About Me

Idea P&P Kimia Tingkatan 4 : Bab 5 Ikatan Kimia

Kebiasaannya memang saya akan cuba lakukan aktiviti dalam kelas bagi menarik perhatian pelajar untuk lebih minat belajar. Dan untuk pelajar Tingkatan 4A ini, bagi Bab 5 yang berkaitan dengan Ikatan Kimia, saya cuba anjurkan satu aktiviti yang agak menarik, iaitu Ikatan Ionik vs Ikatan Kovalen. Jom kita baca lebih lanjut, apa yang kami buat dalam kelas.

Idea P&P Kimia Tingkatan 4 : Bab 5 Ikatan Kimia

Bagi aktiviti ini, pelajar dalam kelas seramai 30 orang ini dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 1 kumpulan untuk Ikatan Ionik, manakala 1 kumpulan lagi untuk Ikatan Kovalen.

Kemudiannya, pelajar perlu melantik ketua kumpulan masing-masing. Tugas ketua pula untuk membahagikan kumpulannya kepada 3 lagi kumpulan kecil, iaitu 1 kumpulan untuk pembentangan mengenai pembentukan ikatan, 1 kumpulan untuk menyediakan pembentangan mengenai ciri-ciri sebatian yang terhasil dan 1 kumpulan untuk menyediakan soalan BETUL SALAH bagi sesi kuiz.

Idea P&P Kimia Tingkatan 4 : Bab 5 Ikatan Kimia

Tempoh diberi kepada mereka untuk menyiapkan tugasan adalah 4 hari, tugasan diberi pada hari Jumaat dan pembentangan pada hari Isnin. Alhamdulillah, para pelajar saya ini memang agak terlatih untuk melakukan kerja-kerja sebegini. Maka tidaklah menjadi masalah besar buat mereka untuk disiapkan dalam tempoh masa yang diberikan. 

Idea P&P Kimia Tingkatan 4 : Bab 5 Ikatan Kimia

Berikut adalah video yang saya rakamkan sepanjang berlangsungnya aktiviti kimia kami pada hari tersebut.





Didapati pelajar dapat menyiapkan tugasan yang diberikan dengan baik dan tersusun. Sedikit kelemahan dibetulkan, terutamanya dari segi gambarajah pembentukan ikatan yang tidak disertakan. Padahal itu adalah merupakan perkara penting yang membantu dalam penerangan mengenai pembentukan ikatan.

Beberapa pelajar juga didapati merayau tak tentu arah. He3.. Ini mungkin boleh dikurangkan jika mereka diletakkan dalam tempat duduk yang dah dikhaskan kumpulan mereka. Diakui kawalan pelajar adalah amat penting untuk sesi ini.

Idea P&P Kimia Tingkatan 4 : Bab 5 Ikatan Kimia

Walaubagaimanapun, saya rasa gembira dengan aktiviti yang kami jalankan ini sebab memberi pengalaman baru kepada pelajar saya. Saya sentiasa berpegang bahawa pembelajaran yang menarik dan berlangsung pada suasana santai itu lebih memberi makna kepada pelajar.


Bagi guru-guru atau murid-murid yang pernah menjalani aktiviti yang sama atau lebih kurang sama, dijemput untuk berkongsi pengalaman anda bagi percambahan idea ilmiah yang boleh membantu sesi ini menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Bagi yang berminat nak mencuba, boleh teruskan mencuba. Buat juga beberapa penambahbaikan yang sesuai dengan tahap murid anda, kawalan kelas dan beberapa pertimbangan lain. Semoga berjaya!



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Bagus juga dibuat macam ni. Belajar teori melalui pembacaan secara berterusan pun kadang2 bosan gak.

    BalasPadam
  2. Executive-Education.id is a person teacher provider site in Jabodetabek that is just about to help parents to locate tutors for their kids based on their wishes... click https://kursus-mandarin.vercel.app/kursus-bahasa-mandarin-tangerang-selatan.html for more information

    BalasPadam
  3. Ideal and also Most affordable Jabodetabek Confidential Training, the personnel along with educators can come home, fixed your own study plan which enables it to pick just about any industry connected with study ... click https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-jakarta-barat.html for more information

    BalasPadam
  4. You can expect private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an integrated and accelerated method, it can be hoped that it are able to foster a generation of those that have good morals... for detail https://fisika-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-fisika-di-kembangan-temurah.html

    BalasPadam
  5. Ignite your passion for languages and join our immersive language of choice program at Executive-Education.id. That has a consentrate on practical communication skills, authentic materials, and real-world scenarios, you'll build fluency and confidence in your best language. Stroll into a whole lot of linguistic excellence and begin a journey of personal and professional growth. Tap https://kursus-spanyol.github.io/kursus-bahasa-spanyol-tebet.html for further.

    BalasPadam