ;)


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. bestnya. lepas ni lg byk la short film CH buat :)

    BalasPadam
  2. Jabodetabek private tutoring services with teachers arriving at the house. Above hundreds of active tutors decide to teach various skills and lessons for kids to adults ... go to https://privatmurah.vercel.app/les-privat-cipete-murah.html for more details

    BalasPadam
  3. Very best as well as Most inexpensive Jabodetabek Personal Classes, each of our team and also teachers arrive to your residence, established your individual examine agenda which enables it to pick out just about any area of analyze ... go to https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-tangerang.html for more information

    BalasPadam
  4. We provide private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a and accelerated method, it really is hoped it should be able to foster an era of those with good morals... click for more detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/05/les-privat-ipa-di-palmerah-terdekat.html

    BalasPadam